Ini adalah nota yang saya sediakan untuk perkongsian bersama Tuan @fedtriyahya semalam di IG beliau. Asal nota bertulisan tangan tapi saya taip semula di sini untuk manfaat bersama.
Dengan sedikit olahan semula maklumat. 🤲
Teruskan membaca. ⬇️
Untuk memahami tentang kedudukan Al-Aqsa dalam Islam maka kita kena melihat surah yang menyebutkan tentang masjid ini iaitu surah Al-Isra'.
Surah ini berbicara tentang peristiwa Isra & Mikraj dan membina hubung kait antara dua masjid; iaitu Masjidil Haram & Masjidil Aqsa.
Kemudian surah ini berbicara tentang bani Israel dan memberikan isyarat kepada ciri ciri kehidupan dan pemerintahan mereka.
Juga mendedahkan tentang kerosakan yang mereka lakukan iaitu 'dua kerosakan' yang dilakukan dengan sifat meninggi diri dan penuh sombong.
Surah ini juga memperincikan keadaan mereka pada kedua dua kerosakan itu dan juga menjelaskan sifat hamba hambaNya yang akan mengalahkan mereka.
Fokus diberikan kepada kerosakan kedua yang akan dilakukan dan mengkhabarkan juga pengakhiran bagi penguasaan mereka di Palestin.
Surah ini dinamakan juga dengan nama Surah Bani Israel.
Ia diturunkan di Mekah iaitu sebelum hijrah.
Penurunan surah yang membicarakan tentang Bani Israel pada fasa sebelum hijrah amat menarik untuk direnungkan.
Pada waktu tersebut orang Islam masih minoriti.
Yahudi juga tidak tinggal di Mekah.
Mereka tinggal di Madinah dan kawasan sekitarnya.
Pertembungan Umat Islam dengan Yahudi hanya bermula selepas hijrah di Madinah.
Maka surah ini adalah pengenalan awal daripada Allah SWT tentang pertembungan yang akan berlaku di masa hadapan.
Pertembungan antara Islam-Yahudi adalah pertembungan di antara kebenaran dan kebatilan.
Antara Islam yang mentaati Tuhan melawan Yahudi yang mentaati syaitan.
Ini juga mengisyaratkan bahawa pertembungan ini adalah perkara yang besar dalam perjalanan sejarah & risalah agama ini.
Pada permulaan surah ini Allah SWT menamakan 'Masjidil Aqsa' sedangkan pada waktu tersebut masih belum dibina bangunan seperti yang wujud sekarang.
Pertama adalah untuk mengisyaratkan bahawa tempat ini adalah masjid yang telah dibina untuk ibadah kepada Allah swt sejak dahulu.
Allah SWT telah mengkhususkan tempat ini untuk menjadi masjid sejak ia dibina oleh Nabi Ibrahim.
Kemudian diteruskan oleh keturunan baginda daripada Nabi Bani Israel yang menjadikan tempat ini sebagai tempat ibadah.
Begitu juga Nabi Sulaiman membina tempat ibadah di sini.
Tempat ibadah yang dibina oleh para nabi bani Israel adalah 'masjid' dan mereka beribadah di sana sesuai dengan syariat yang Allah turunkan kepada mereka.
Tempat ini bukanlah 'haikal' yahudi yang terbina di atas unsur perkauman jahat seperti dakwaan Yahudi pada zaman ini.
Kedua adalah untuk mengisyaratkan bahawa Masjidil Aqsa bukanlah batu bata tetapi ianya sebuah hakikat.
Al-Aqsa akan tetap kekal menjadi Al-Aqsa walau dihancurkan bangunannya dan diubah namanya.
Kerana pengiktirafannya sebagai masjid bukan datang daripada bumi tapi dari langit.
Ketiga adalah sebagai khabar gembira kepada Umat Islam di Mekah bahawa suatu hari nanti Masjidil Aqsa akan kembali kepada pemilikan mereka.
Pembukaan Masjidil Aqsa telah dimulakan sendiri langkahnya oleh Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Isra dari Mekah ke Al-Quds.
Kenapa digandingkan dalam surah ini Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram?
Pertama untuk mengarahkan pandangan Umat Islam terhadap Masjidil Aqsa yang mana ia pada hakikatnya tidak kurang penting berbanding Masjidil Haram.
Masjidil Aqsa berhak diberikan perhatian yang sama.
Kedua adalah untuk mengisyaratkan bahawa apa sahaja kemudaratan dan ancaman yang menimpa Masjidil Aqsa maka ianya seolah sama seperti menimpa Masjidil Haram.
Jika Masjidil Aqsa berjaya ditawan dan dirosakkan, maka kesannya lambat laun akan sampai juga kepada Masjidil Haram.
Disebutkan Masjidil Aqsa 'yang diberkati di sekelilingnya.'
Kenapa disebutkan keberkatan di sekelilingnya dan bukan keberkatannya?
Ini kerana jika di sekelilingnya diberkati apatah lagi Masjidil Aqsa.
Kawasan sekeliling yg dimaksudkan adalah Palestin, Jordan, Syria & Lubnan.
Keberkatan pada tempat ini terdapat pada lima sudut; iman, sejarah, jihad, politik dan tanah.
Keberkatan iman : di sini tempat para nabi sejak zaman Nabi Ibrahim dan kemudian para nabi bani Israel. Maka iman telah wujud di sini dengan kukuh, mendalam dan membumi di sini.
