Sekarang ini π₯πππ¬ππ§ π¦ππππ‘π π§ππ₯ππππ¨ π ππ₯ππ dengan kerajaan lebih-lebih lagi pada Perdana Menteri yang melakukan sidang media mengenai isu di Palestin pada hari ini.
Sebenarnya rakyat sudah menunggu berhari-hari akan sidang media khas kerajaan dalam isu yang meletus di Palestin kali ini.
Pastinya apa yang diucapkan hanyalah sesuatu yang menyakitkan hati kerana seolah-olah sidang media kali ini tiada nilai tambah pun; tidak buat sidang media pun tiada beza.
Rakyat amat kecewa dan marah apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pendirian kerajaan adalah 'two-state solution' yang akhirnya mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Ya, kalian boleh berhujah bahawa pendirian 'two-state solution' ini adalah pendirian kerajaan sejak Barisan Nasional memerintah dahulu tetapi kita mengharapkan pendirian itu berubah 'once and for all'.
Kerajaan baharu, maka polisi baharulah.
Rakyat Malaysia sedang rancak 'berjuang' berkempen menyedarkan seluruh dunia mengenai kekejaman regim Zionis dengan naratif mereka mencuri tanah-tanah Palestin, ...
... pasti mereka rasa dikhianati apabila Perdana Menteri mereka sendiri membuat 'anti-klimaks' dengan menyebut 'two-state solution' di sebuah sidang media khas.
Kita harapkan agar PAS yang lantang menentang pendirian 'two-state solution' ada dalam kerajaan, memegang jawatan-jawatan penting dengan jumlah kerusi yang signifikan itu membuat bantahan yang tegas sehingga pendirian kerajaan berubah sepenuhnya di peringkat dasar dan polisi.
Rakyat pasti tertanya-tanya apakah PAS bersetuju dengan pendirian kerajaan yang mahu mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara bersama Palestin?
Lebih ironinya ialah, hari ini (15 Mei) merupakan ulangtahun peristiwa rampasan kuasa oleh Zionis untuk menubuhkan negara haram itu,...
... yang mana peristiwa ini dipanggil sebagai peristiwa Nakbah (Hari Kecelakaan) di mana lebih 700,000 warga Palestin dihalau dan ratusan bandar Palestin dimusnahkan.
Ayuh rakyat Malaysia, inilah peluangnya untuk mengubah dasar dan polisi negara yang sekian lama berakar kononnya tidak berubah ini. Kita desak habis-habisan.