Di Gaza ketika ini, serangan dilancar keatas Regim Zionis Israel, sebagai tindak balas kepada serangan Israel di Masjid Al-Aqsa, dan rampasan tanah di Sheikh Jarrah.
Antara yang terlibat adalah Briged Al Qassam, Briged Al Quds, dan Briged Abu Ali Mustafa.
Ramai yang tak tahu, Briged Abu Ali Mustafa adalah sayap ketenteraan kepada Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP), diasaskan oleh George Habash, seorang Kristian.
Briged Abu Ali Mustafa juga terdiri dari sebilangan pejuang bukan Islam.
Dr George Habash, menubuhkan Arab Nationalist Movement (ANM) tahun 1940-an di Universiti Amerika Beirut, Lubnan.
Beliau kemudian menubuh PFLP pada tahun 1967, organisasi kedua terbesar dalam PLO selepas Fatah.
Gambar beliau bersama Yasser Arafat, pengasas Fatah.
Habash menghembuskan mafas terakhir di Amman, Hospital Jordan, akibat serangan jantung.
Bendera Palestin digantung separuh tiang selama 3 hari bagi meratapi pemergian Habash.
Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas menyebut,
"Dr George Habash menghabiskan hidupnya mempertahan Palestin"
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
BAKUL SAMPAHKAN SAHAJA BAHASA KEBANGSAAN #Bebenang Sempena Merdeka
Saya punya kawan dari luar negara. Kadang bila mereka datang ke Malaysia, sudah pasti banyak perkara yang mereka ingin pelajari, tentang sosio-budaya masyarakat setempat, tentang keadaan politik dan sebagainya.
Maka banyak pula soalan yang diutarakan. Antaranya:
“Why did you use English with your fellow Malaysian?”
Ini di antara soalan yang biasa. Kadang bila malas untuk membahaskan perkara ini, aku cuma sekadar menjawab;
“Because I want to be respectful”
Sudah tentu bila ada rakan yang tidak boleh berbahasa Malaysia, apatah lagi mereka yang datang dari luar negara, untuk menghormatinya, kita tidak akan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami olehnya, bila dia bersama.