SIRNAKAH SEGALA DOSA NAJIB SEJAK BERSUARA BAGI PIHAK PEMBANGKANG?
1. Tak salah DS Najib @NajibRazak menyuarakan kepentingan rakyat. Ini peluang Najib. Beliau tak pernah merasa untuk jadi pembangkang sebelum ini.
.
Dan kini melalui ucapan dan coretannya di medsos, beliau kelihatan teruja untuk bercakap bagi pihak pembangkang meskipun rakan-rakan UMNO-nya adalah tonggak kerajaan. Aneh bukan?
.
2. Apakah DS Najib @NajibRazak rasa selamat dengan jajaran baru? Maklumlah, pemimpin PN @PNRasmiMY tak ‘membantunya’ dalam kemelut yang dihadapinya sekarang. Sedarkah Najib bahawa jolokan ‘kluster mahkamah’ adalah hasil usaha pemimpin PH semasa menjadi kerajaan 22 bulan?
.
Siapakah yang memalitkan najis 1MDB ke mukanya? Siapakah yang menjaja hasil mahsul barang kemas Rosmah kalau tidak para soldadu yang nak dijadikan rakan jajaran baru sekarang? Apakah DS Najib tak nak memandang ke belakang?
.
3. Akhir-akhir ini ada saja yang tak kena bagi Najib @NajibRazak. Kalau PM Muhyiddin @MuhyiddinYassin beri betis, Najib suarakan peha. Kerajaan PN menawarkan intan, Najib kata sepatutnya berlian.
.
Macam-macam usaha kerajaan PN lakukan dalam menghadapi pandemik, namun hati Najib tak pernah puas berdendang sayang. Beliau fikirkan sokongan rakyat perlu kembali kepadanya. Anak-anak muda nampak terpesona dengan trollnya. Hingga terlupa siapakah Najib sebelumnya.
.
4. Percayalah, troll Najib akan mengembalikan ingatan rakyat ke sejarah kuasanya. Peperangan belum bermula. Najib masih bersama UMNO @umnoonline. UMNO masih bersama PAS @PASPusat dalam Muafakat Nasional @MN_Rasmi.
.
Walaupun kluster mahkamah semakin jelas menyuarakan jajaran baru selepas PRU15, namun PAS tidak melenting dan terburu-buru. PAS berusaha menyelamatkan MN ke hujung nyawa.
.
Perpaduan ummah adalah agenda utama. Apa guna berpolitik sekiranya ummah bercempera? Menjadi laluan para dajjal kembali ke tampuk kuasa.
.
5. PAS belum terfikir untuk melepaskan walau sebutir peluru. Saat mana PAS mula diserang bertalu-talu. Dari kem rakan yang diikat piagam, apalagi seteru.
.
Menteri-Menteri PAS terus bekerja menggerakkan kementerian masing-masing. Buat kerja tak bising-bising. Gaji dan elaun disumbangkan untuk Dana Covid19 dan Tabung Kemanusiaan Palestin. Tiada satu kebaikan PAS di mata pemfitnah yang zalim.
.
6. Demikianlah PAS mutakhir ini. Kawan dan lawan menyerang ketika PAS sibuk menguruskan kebajikan rakyat dan menyampaikan sumbangan. Bukan lagi PH @pakatanharapan_ , malah Najib menyindir yang bukan-bukan. Sejauh manakah rakyat terpesona dan termakan?
.
Nekadkah sudah, bapak sendiri bermain api dari bisa lagu yang dinyanyikan? Sirnakah segala dosa Najib sejak bersuara bagi pihak pembangkang?
PADA malam 28 September 1998 itu, puluhan ribu manusia memenuhi Taman Melewar, melimpah hingga ke Greenwood. Ada kawan beritahu, kereta mereka terpaksa diletakkan di susur keluar ke UIA, berhampiran Tol Gombak dan berjalan kaki ke Taman Melewar.
.
