Tentera Laut US mengumumkan bahawa syarikat pertahanan Itali, Fincantieri memenangi kontrak bernilai 554 Juta USD untuk pembinaan kapal Kelas Constellation US , USS Congress(FFG 63)
Ia akan dibina oleh anak syarikat Marinette Marine Corp dan dijangka selesai dibina Januari 2027
Proses bidaan sudah bermula sejak 2017
Ia boleh menjalankan peperangan udara, peperangan anti kapal selam, peperangan elektronik dan maklumat
Ia turut dilengkapi radar Enterprise Air Surveillance Radar (EASR) Sistem Pertempuran Baseline Ten (BL10) AEGIS , Mk 41 Vertical Launch System (VLS), Sistem komunikasi khas, MK 110 57mm Gun Weapon System (GWS) dan
Peperangan Elektronik/Operasi Maklumat berserta rekaan khas untuk pengubahsuaian teknologi masa depan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ikuti Thread ini mengenai Kenyataan dari Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dari Doha Qatar
Salam kepada kalian semua yang telah membawa puluhan ribu org ke negara yg baik ini serta memperbaharui perjanjian kita dgn Palestin, Baitul Maqdis dan Al Aqsa bersama pahlawan yg
berani iaitu Briged Izzuddin Al Qassam
Sebuah epik kepahlawanan yang baru bersama kebanggaan dan patriaki sekarang telah mengambil alih Palestin dari Utara ke Selatan
Kejadian epik ini terjadi kerana pergelutan antara kita dengan Zionis di Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa
Jangan bermain dengan api, Masjid Al Aqsa merupakan kepercayaan dan agama kami dan pencetus revolusi kami”
“Peperangan ini dinamakan Alquds, maka AlQuds akan terus menjadi nama setiap peperangan dan menjadi pencetus setiap kebangkitan”
Sempena HUT TLDM ke 87 TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara
Mari mengenal antara Aset Cegah Rintang Berbisa Negara
Kapal Selam Scorpene Kelas Perdana Menteri
Ini ialah bebenang
2 kapal selam Malaysia ialah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam Scorpene buatan syarikat French Direction des Constructions Navales (DCNS) dan syarikat Sepanyol Nevantia yg kini dipanggil Naval Group
KD Tunku Abdul Rahman kapal selam pertama dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada Januari 2009 manakala KD Tun Abdul Razak dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada 25 Januari 2010.
Dua kapal ini diberi nama berdasarkan PM Malaysia yg pertama dan kedua
Iceland menjadi negara kesepuluh menyertai Pasukan Ekspedisi UK atau Joint Ekspedition Force(JEF) hasil tandatangan Nota Sertai antara Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace dan Duta Besar Iceland ke UK Sturla Sigurjónsson
Perjanjian ini adalah untuk meningkatkan kerjasama dan kefahaman pertahanan serantau, koordinasi bantuan bencana dan kecemasan awam untuk Iceland
Negara lain dalam JEF ialah UK, Denmark, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Belanda, Norway and Sweden
JEF merupakan satu pakatan yg ditubuhkan pada 2014 yg dibuat utk menunjukkan komitmen kepada demokrasi, undang undang dan hak asasi. JEF juga mempunyai tugasan utama melindungi Selatan Eropah dan beroperasi di Rantau Baltik dan Utara Atlantik