DARURAT
1. Ternampak jelas darurat tidak berjaya mengurang wabak COVID-19. Dari 2,000 sehari di waktu darurat diisytihar, jumlah kes baharu sudah meningkat kepada hampir 7,000.

chedet.cc/?p=3388
2. Hasil sebenar yang jelas dari darurat ialah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh dicabar dan kuasa Perdana Menteri mengatasi Perlembagaan Negara dan semua undang-undang.
3. Namun dengan kuasa tanpa had ini, bukan sahaja wabak COVID-19 tidak dapat dikawal tetapi keadaan ekonomi, politik, dan sosial menjadi lebih teruk lagi. Angka prestasi ekonomi dikatakan lebih baik dari sebelum wabak, tetapi rakyat tidak sedikit pun merasai kebaikan ini.
4. Kononnya sebanyak Ringgit 600 billion sudah dibelanja oleh Kerajaan dalam masa hanya lima bulan. Tetapi di mana pergi duit ratusan billion ini.
Bukan mudah untuk belanja duit sebanyak ini. Beli vaksin ke? Tak akan habis 600 billion beli vaksin. Apa harga vaksin? Siapa yang membeli? Kenapa sedikit sangat yang sudah diterima?
5. Lockdown seluruh negara memang mengundang masalah ekonomi dan sosial. Penjual makanan tetap tidak dapat berniaga. Apa kata jikalau mereka diupah sebagai tukang masak public kitchen. Kita perlu bekal rakyat yang dikurung dengan makanan.
6. Sebenarnya di U.K. hanya suntikan sekali sahaja vaksin AstraZeneca sudah dapat kurangkan kes baru sebanyak 70%.
7. Di Amerika 128 million orang sudah disuntik dan angka kes baru amat kurang. Jika benarlah suntikan menyebabkan kematian ramai, dari 128 million yang disuntik tentulah ratusan ribu yang maut. Dapatkah disembunyi jenazah yang begini banyak. Nak simpan di mana.
8. Mereka yang suruh minum air kelapa untuk selamat diri sebenarnya mengkhianati masyarakat. Merekalah yang ingin lihat ramai mati kerana tidak disuntik.
9. Sebenarnya cara terbaik untuk selamat diri dari jangkitan selain dari suntikan vaksin ialah dengan menjauhkan diri dari orang lain. Lebih dari satu meter lebih baik.
Kalau perlu kerja, jauhkan diri dari pekerja lain. Bukan sahaja semasa bekerja atau sembahyang tetapi juga semasa berjalan pergi balik ke tempat kerja
10. Menjauhkan diri dari orang lain menjadi penting kerana virus ini boleh airborne – ditiup angin. Memang susah. Tetapi tidak ada jalan yang senang melawan COVID-19.
11. Mereka yang tidak dijangkiti hingga kini ialah mereka yang amal SOP dengan baik. Tetapi mereka yang berkuasa hendaklah tentukan SOP diamal dengan baik oleh semua.
Menentu SOP dipatuhi lebih baik dari mengena denda yang tidak dapat dibayar oleh orang yang sudah miskin kerana tidak dapat bekerja dan berniaga.
12. Inilah sebabnya Kerajaan perlu sediakan makanan untuk mereka yang kebuluran kerana COVID-19.
13. Jika Kerajaan punyai wang, gunakan untuk lawan COVID-19. Membekal makanan, upah untuk tukang masak memerlu peruntukan yang tinggi. Tetapi berbaloi. Tak payahlah kontrak-kontrak diberi di waktu ini.
14. Lockdown tetap akan jejaskan ekonomi. Kita tidak ada pilihan. Ekonomi yang rosak boleh diperbaiki. Kematian kerana COVID-19 tidak ada pemulihan.

chedet.cc/?p=3388

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @chedetofficial

20 Apr
INDUSTRIALISATION

** This article was originally published in THE EDGE DAILY , April 19, 2021

1. We want to be a developed country. Industry, manufacturing industry will help us achieve this ambition. But we need to adopt a different strategy.

chedet.cc/?p=3359
2. When we decided to industrialise, our objective was to give people some income. But we had no knowledge about manufacturing, no capital, no expertise in management and no knowledge of the market. So we decided on foreign direct investment.
3. It worked and we can say we have become an industrialised country. 80% of our exports now are made up of manufactured goods.
Read 30 tweets
17 Apr
#PulangKeLangkawi Saya menghargai kesediaan pihak swasta membantu rakyat Langkawi. Di sini memang ramai yang perlukan bantuan. Image
Tetapi saya tetap berpegang bahawa kita bukan setakat perlu beri bantuan wang secara percuma. Sebaliknya mengajar dan bekalkan kemahiran buat mereka yang ketinggalan untuk berusaha jana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh. Image
Dengan itu mereka lebih bebas, tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kpd mana-mana pihak.

Saya berterima kasih kpd syarikat-syarikat yg berusaha bantu membangunkan & atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan wabak Covid19. ImageImageImageImage
Read 5 tweets
18 Jan
THE PROCLAMATION

1. I hesitate to comment on the Proclamation of a State of Emergency for fear that I am motivated by a desire to become Prime Minister again.

chedet.cc/?p=3301
2. But now I find that doctors and lawyers are commenting adversely on the promulgation of a state of emergency due to COVID-19. Also, on the management of the pandemic. And so I feel I have a right to comment.
3. My view is that emergency powers are not necessary in dealing with the pandemic. The Government has ample power and Malaysians have obeyed whatever orders or directives issued by the Government in dealing with COVID-19. They raise no objection.
Read 20 tweets
13 Jan
EXTREMISM

1. I have been named among the top 20 most dangerous extremists on earth, by a United States’ based website.
2. The Counter Extremism Project website cites; “A controversial figure, Mahathir often criticized (sic) the West, LGBT people, and Jewish people”.
3. It goes on to say; “Mahathir is not directly responsible for specific acts of violence. However, his controversial opinions have led to international condemnation as it was alleged Mahathir supported extremist violence against the West”.
Read 20 tweets
30 Nov 20
TUDUHAN PALSU AZMIN

1. Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).
2. Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.
3. Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.
Read 23 tweets
21 Nov 20
PERDANA MENTERI

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.
2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.
Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.
Read 36 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(