Semua orang berkumpul kerana menghadiri pelancaran Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Saya ditugaskan untuk mengendalikan program raksasa ini selaku Pegawai GERAK pada masa itu.
.
Boss saya ialah Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi GERAK dan Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang menjadi Ketua Sekretariat GERAK.
.
Ada khadam mahacai bebal Ph minta ulas posting Nini Siron ni .Ok fokus pada highlight di bawah. Tujuan post ingin "mempersoal"
Sebab tu aku kata semua ni adalah politik busuk.
.
Yang tercongok di tepi showroom tu dia, yang rakam gambar Yb tu dia, yang ambil gambar pun dia dan yang tunggu sampai Yb tu pergi pun adalah dia. Kalau dia ikhlas nK tahu status Yb tersebut dah lama dia jumpa untuk bertanya tapi dia boleh duduk dalam kereta mcm SPY..
.
Kemudian segala bahan rakaman, gambar dia posting dan buat caption ingin "MEMPERSOAL".
Nak bagi power lagi cipta andaian² jahat. Mungkin dia beli kereta baru, eh mungkin jugak hari penyerahan, eh boleh ke test drive?
.
Semalam heboh isu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Dr Noor Hisham kerana tidak mahu berikan rawatan Ivermectin kepada rakyat Malaysia. Katanya lepas buat laporan polis barulah KKM nak buat kajian.
.
Katanya negara luar, contohnya India dah lama beri Ivermectin kepada rakyatnya dan berkesan.
Izinkan saya kongsikan maklumat ini dengan anda.
.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang buat kajian mengenai keberkesanan Ivermectin ke atas pesakit Covid di Malaysia. Anda kena sabar. Kajian ni diluluskan oleh Jawatankuasa Etika KKM pada 25/5/2021, lebih awal pun daripada laporan polis yang dibuat anda!
.
Apabila menyebut Pulau Pinang, terbayang sewaktu remaja bersama rombongan Cik Kiah ke pesta Pulau Pinang, bekal wang beberapa belas ringgit sudah memadai. Itu semua sudah di telan zaman. Pulau Pinang pantas berkembang sebagai pusat industri dan wajar menjadi negeri maju.
.
Di mana silap parti Melayu Umno yang pada ketika itu mempunyai majoriti menyerahkan pemerintahan kepada Gerakan (Gerakan meninggalkan BN juga). Sejak itu negeri Tanjung ini tidak lagi di tadbir kerajaan Melayu.
.
Era pemerintahan dap, negeri ini melakukan penambakan laut, compact kan perkampungan Melayu di gantikan rumah kotak merpati. Gedung dan perumahan mewah di wujudkan sebagai helah menolak Melayu ke seberang Perai, Butterworth, Juru, Bukit Mertajam dan sekitarnya.
.
Menurut mahacai, semua orang termasuk menteri2 kena dok rumah sbb mematuhi arahan PKP...namun juga menurut mahacai, menteri2 dok saja di rumah, tak buat kerja adalah makan gaji buta...
.
Menurut mahacai lagi, menteri2 kena jengok rakyat dan buat kerja untuk rakyat...tapi mahacai juga mahu larangan rentas daerah/negeri sepatutnya tertakluk kpd semua walaupun menteri...kata depa "kenapa golongan kayangan boleh rentas daerah/negeri, kami tak boleh?"...
.
Maka menurut puak2 mahacai ph ni, apa saja dibuat oleh menteri kerajaan PN semua tak betoi... Bergerak salah, dok diam pun salah...buat kerja salah, tak buat kerja dah mmg terangan salah...
.
Tok laki dia juai kereta, patut laaa dia jaki...kalau MB pi jumpa tok laki dia tanya bab kereta, mgkn dia akan viral cerita baik2 laaa pulak pasai MB Kedah...
.
Dalam kes ni, apa yg dia cerita mengenai kehadiran MB di lokasi tersebut adalah benar...cuma dia cerita pada sisi dia dan menokok tambah andaian dia sendiri utk menggambarkan seolah2 MB Kedah ke situ untuk beli kereta...
.