#PeristiwaHariIni: Hari ini 50 tahun yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara telah ditubuhkan.

Ini adalah bebenang. Image
Acara pengisytiharan penubuhannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebuah percambahan daripada perjalanan perjuangan yang bermula sejak tahun 1948.

#PeristiwaHariIni
Pada 23 Julai 1948, Jawatankuasa Khas Sementara Belia telah ditubuhkan. Dua ahlinya, Abdul Razak Hussein dan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mewakili Tanah Melayu ke Perhimpunan Belia Dunia (WAY) di Brussels.

#PeristiwaHariIni
Selepas diiktiraf WAY, jawatankuasa khas tersebut mengorak langkah untuk menubuhkan Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 9 September 1950, dan majlis tersebut mendapat pengiktirafan kerajaan pada tahun berikutnya.

#PeristiwaHariIni
MBM memainkan peranan aktif mewakili suara belia negara dalam perjalanan kemerdekaan negara, seterusnya lantang dan proaktif dalam isu-isu pembangunan negara dalam dekad 60-an.

#PeristiwaHariIni
Atas desakan untuk kerajaan mengiktiraf peranan belia di negara ini, maka tertubuhlah Majlis Perundingan Belia Negara pada 15 Mei 1971 yang berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan pergerakan belia negara.

#PeristiwaHariIni
Majlis ini boleh dianggap sebagai Parlimen untuk pemimpin belia dan kerajaan menyuarakan pendapat dan teguran serta menghuraikan isu belia di samping merangka perancangan masa hadapan golongan itu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Majlis Belia Malaysia

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

17 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 229 tahun yang lalu, New York Stock Exchange ditubuhkan.

Ini adalah bebenang. Image
Salah satu daripada pasaran saham terbesar dunia itu bermula daripada pertemuan rahsia 24 orang broker saham di Corre’s Hotel pada Mac 1792 untuk menyeragamkan urus niaga saham di New York City.

#PeristiwaHariIni
Dua bulan kemudian, mereka memeterai dokumen dipanggil Persetujuan Buttonwood, di mana menurut legenda ia ditandatangani di bawah sepohon pokok buttonwood di 68 Wall Street yang menjadi tempat pertemuan biasa mereka.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
16 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 36 tahun yang lalu, saintis mendedahkan wujud lubang pada ozon Bumi.

Ini adalah bebenang. Image
Tiga saintis dari British Antartic Survey mengumumkan dalam jurnal saintifik Nature keluaran 16 Mei 1985 bahawa mereka mendapati berlaku kekurangan luar biasa tahap kandungan ozon di langit Kutub Selatan.

#PeristiwaHariIni
Ia berlaku kesan penggunaan meluas perkakasan seperti pendingin hawa dan semburan aerosol yang mengandungi kloroflorokarbon (CFC), bahan kimia utama yang merosakkan struktur lapisan ozon Bumi.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
3 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 40 Hijrah, Saidina Ali bin Abi Talib telah meninggal dunia.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 62/63 tahun akibat diserang oleh seorang lelaki daripada kumpulan Khawarij ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq, dua hari sebelumnya.

#PeristiwaHariIni
Saidina Ali RA menjadi Khalifah Rashidin menggantikan Saidina Uthman ibn Affan pada 36H, namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah dari Bani Umaiyyah.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
2 May
#PeristiwaHariIni: Bermula malam ini hingga berakhir bulan Ramadan, dipercayai salah satunya adalah Lailatul Qadar.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#BukaLembaranBaharu
Bermaksud ‘Malam Kemuliaan’, ia adalah malam yang amat istimewa dalam kepercayaan Islam di mana Allah SWT menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira’.

#PeristiwaHariIni
Peristiwa itu diceritakan dalam Al-Quran menerusi ayat pertama surah Al-Qadr: “Sesungguhnya telah Kami turunkan (Al-Quran) pada Malam Kemuliaan.” Ayat 2 hingga 5 surah itu kemudian menjelaskan tentang Lailatul Qadar.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
1 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 135 tahun yang lalu, berlaku acara yang membawa kepada sambutan Hari Buruh Sedunia.

Ini adalah bebenang. Image
Ketika di kemuncak Revolusi Perindustrian sekitar 1880-an, pekerja di Amerika Syarikat, termasuk kanak-kanak secara puratanya bekerja 12 jam sehari dan tujuh hari seminggu, selain diabaikan hak keselamatan dan keselesaan di tempat kerja.

#PeristiwaHariIni
Maka pada 1 Mei 1886, ratusan ribu pekerja di seluruh AS berarak di jalanan menuntut antaranya waktu kerja dipendekkan kepada lapan jam. Chicago menjadi medan utama protes tersebut yang dirancang untuk berlangsung selama beberapa hari.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
26 Apr
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu
Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.

#PeristiwaHariIni
Selepas Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk kepimpinan kerajaan Islam diambil oleh Muawiyah yang mengasaskan Khalifah Umaiyyah. Setelah kematiannya, takhta diwariskan kepada anaknya, Yazid.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(