1. Hari ini Presiden MUDA di soal siasat dan dirampas telefon pintarnya hanya kerana sebuah video tiktok yang memanggil siasatan segera ke atas A Ganapathy yang telah mati di dalam tahanan.
2. Agak menyedihkan apabila tindakan tegas dan pantas diambil ke atas bukan mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian berkenaan, tetapi ke atas orang yang menyuarakan isu ini.
3. Syed Saddiq ialah ahli parlimen, memang tugas dia selaku wakil rakyat untuk mengetengahkan isu ini. Ini bukan isu memerangi atau anti polis, tapi janganlah kerana nila setitik, dua dan tiga ini merosakkan nama baik dan kepercayaan rakyat kepada agensi penguatkuasa.
4. Tapi yang lebih menyedihkan, di mana MIC dalam semua ini? Takkan sekadar keluar satu dua kenyataan dua tiga minggu lepas kemudian diam.
5. Isu ini adalah isu yang hangat dan dekat di hari masyarakat yang MIC gembar gembur mengatakan mereka wakili, jadi mainlah peranan adalah fungsi.
6. Sepatutnya MIC bersolidariti dengan Syed Saddiq, ini isu menjangkau politik kepartian apatah lagi perkauman, penting ada semak dan imbang ke atas penguatkuasaan supaya rakyat dapat menuntut keadilan dan kebenaran sekiranya mereka dianaiya.
8. Kini rakyat tertanya-tanya, dalam semua ini, mana MIC?
Zaidel Baharuddin
Ketua Penerangan Parti MUDA
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tahukah anda Tajuddin Rahman selaku pengerusi Prasarana dikatakan campur tangan projek di stesen LRT Dang Wangi yang mungkin melibatkan pampasan setinggi RM 80 juta diberikan kepada syarikat sebahagiannya dimiliki oleh Isteri dan Anaknya.
Projek yang dimaksudkan itu ialah Latitud 8 bangunan terbengkalai di atas stesen LRT Dang Wangi. Sebagaimana laporan The Edge, projek ini ialah usahasama antara Crest Builder Holdings Bhd (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%).
Melihatkan perletakan jawatan Menteri Pendidikan Dr @maszlee dengan tiba-tiba, izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman mengenai perkara ini dalam #bebenang berjudul :
Al Kisah Nasib Pegawai Khas Menteri.
@maszlee 1. Saya pernah bekerja di dua kementerian, satu dengan Menteri satu lagi dengan Timbalan Menteri.
2. Umur 30 tahun, saya tinggalkan dunia kejuruteraan, masuk Perdana Felo, dapatlah kerja dengan Menteri Perdangangan dalam negeri, masa tu KPDNKK sekarang nama dia KPDN HEP.
@maszlee 3. Tiga tahun jugaklah, dari kena maki pasal GST, toptup, barangan cetak rompak, seribu satu cabaran, dari menjawab harga ayam, harga Cendol di Kuala Pilah sampailah ke harga Minyak.
4. Saya dilantik melalui agensi, Perbadanan Nasional atau PNS, di bawah KPDNKK masa tu