Pertemuan saya dengan Tuan Syed Azmi, Penasihat Rumah Bonda pada hari ini membawa saya ke Rumah Bonda. Pada mulanya, saya masih tidak dapat menggambarkan apa itu Rumah Bonda. Pusat perlindungan? Pusat transit? Pusat penjagaan kanak-kanak?
Setibanya di sana, saya terkesima. Terasa ketat di dada. Rasa sebak dan terharu datang tiba-tiba. Rumah Bonda adalah sememangnya sebuah “rumah” yang indah.
Saya disambut para ibu muda dan bayi-bayi yang comel. Melihat wajah jernih anak-anak ini, saya rasa amat gembira kerana wujudnya Rumah Bonda sebagai tempat mereka berteduh. Tuan Syed Azmi membawa saya meninjau dapur. Bersih dan penuh bekalan makanan. Rumah tersusun kemas.
Apa yang berbezanya dengan rumah biasa adalah, Rumah Bonda menempatkan remaja hamil bawah umur dan bayi terbuang.
Sama seperti Darussadah @maiwphq yang juga menyediakan tempat perlindungan kepada remaja hamil bawah umur dan bayi terbuang. Tetapi ada sesuatu yang istimewa di sini, jauh di sudut hati saya.
Saya mengambil peluang untuk beramah mesra dengan mereka, begitu juga dengan Cik Siti Bainun selaku pengasas Rumah Bonda. Sumbangan berjumlah RM2,000 disampaikan kepada Rumah Bonda, berserta duit raya kepada penghuni Rumah Bonda dan anak-anak kecil ini.
Pesan saya kepada mereka, “Usah putus asa untuk terus pandang ke hadapan. Sentiasalah berpaut kepada agama-Nya, insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan.”
“Apa yang telah berlaku, mungkin sahaja satu dari episod kehidupan yang ditentukan Allah SWT untuk melihat diri kita selangkah lebih mendekati-Nya.”
Saya sayang mereka semua dan anak-anak kecil ini. Indah-Nya rahmat Allah SWT, kasih-Nya tidak pernah memilih. Mereka juga perlu sokongan anda semua di luar sana. Saya akan kembali lagi ke sini, insya-Allah.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drzul_albakri

4 May
Sebentar tadi saya melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga yang merupakan kerjasama antara @myJAWIKL selaku agensi di bawah tanggungjawab saya dan Jabatan Pembangunan Wanita, @KPWKM .
Untuk permulaan, sebanyak 14 buah masjid di dalam Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Pusat Transit dan Pusat Aduan bagi kes-kes keganasan rumah tangga. Pusat Transit ini terbuka kepada semua bangsa dan agama yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga.
Kami bekalkan set persalinan, makan minum, tempat tidur yang selesa dan khidmat bimbingan serta kaunseling bagi mereka yang memerlukan. Saya mahu mereka merasa selamat berada di masjid.
Read 13 tweets
3 May
Pagi tadi saya menerima kunjungan hormat UNICEF Malaysia yang diwakili oleh Dr. Rashed Mustafa Sarwar. Turut hadir adalah Dr. Muhammed Abdul Khaled. ImageImageImageImage
Dr. Muhammed Abdul Khaled telah membentangkan kepada saya projek Families on the Edge yang bertujuan untuk menyediakan data lengkap kepada pembuat dasar dan polisi, tentang impak COVID-19 khususnya kpd wanita dan kanak-kanak drpd keluarga berpendapatan rendah di pinggir bandar.
Pelbagai isu sempat kami bincangkan, bermula dengan isu pekerjaan, pekerjaan yang mempunyai keselamatan sosial, purata pendapatan, pendidikan kanak-kanak, kesihatan mental, keganasan rumah tangga dan kesedaran vaksinasi COVID-19.
Read 9 tweets
3 May
Datuk @Hussamuddin, JAKIM dan seluruh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya bersedia untuk bersama-sama #RasuahBusters #MakKataJangan! Image
Pagi tadi saya melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi JAKIM 2021-2025 di Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir menyaksikan pelancaran adalah Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki. Image
Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap agensi di bawah saya melaksanakan inisiatif pelan antirasuah sebagaimana yang telah ditetapkan. Image
Read 8 tweets
1 May
Petang tadi saya menghadiri Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Pelancaran Aplikasi MyZakat anjuran @ppzwp. Turut hadir bersama adalah Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar.
Program berbuka puasa ini adalah aktiviti tahunan PPZ-MAIWP bagi meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pembayar zakat RM25,000 ke atas khususnya yang menerima Skim Wakalah.
Sebak rasanya memandang 87 orang anak-anak kecil ini yang sudah kehilangan kasih sayang orang tua mereka. Kesemua penghuni Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman dan Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia ini menerima sumbangan duit raya berjumlah RM4,350.00.
Read 7 tweets
1 May
KEMBARA SAHUR DI PUCHONG, SELANGOR

Saat embun jantan mula terbit, saya bersama-sama @jawhar_jpm dan @rasmi_YWM dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integrasi Berwawasan (PSKIB) memulakan program Kembara Sahur di sekitar Puchong, Kuala Lumpur.
Juadah sahur dan pek barangan asas dapur diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Serdang dan Subang, serta sukarelawan yang hadir. Saya berterima kasih kepada McDonalds atas tajaan juadah sahur yang disediakan.
Kami sediakan 100 pek sumbangan untuk kelompok sasar seperti OKU, asnaf, warga emas yang memerlukan bantuan, kelompok B40 dalam kalangan polis dan bomba dan lain-lain.
Read 7 tweets
30 Apr
Semalam saya ada beberapa program agihan bantuan di Kuala Lumpur. Program sebelum Maghrib adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok seluruh Wilayah Persekutuan bertempat di Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah, Setapak.
Jalan raya amat sesak. Alhamdulillah, Ustaz Rohisham daripada Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak sudi tumpangkan saya untuk ke tempat program. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Terima kasih ustaz.
Tiba di sana, saya disambut oleh Pengarah @myJAWIKL , para Mudir dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah. Seronok dapat berbuka puasa bersama dan berbincang secara santai berkenaan pemerkasaan Maahad Tahfiz masing-masing.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!