Day 1

Alright guys, jom kita mulakan sharing pasal freelance writing.

Disebabkan ada yang masih kurang pasti apa itu freelance writer dan macam mana cara bekerja, hari ini kita start dengan pengenalan kepada freelance content writer dulu.

Let's go!
Freelance writer adalah orang yang bekerja sebagai penulis untuk apa-apa jenis penulisan kepada client.

Client pula tak semestinya client yang sama sepanjang masa.

Penulisan itu boleh jadi artikel blog, copywriting, product description, press release dan sebagainya.
Freelance writer bekerja sendiri dan bukan berada di bawah mana-mana company. Kita boleh buat company sendiri kalau nak. Kita jadi bos, kita jadi pekerja.

Kita dibayar berdasarkan jumlah kerja yang dibuat. Kalau buat kerja, kita dapat duit. Malas buat kerja, tak dapat lah duit.
Job Scope Freelance Writer

Bila jadi seorang freelance writer, kerja kita bukan sekadar menulis saja.

Kita juga bertanggungjawab untuk buat content dan keyword research, proofread, edit, publish content dan communicate dengan client.

Cop! Bukan itu saja. Ada lagi kerja lain.
Kita juga kena renew SSM kalau buat company sendiri, marketing, pitching, keluarkan invoice, resit, tax filing, jadi ah long tuntut hutang dari client.

Lepas tu kena belajar benda baru, buat networking.

Nampak banyak kerja kan? Memang banyak pun tapi bila dah biasa, okay je.
Jenis-jenis Freelance Writer

Ada banyak jenis freelance writer tapi kita fokus pada 3 jenis saja kali ini.
- Article writer
- Copywriter
- Ghostwriter.

Sebabnya mudah sikit nak mula, banyak demand dan bila mula dengan ini, lebih mudah nak luaskan cabang penulisan yang lain.
Article writer

- Tulis artikel untuk blog, online publication, majalah, surat khabar, press release, etc
- Kalau ada kemahiran SEO, lagi bagus untuk online content
- Article writing adalah salah satu favourite kerja saya and my strongest forte buat masa ini
Copywriter

- Tulis ayat-ayat iklan atau marketing untuk sosial media, email newsletter, landing page, website
- Lebih kepada ayat-ayat yang ditulis untuk memnpengaruhi orang untuk buat tindakan
- Tindakan seperti beli barang, derma atau share content dekat media sosial.
Ghostwriter

- Tulis apa-apa jenis hasil penulisan contohnya macam artikel blog, buku atau lirik lagu. Tapi kita tak dapat nama pun.
- Hasil penulisan jadi milik client 100%, kita tak boleh nak claim langsung walaupun tiba-tiba hasil penulisan itu jadi viral atau best seller.
Waktu kerja freelance writer

Waktu kerja kita tak tetap. Ikut suka hati asalkan kerja siap.

Saya biasa buat kerja pada waktu malam, masa semua orang tengah tidur.

Saya tidur dulu lepas Isyak, dalam pukul 1-2 pagi terjaga. Spend dalam 3-5 jam sehari untuk buat kerja.
Saya tak buat kerja setiap hari. Ada hari yang saya rasa penat sangat, saya tidur je. 😆😆

FYI, saya tak buat full time. Saya buat part time sebab I put my family first.
Siapa yang nak hire freelance writer

Mesti korang tertanya-tanya siapa yang nak hire freelance writer ni kan?

InsyaAllah, selagi wujudnya bisnes dekat dunia ni, akan ada orang yang nak upah kita bekerja

Target market kita - Pemilik bisnes, ahli politik, selebriti
Untuk pemilik bisnes, biasanya mereka perlukan orang untuk tulis artikel blog, content untuk social media, copywriting untuk FBAds, email marketing, product description dan sebagainya

Untuk ahli politik atau selebriti, mereka perlukan content personal branding di sosial media
Yang jadi ghostwriter boleh offer servis menulis untuk:
- Cikgu-cikgu untuk buatkan slide presentation
- Youtuber untuk buatkan skrip video
- Blogger untuk tuliskan artikel untuk blog
- Penceramah untuk buatkan subtitle untuk video dekat social media diaorang

Banyak lagi uiiii
Apa yang kena ada untuk jadi freelance writer

Benda paling penting adalah sama ada laptop, desktop atau phone.

Ada salah satu pun dah cukup. Saya guna ketiga-tiga device untuk mudahkan kerja.

Saya gunakan Google Docs untuk menulis supaya boleh sync kerja dekat setiap device.
Berapa 'gaji' freelance writer -> Ini soalan paling hot yang saya selalu dapat.

Bila bercakap pasal gaji atau payment freelance writer, saya tak boleh nak sebut secara total.

