Kucing dewasa tidak mengiau kepada kucing dewasa yang lain untuk berkomunikasi. Ia bukan bahasa antara kucing dewasa.
Anak kucing mengiau untuk memanggil ibunya, tapi ia berhenti mengiau kepada kucing lain bila umurnya mencapai 4 bulan.
Kucing dewasa mengiau kepada manusia untuk berkomunikasi. Hanya kucing domestik yang dewasa berbuat demikian.
Kucing berkomunikasi secara vokal dengan kucing lain dengan menggeram(growl), dengkur(purr), mencicip(chirrup), dan lain-lain.
Jadi kalau dengar kucing mengiau-ngiau, itu bermakna ia sedang bercakap dengan kita. Maka layanlah kucing tu ya!
Sebenarnya, sangat banyak fakta sains tentang binatang, alam semesta, tubuh badan manusia yang pelik, aneh, kelakar, dan lucu tau.
Buku fakta sains banyak dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris keluaran luar negara. Senaskah buku sains biasanya mencecah harga sampai ratusan ringgit. Tak mampu !
Akhirnya ada orang Melayu kita, Dr Wan Fahmi dan Dr Nur Annies menerbitkan buku fakta sains yang menarik dalam versi Bahasa Melayu.
Sambutan hangat diterima. Harga sangat berpatutan. Diulang cetak sampai 7 kali, lebih 160,000 naskah terjual.
Buku ni memang menjadi rebutan di rumah. Baik anak, baik ayah ibu, bahkan atuk nenek pun turut sama berebut.
Teroka Sains 1,2 & 3 ni hanya dijual online dari web rasmi mereka. Takde jual kat kedai2.
Yang nak dapatkan, terus cepat klik sini jangan tangguh sebab stok terhad 👉🏻 bit.ly/2JT2AZ7
Tangannya terus terkulai layu melepaskan telefon bimbit ditangan. Pandangannya kelam. Seluruh tubuh rasa lemah dan terus rebah ke bumi.
Ibu mana tak terkejut. Baru saja sejam lepas dia memeluk anak,menantu dan cucu-cucunya sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Rasa gembira menyambut Aidiladha bertukar menjadi duka.
Anaknya telah terlibat dengan kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan menantu dan cucu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ini terjadi kemungkinan disebabkan anaknya kurang rehat dan keletihan menguruskan daging korban serta melayan sanak saudara
Aku melangkah masuk ke wad. Buku aku tertinggal beberapa hari. Rasa lebih bersemangat kembali bekerja setelah cuti dua hari.
Aku perhatikan di beberapa sudut dinding, ditaburkan garam. Pelik.
“Saya ingatkan garam ni orang letak dalam makanan je. Ada juga orang tabur di tepi dinding”, sempat aku berseloroh dengan misi di kaunter.
“Itu bukan garam biasa doktor. Itu pagar”
“Pagar?”
Baru nak tanya lebih, misi dah berlalu menuju ke katil pesakit.
Malam ini aku ditugaskan di dewan bersalin. Setelah tukar pakaian, aku terus meluru ke papan putih. Di situ ada senarai pesakit yang baru masuk ke dewan bersalin.
“Wei Samhan, kau tolong ambil darah jap pesakit bilik depan ni. Dia baru masuk”, pinta rakan sekerja.
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”