Bantu saya untuk senaraikan di sini, apa salahfaham yg masih berlegar dlm kalangan keluarga / Whatsapp group anda berkaitan vaksin, COVID-19, & agama yg menghalang mereka utk mendaftar bagi tujuan vaksinasi. Saya akan jawab & anda boleh kongsikan untuk kita melawan #MitosCOVID19
Beberapa isu yang telah dijawab oleh pakar perubatan dan agamawan kita. Muat turun dan kongsikan
Pada Ramadhan baru-baru ini, saya mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada Pak Taib, tukang kebun Kolej UNITI Port Dickson. Setiap tahun, inilah rutin yang takkan saya lupa.
Semasa saya masih berkhidmat sebagai pensyarah di sana, Pak Taib adalah antara teman saya untuk berbual-bual. Seronok berbual, menceduk ilmu dan pengalaman orang lama.
Nampak jelas kegembiraan dan rasa terharu beliau apabila saya menyerahkan sedikit sumbangan Hari Raya untuk beliau sekeluarga. Kata beliau, “Tak sangka Ustaz Zul ingat lagi Pak Taib...”
Ini antara sebab perbezaan SOP masjid di Singapura berbeza dengan Malaysia. Itu belum kita ambil kira jumlah masjid dan surau, jumlah Muslim di satu-satu lokasi, varian baharu di Malaysia (UK, Afrika Selatan, Nigeria dan India) dan sebagainya. [1/3]
Fokus utama adalah meminimakan perhimpunan dan perkumpulan ramai. Semakin sedikit jumlah, semakin mudah dikawal. Semakin besar jumlah, semakin mudah terdedah kepada risiko. [2/3]
Kita meraikan semangat para Ashabus Samahah Mufti-Mufti negeri yang ingin melihat masjid dan surau menjadi tempat yag dicontohi dari sudut pematuhan SOP
CONDEMNATION TOWARDS THE ISRAELI FORCED OCCUPATION, STORMING OF THE AL-AQSA MOSQUE ON PALESTINIAN WORSHIPPERS
I strongly condemn the Israeli’s forced occupation, storming the courtyards of the blessed Al-Aqsa Mosque, the blatant attack on the faithful Palestinian worshipers and their intimidation during these blessed days of Ramadan
as well as the brutal attack on the people of the Sheikh Jarrah neighborhood in the occupied Jerusalem.
Pertemuan saya dengan Tuan Syed Azmi, Penasihat Rumah Bonda pada hari ini membawa saya ke Rumah Bonda. Pada mulanya, saya masih tidak dapat menggambarkan apa itu Rumah Bonda. Pusat perlindungan? Pusat transit? Pusat penjagaan kanak-kanak?
Setibanya di sana, saya terkesima. Terasa ketat di dada. Rasa sebak dan terharu datang tiba-tiba. Rumah Bonda adalah sememangnya sebuah “rumah” yang indah.
Saya disambut para ibu muda dan bayi-bayi yang comel. Melihat wajah jernih anak-anak ini, saya rasa amat gembira kerana wujudnya Rumah Bonda sebagai tempat mereka berteduh. Tuan Syed Azmi membawa saya meninjau dapur. Bersih dan penuh bekalan makanan. Rumah tersusun kemas.