Bermaksud ‘Malam Kemuliaan’, ia adalah malam yang amat istimewa dalam kepercayaan Islam di mana Allah SWT menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira’.
Peristiwa itu diceritakan dalam Al-Quran menerusi ayat pertama surah Al-Qadr: “Sesungguhnya telah Kami turunkan (Al-Quran) pada Malam Kemuliaan.” Ayat 2 hingga 5 surah itu kemudian menjelaskan tentang Lailatul Qadar.
Malam berlakunya kemuliaan itu difirmankan sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan di mana para malaikat turun membawa rahmat Allah SWT kepada sesuatu dan sesiapa yang dikehendakiNya.
Walaupun tidak siapa pun tahu bilakah tarikh tepat terjadinya Lailatul Qadar, terdapat hadis sahih dan kesepakatan ulama yang menyatakan bahawa ia berlaku pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan setiap tahun.
Pelbagai teori hadir untuk panduan umat Islam mencarinya dengan lebih mudah, antaranya pada malam bertarikh ganjil dan ada hujah mengatakan ia berkemungkinan besar berlaku pada malam 27 Ramadan.
Tradisinya, umat Islam yang mencari akan bangun di sepertiga malam, bertafakur dan beribadah dengan harapan dapat bertemu dengan pengalaman rohani yang dikatakan tiada tolok bandingnya.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 62/63 tahun akibat diserang oleh seorang lelaki daripada kumpulan Khawarij ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq, dua hari sebelumnya.
Saidina Ali RA menjadi Khalifah Rashidin menggantikan Saidina Uthman ibn Affan pada 36H, namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah dari Bani Umaiyyah.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 135 tahun yang lalu, berlaku acara yang membawa kepada sambutan Hari Buruh Sedunia.
Ini adalah bebenang.
Ketika di kemuncak Revolusi Perindustrian sekitar 1880-an, pekerja di Amerika Syarikat, termasuk kanak-kanak secara puratanya bekerja 12 jam sehari dan tujuh hari seminggu, selain diabaikan hak keselamatan dan keselesaan di tempat kerja.
Maka pada 1 Mei 1886, ratusan ribu pekerja di seluruh AS berarak di jalanan menuntut antaranya waktu kerja dipendekkan kepada lapan jam. Chicago menjadi medan utama protes tersebut yang dirancang untuk berlangsung selama beberapa hari.
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.
Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.
Selepas Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk kepimpinan kerajaan Islam diambil oleh Muawiyah yang mengasaskan Khalifah Umaiyyah. Setelah kematiannya, takhta diwariskan kepada anaknya, Yazid.
Selepas kejayaan tentera Islam menakluk Syria, mereka meneruskan kemaraan ke kota Baitulmaqdis yang ditadbir oleh kerajaan Byzantine lalu mengepungnya. Selepas empat bulan, akhirnya Byzantine menyerah kalah tanpa sebarang pertumpahan darah.
Bagaimanapun, Sophonius, wakil kerajaan Byzantine dan pemimpin Gereja Kristian bertegas tidak mahu menyerahkan kunci kota kepada tentera Islam melainkan ke tangan khalifahnya, Umar al-Khattab RA sendiri.
Ia tidak lama susulan daripada kekalahan tentera Khulafa al-Rashidin pada Pertempuran Jambatan di tebing Sungai Euphrates dekat Kufa ketika tentera Islam dalam kemaraan untuk mengusir Empayar Sassanid dan menakluk Iraq.
Apabila mendapat berita kekalahan itu, Khalifah Umar al-Khattab menyeru kekuatan dari seluruh Tanah Arab untuk menyertai angkatan pimpinan Muthanna ibn Haritha bangkit untuk meneruskan misi besarnya.
[LANGSUNG] Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri @MuhyiddinYassin berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020
Ini merupakan pakej rangsangan kedua bagi membantu rakyat Malaysia dalam usaha memerangi penularan wabak #COVID19
[TERKINI] "Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. " - PM, Tan Sri @MuhyiddinYassin
[TERKINI] "Kerajaan akan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada @KKMPutrajaya bagi pembelian peralatan & perkhidmatan memerangi #COVID19 termasuk khidmat kepakaran daripada perkhidmatan swasta " - @MuhyiddinYassin