Banyak pandemik bermula dari China ada beberapa sebab:
1. China negara paling ramai manusia. 2. China negara yang paling banyak bangunkan bandar kerana populasi yang tinggi. 3. Bandar banyak, maka banyak hutan ditebang & banyak haiwan pembawa virus tinggal hampir dengan bandar.
4. Musnahnya habitat menyebabkan banyak haiwan liar pemangsa akan berkurangan. Maka, akan menyebabkan populasi haiwan roden yang bawa virus seperti tikus akan meningkat.
5. Tahun 2017 lagi saintis dari China sendiri telah meramalkan pandemik akan datang (covid-19) bermula dari China. Aktiviti pasaran pelbagai burung hidup memudahkan munculnya virus-virus baru. Ini antara sebabnya juga.
8. Penebangan hutan & kepupusan haiwan tertentu menyebabkan kemunculan pandemik.
"...those that tend to survive — rats and bats, for instance — are more likely to host potentially dangerous pathogens that can make the jump to humans."
9. Perkara yang ironi tentang perkara ini ialah peningkatan populasi menatijahkan peningkatan pembandaran. Tetapi pembandaran telah memperlahankan kadar perkembangan populasi. Di luar bandar satu keluarga biasanya 7-8 orang anak, di bandar sekitar 2-3 orang anak.
Populasi meningkat tetapi kadar peningkatannya menurun. Mungkin kita boleh nampak penurunan populasi sekitar 200-300 tahun akan datang.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Power Distance Index ialah indeks menyukat penerimaan kuasa terbangun antara orang paling berkuasa dengan orang kurang berkuasa. Malaysia berada di tempat pertama — orang Malaysia tak mampu mempersoal & melawan kuasa di atas. Mereka terima saja apa autoriti buat. Terpaling sabar.
Amnya, indeks ini menunjukkan budaya orang Malaysia jenis malas dan terima sahaja apa autoriti buat dan beritahu. Malas nak melawan dan mempersoal. Kita amat memandang tinggi akan nilai pangkat dan kuasa.
7-8 pangkat di depan nak kena sebut pada nama. Kalau tak, dikira biadab.
Orang tanya mana Korea Utara. Saya semak, Korea Utara tiada dalam senarai. Susah sikit nak tengok apa-apa data tentang Korea Utara. Tengoklah mana-mana indeks pun, Korea Utara paling susah nak ada data mengenai mereka.
Video Zainul Asri merepek pasal vaksin baru saja naik 21/2/2021 baru-baru ini, hari ini dah 15K perkongsian di Facebook. Gila betul gelombang anti-vaksin apabila orang agama yang bawa. Beratus doktor berpengaruh pun susah nak lawan seorang agamawan.
Dr. MAZA (kiri) dengan Zainul Asri (kanan) bukan orang yang sama ya. Dr. MAZA okey, Zainul Asri terlalu banyak tak okey.
Israel telah berjaya mencetak daging alternatif (alt-meat) menggunakan pencetak 3D, bermula dari proses pembiakan sel. Daging ini mempunyai kualiti, rasa & tekstur yang sama dengan daging sebenar. Dalam masa 1 jam, pencetak 3D ini mampu menghasilkan ribuan unit daging.
Daging ini boleh dimakan dan telah masuk ke restoran-restoran di Israel pada tahun ini dan akan masuk ke pasaraya di sana pada tahun 2022. Tujuan teknologi ini dibangunkan ialah untuk hasilkan lebih banyak makanan tanpa perlu sembelih lebih banyak haiwan.jpost.com/food-recipes/w…
Berdasarkan artikel, ada beberapa kelebihan dengan teknologi ini;
1. Kurangkan kos penternakan haiwan (tak perlu ternak banyak haiwan kerana daging dapat hasilkan dalam banyak unit melalui haiwan yang ada).
2. Dapat menjaga kualiti keselamatan daging itu dengan lebih baik.
Video ini sedang tular. Ini adalah aktiviti penerjunan angkasa (space diving).
Ada beberapa kesalahan pada deskripsi video ini dan saya akan berkongsi tentang realnya aktiviti ini dan mengapa ia masih dikira selamat untuk dilakukan.
1. Penerjun ini tidak melakukan penerjunan sejauh 1,236 km. Nilai itu mungkin merujuk pada kelajuan terjunan yang dilakukan iaitu 1,236 km/j. Penerjun ini ialah Felix Baumgartner yang pernah terjun selaju sekitar 1,358 km/j.
2. Tinggi terjunan yang beliau lakukan ialah dalam 38 km dari paras air laut. Tidak sampai 1,000 lebih ya. Dan beliau pemegang rekod nombor dua terjun setinggi itu. Nombor satu ialah Alan Eustace yang terjun setinggi sekitar 42 km dari paras air laut.
Kita bahaskan konteks TAFSIRAN ke atas ayat Quran. Golongan Bumi Rata percaya ada ayat Quran yang bermaksud Bumi ini tidak bergerak & matahari mengelilinginya. Kalau kita bawa tafsiran ini ke zaman lampau, bolehlah kita cakap selari sains & Quran. Hakikatnya kini?
Hakikatnya, Bumi beredar mengelilingi Matahari. Penemuan sains berubah². Dulu sains menemui Bumi tidak bergerak, kini sains menemui Bumi bergerak. Jadi, disebabkan ini, Quran dan sains jadi tidak selari kerana Quran tafsir Bumi tidak bergerak (seperti dakwaan geng Bumi Rata)?
Kita bolehlah dakwa itu ini, sebut Quran sudah temui dulu itu ini. Tetapi kita tak nampak penemuan sains sentiasa berubah. Kalau awal² kita dah dakwa, "Ini selari dengan Quran", selepas itu tiba-tiba sains temui benda yang lebih tepat yang tak selari dengan tafsiran. Bagaimana?
Dulu, bahasa ilmu ialah bahasa Yunani, India & China. Ketika Empayar Islam meluas, karya² dari tiga tamadun ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Orang Arab tak belajar bahasa STEM dalam bahasa Yunani, India, China tetapi dalam bahasanya sendiri. Terjemah, baru teroka ilmunya.
Baitul Hikmah (House of Wisdom) pada era Abbasiyyah merupakan pusat pengetahuan empayar yang berbahasa Arab iaitu bahasa penutur subjek dan rakyatnya. Yang melakukan tugas² terjemahan ini adalah para sarjana, yang mendapat manfaat ialah sarjana dan rakyatnya sekali.
Apa yang dibuat pada ketika itu adalah apa yang dibuat oleh negara-negara maju seperti Jerman, China, Korea Selatan, Jepun, Perancis dan lain-lain. Rakyatnya diajar STEM dalam bahasa penutur tetapi sarjananya yang kutip gedung pengetahuan yang berbahasa Inggeris.