Keberkatan sejarah : di sini bermula dan akan berterusannya sejarah Islam, Iman dan penghambaan kepada Allah SWT manakala sejarah kekufuran dan kesyirikan tidak berkekalan di sini. Sejarah Islam dan Iman yang dimulakan oleh para anbiya sahaja yang kekal hidup di bumi ini.
Keberkatan jihad : di bumi ini berlaku berlaku peristiwa jihad yang menjadi pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Di sini telah dikalahkan Rom, Parsi, Tentera Salib dan insyaAllah suatu hari nanti Yahudi dan kemudian Dajjal dan Yakjuj & Makjuj.
Keberkatan Politik : di sini bumi ujian dan dugaan. Bumi ini membongkarkan sikap sebenar manusia terhadap isu isunya. Bumi ini membongkar pengkhianat pengkhianat yang bekerjasama dengan musuh dan membumikan mereka di sini. Manakala golongan yang jujur dan ikhlas akan berkekalan.
Keberkatan Tanah : tanah tanah di sini amat subur untuk tanaman dan haiwan ternakan. Cuacanya pula sederhana panas dan nyaman sepanjang tahun. Hasil bumi dan pemandangan alam sekitarnya amat memukau dan mengkagumkan setiap orang yang melihatnya.
Masjidil Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan juga hati setiap Muslim.
Isu yang melibatkan Al-Aqsa adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan kemanusian adalah sebahagian daripadanya.
Sesiapa yang tidak merasai kepentingannya maka dia perlu menilai imannya.
Rujukan :
Haqaiq Quraniyyah Haula Al-Qadiyyah Al-Filistiniyyah tulisan guru kami Sheikh Dr Solah Al-Khalidi.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Setiap kali berlaku pengeboman Isra5l, naratif yang pihak Z1on1s akan gunakan untuk menjustifikasikan angka korban yang besar adalah,
''Pihak Pal5stin guna perisai manusia."
Ini bebenang untuk menjawabnya.
1/ Apa tujuan daripada naratif ini?
- Meletakkan Tentera Z10nis on higher moral ground. Sebab hanya pihak yang tidak bermoral yang akan gunakan manusia sebagai perisai.
- Menyalahkan pihak Pal5stin sebagai punca berlaku korban. Korban berlaku bukan kerana serangan Zionis.
- Tetapi berlaku kerana pihak Pal5stin yang jadikan manusia sebagai perisai bagi mempertahankan diri. Naratif ini berkesan terutamanya jika korban adalah kanak2 & wanita.
- Menjadikan human shield untuk alasan pembunuhan ini adalah taktik yang juga digunakan di India & Mesir.
1/ Laporan oleh @btselem ngo hak asasi manusia terkemuka di Israel.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama Israel digelar negara apartheid oleh ngo rakyatnya sendiri.
Apartheid adalah dasar penindasan penduduk berdasarkan etnik & warna kulit. [Thread]
2/ Terdapat 14 juta penduduk di Israel. Separuh daripadanya adalah Arab dan separuh lagi Yahudi. Dalam satu negara mereka diperintah oleh dua rejim yang berbeza.
Pertama dalam kawasan milik Israel; rejim demokrasi yang mentadbir 9 juta penduduk, semuanya berwarganegara Israel.
3/ Kedua adalah kawasan jajahan Palestin 1967; rejim tentera Israel yang memerintah 5 juta rakyat Palestin.
• Pengeboman udara besar besaran berlaku sebelum azan subuh tadi.
• Ramai menyangka malam ini akan berlalu dengan tenang, tetapi tentera Z10n1s melewatkan serangan untuk berikan kejutan.
• Dalam masa kurang 20 minit lebih 60 pengeboman udara dilakukan.
Serangan udara tidak berhenti di kawasan timur dan utara Gaza lebih daripada 20 minit.
•Berusia 21 tahun dan merupakan pelajar tahun 3 pergigian.
•Rumahnya telah dibom oleh Tentera Isr2el semalam dan mengorbankan bersamanya ibunya dan dua orang adik lelakinya.
•Syaima' telah tertimbus di bawah runtuhan selama 14 jam.
•Baru sejam tadi beliau berjaya dikeluarkan dan telah pun meninggal dunia.
•Beliau merancang untuk berkahwin dengan pasangan pilihannya dalam masa sebulan.
•Beliau ialah bakal pengantin, doktor gigi yang lemah lembut.
•Disayangi oleh sahabat sahabatnya & orang sekelilingnya
•Beliau juga seorang penghafal Al-Quran.
•Pihak Z10n1s telah menghancurkan kehidupannya, kehidupan keluarganya dan keseluruhan impiannya.
Maka marilah kita hidupkan peringatan tentang beliau dan mendoakan beliau dan mereka yang terkorban dalam doa doa kita.
- Serangan udara besar besaran. Terbesar sejak perang dimulakan.
- Lebih 70 serangan udara telah dilakukan.
- Serangan disasarkan pada seluruh kawasan Gaza; timur ke barat, utara ke selatan.
- Disasarkan bangunan awam, jalan jalan utama, bangunan kerajaan.
Serangan menggunakan bom yang highly destructive dan explosive.
Bom ini sepatutnya digunakan untuk bangunan tentera yang kebal dan bukan bangunan awam.