Setiap writer ada rate sendiri. Ada yang letak rendah, ada yang letak tinggi.
Gaji kita bergantung kepada rate yang kita tentukan. Ada banyak faktor yang main peranan dalam setting rate - pengalaman, expertise, niche.

Makin power expertise dan experience kita dalam satu-satu niche, makin mahal kita boleh charge.

Tips: Mahirkan diri dalam 1 atau 2 niche
Pengalaman saya sebagai freelance writer

Saya bermula dengan join kelas hujung tahun 2019. Dari situ saya berpeluang untuk cuba macam-macam kerja.
Penulis artikel, copywriter untuk FB Ads, landing page, translator BI-BM, data entry, transcriber (kolaborasi untuk hasilkan buku).
Buku yang mana saya jadi salah seorang daripada team transcriber - 29 Kisah Menyentap Iman.

Transcriber ni kerjanya dengar audio atau video, dan tulis semula dalam bentuk teks.

Kalau nak beli buku ni, boleh PM saya.
Saya pernah menulis content personal branding untuk seorang entrepreneur dalam niche bisnes.

Content-content yang saya tulis pernal viral dengan banyak share di FB.

Sebab itu juga client saya dapat secure investor yang agak besar untuk bisnes dia.
Jujurnya masa saya mula-mula saya buat kerja menulis ni, niat memang sebab nak duit dan bosan duduk dekat rumah.

Tapi bila lama-lama, mindset saya dah bertukar.

Instead nak kumpul duit banyak-banyak, saya jadi lebih kepada nak tolong client permudahkan urusan diaorang.
Bila saya tukar mindset saya, cara saya kerja pun berubah.

Saya jaga kualiti kerja, jaga hubungan dengan client.

Sampai masa, job banyak masuk. Sampai saya terpaksa pilih mana nak ambil. Yang lain saya refer kan pada kenalan penulis saya yang lain.
Alhamdullilah, saya sekarang pada tahap yang boleh set rate yang tinggi dan pilih kerja.

InsyaAllah kalau korang mula sekarang, korang pun boleh sampai ke tahap ini. Maybe lebih lagi.
Untuk bagi korang semangat lebih sikit untuk berjinak dalam bidang ini, income saya sekarang hampir RM3000 sebulan.

Nak dapat lebih dari tu memang boleh tapi saya tak larat nak menulis banyak2.

Saya hanya menulis lebih kurang 10 artikel, spend dalam 3-5 jam pada waktu malam.
Itu saja perkongsian untuk hari ini. Sharing hari ini bosan sikit sebab basic.

Tapi, harap korang semua boleh faham dah macam mana kerja freelance writer.

Besok kita exercise sikit skill menulis korang, boleh tak?
Besok saya nak kongsi apa yang korang kena sediakan sebelum korang mula cari potential client. Hari-hari seterusnya, saya akan tunjukkan korang beberapa cara untuk cari client.

Minta tolong korang semua RT permulaan thread ini supaya lagi ramai yang boleh dapat manfaat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fadzi Razak #freelancewriter

Fadzi Razak #freelancewriter Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fadzirazak

2 Jun
Day 2

Semalam kita dah cerita pasal apa itu freelance writer. Hari ini saya nak kongikan benda apa yang korang perlu sediakan sebelum cari client.

Let's go!

Image: Freepik Image
Cuba bayangkan kita tengah approach potential client.

Kita: Hi, saya boleh bantu team Encik/Cik untuk buatkan artikel untuk website. (Contoh)

Potential Client: Oh, menarik! Boleh saya tengok contoh artikel yang awak pernah buat?

Kita: *Krik krik krik*

Terlepas satu peluang.
Benda pertama sekali yang korang kena buat sebelum approach client adalah sediakan sample penulisan atau portfolio. Apa contoh portfolio yang korang boleh bagi?

Kalau ada blog persendirian, boleh bagi link kepada artikel terbaik korang pernah tulis.
Read 19 tweets
15 May
Saya ada share antara kerja freelance yang saya pernah buat dekat tweet @magmalaya sebelum ni.

Ramai yang nak tahu macam mana nak mula jadi freelancer dan dekat mana nak cari potential client.

So, here it is. Macam mana nak jadi freelancer (apa-apa bidang pun).

A thread.
1. Mula-mula kena tahu apa skill yang kita ada. Antara skill yang boleh kita jual sebagai freelancer:
- Writer & linguistics
- Graphic & design
- Video & animation
- Programming & IT
- Digital marketing
- Customer service
- Music & audio
- etc
2. Kalau rasa tak ada skill apa-apa, boleh mula belajar sekarang.

Pilih apa yang korang minat dan korang sanggup buat tiap-tiap hari.

Saya dulu cuba macam-macam, minat macam-macam, boleh buat macam-macam.

Tapi bila lama-lama, saya lebih fokus pada writing.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(