Tahukah anda Tajuddin Rahman selaku pengerusi Prasarana dikatakan campur tangan projek di stesen LRT Dang Wangi yang mungkin melibatkan pampasan setinggi RM 80 juta diberikan kepada syarikat sebahagiannya dimiliki oleh Isteri dan Anaknya.
Projek yang dimaksudkan itu ialah Latitud 8 bangunan terbengkalai di atas stesen LRT Dang Wangi. Sebagaimana laporan The Edge, projek ini ialah usahasama antara Crest Builder Holdings Bhd (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%).
Detik utuh pula dimiliki oleh Tindakan Juara Sdn Bhd (40%), Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (35%) dan Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu (25%)
Pemilik Tindakan Juara Sdn Bhd pula Sri Rahayu, 35% Datin Seri Rohkiah Abd Samat and 30% by Firdaus Tajuddin, ahli keluarga Tajuddin.
CEO Prasarana Muhammad Nizam Alias diberhentikan oleh Prasarana pada Febuari 2021. Spekulasi mengatakan bahawa ini kerana dia membantah campurtangan dalam projek ini.
Dikatakan juga kerana kes ini SPRM telah menyerbu pejabat Prasarana namun pihak pengurusan mengatakan bahawa itu bukan serbuan tetapi sekadar lawatan untuk mengumpul maklumat.
Menurut laporan bertarikh 4 Mei, SPRM telah pun menyiapkan kertas sasataan dakwaan salah guna kuasa di Prasarana dan kini menunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Parti MUDA yang diketuai oleh @amirxabdhadi pernah melancarkan kempen mengenai isu ini denganmelancarkan portal SkandalTajuddin.com dan telah membuat sidang akhbar di stesen Dang Wangi pada 5 Januari 2021 berhadapan dengan tapak projek terbengkalai.
Dalam sidang media itu. satu surat diserahkan oleh peguam Tajuddin menuntut permohonan maaf terbuka dalam masa 48 jam atau tindakan mahkamah akan diambil.
Amir menolak, dan sampai hari ini tiada tindakan mahkamah diambil ke atas amir.
1. Hari ini Presiden MUDA di soal siasat dan dirampas telefon pintarnya hanya kerana sebuah video tiktok yang memanggil siasatan segera ke atas A Ganapathy yang telah mati di dalam tahanan.
2. Agak menyedihkan apabila tindakan tegas dan pantas diambil ke atas bukan mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian berkenaan, tetapi ke atas orang yang menyuarakan isu ini.
3. Syed Saddiq ialah ahli parlimen, memang tugas dia selaku wakil rakyat untuk mengetengahkan isu ini. Ini bukan isu memerangi atau anti polis, tapi janganlah kerana nila setitik, dua dan tiga ini merosakkan nama baik dan kepercayaan rakyat kepada agensi penguatkuasa.
Melihatkan perletakan jawatan Menteri Pendidikan Dr @maszlee dengan tiba-tiba, izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman mengenai perkara ini dalam #bebenang berjudul :
Al Kisah Nasib Pegawai Khas Menteri.
@maszlee 1. Saya pernah bekerja di dua kementerian, satu dengan Menteri satu lagi dengan Timbalan Menteri.
2. Umur 30 tahun, saya tinggalkan dunia kejuruteraan, masuk Perdana Felo, dapatlah kerja dengan Menteri Perdangangan dalam negeri, masa tu KPDNKK sekarang nama dia KPDN HEP.
@maszlee 3. Tiga tahun jugaklah, dari kena maki pasal GST, toptup, barangan cetak rompak, seribu satu cabaran, dari menjawab harga ayam, harga Cendol di Kuala Pilah sampailah ke harga Minyak.
4. Saya dilantik melalui agensi, Perbadanan Nasional atau PNS, di bawah KPDNKK masa tu