Cara tangani maklumat palsu atau mengelirukan dalam Whatsapp: 1. Tunjukkan cara membuat semakan fakta
- Siapakah penerbit berita itu?
- Siapakah wartawan yang menulis laporan?
- Adakah link itu sahih?
- Adakah tarikh itu menunjukkan yang lama atau terkini?
- Di manakah sumbernya?
Sambungan 1. Semakan Fakta:
- Adakah pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab telah memberi kenyataan atau respon?
- Apakah yang dilaporkan tentang isu yang sama tetapi oleh media yang berlainan, ada beza tak? (Pembacaan melintang)
- Apakah bukti dakwaan itu?
2. Beri amaran TEGAS:
- Kesalahan menyebar maklumat palsu boleh didenda sehingga RM100,00p atau penjara sehingga 3 tahun mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Khas) No. 2
- Seksyen 505 Kanun Keseksaan - denda atau penjara 2 tahun
Sambungan 2. Beri amaran TEGAS:
- Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia - denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun
3. Berikan maklumat yang betul:
- Tunjukkan maklumat yang sebenar
- Berikan penjelasan mudah
- Rungkaikan persoalan
- Betulkan persepsi, beri fakta