Tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India bagi misi HADR pada 12 Mei 2021 dan juga penumpang yang tiba melalui penerbangan repatriasi pada 13 Mei 2021, dilanjutkan daripada 14 hari kepada 21 hari.
Mereka dikehendaki menjalani kuarantin wajib ini di stesen kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Mereka juga perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan #COVID19 mengikut SOP yang ditetapkan.
Selanjutnya, KKM akan memantau situasi ini, dan akan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 21 hari bagi semua penumpang lain yang akan tiba dari negara India (misalnya rakyat Malaysia).
Sekatan sedia ada bagi penumpang Bukan Warganegara ke Malaysia dari India masih berkuatkuasa seperti biasa.
Rakyat Malaysia dinasihatkan bekerjasama mengekang kemasukan varian baharu dari India, varian B.1.617 yg lebih cepat menular dan menyebabkan gejala serius. - @DGHisham
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pengguna MySejahtera yang disahkan positif #COVID19 akan menerima pemakluman berkenaan kes itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 'Push Notification' yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.
Pembaharuan itu sudah dimulakan hari ini dan pengguna
yang positif juga akan mendapat nasihat serta pelan susulan penilaian kendiri.
Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kpd pengguna positif setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala di bahagian 'Perlu dilakukan' dalam tempoh 10 hari berturut-turut.
Jika pengguna bergejala, maklumat berkenaan akan terus disalurkan ke pusat penilaian COVID-19 dan pengguna akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.
Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, mereka