[Bolehkah Perempuan Meminang Lelaki?]

Kebiasaannya kita akan mendengar seorang lelaki yang akan meminang atau menyatakan hasratnya kepada seorang wanita.

Persoalannya bolehkah seorang wanita menyatakan hasratnya/meminang seorang lelaki yang dianggapnya baik dan soleh?
Terdapat dalam Sahīh al-Bukhārī sebuah kisah yg diceritakan oleh Anas:

سمعت ثابتا البناني قال : كنت عند أنس وعنده ابنة له قال أنس: جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تعرض عليه نفسها قالت: يا رسول الله ، ألك بي حاجة ، فقالت بنت أنس : ما أقل حياءها؟! واسوأتاه! واسوأتاه!
قال: هي خير منك: رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها.

Terjemahan: Telah aku dengar bahawasanya Thābit al-Bunānī berkata: Sedang aku bersama Anas dan di sisinya terdapat anak perempuannya,
lalu Anas berkata: "Datang seorang perempuan kepada Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin dengan Rasulullah) dengan katanya: Wahai Rasulullah! Adakah tuan sudi dengan diriku ini?" Lalu berkata anak perempuan Anas yang ada bersama ketika itu:
Tidakkah perempuan itu berasa malu. Alangkah tidak eloknya. Alangkah tidak eloknya.
Lalu berkata Anas: Perempuan ini lebih baik daripada kamu kerana dia inginkan Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya.”

Hadith riwayat al-Bukhārī (no. 5120) dan (no. 6123).
Daripada hadith ini, maka dapatlah kita ambil akan keharusan untuk seorang perempuan menyatakan hasrat atau meminang si lelaki yg dianggap baik. Di sebabkan itu, Imam Bukhārī sendiri meletakkan tajuk bagi bab ini:

باب عرض المرأة نفسها على الرجل الصالح
Terjemahan: Bab berkenaan perempuan menyatakan hasratnya kepada lelaki yang baik.

Ibn Hajar al-Asqalānī sebut berkenaan hadith ini merupakan keharusan untuk seorang perempuan menyatakan hasratnya kepada seorang lelaki:
ﻭﻫﻮ ﺟﻮاﺯ ﻋﺮﺽ اﻟﻤﺮﺃﺓ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﺮﺟﻞ اﻟﺼﺎﻟﺢ ﺭﻏﺒﺔ ﻓﻲ ﺻﻼﺣﻪ ﻓﻴﺠﻮﺯ ﻟﻬﺎ ﺫﻟﻚ ﻭﺇﺫا ﺭﻏﺐ ﻓﻴﻬﺎ ﺗﺰﻭﺟﻬﺎ ﺑﺸﺮﻃﻪ.

Terjemahan: ....akan keharusan seorang perempuan meminang/menyatakan hasrat kepada seorang lelaki yang baik
kerana inginkan nilai kebaikan lelaki tersebut. Harus baginya berbuat demikian. Jika lelaki itu berminat, maka kahwinlah dengan syarat lelaki tersebut.

[Ibn Hajar al-'Asqalānī, Fath al-Bārī sharh Sahīh al-Bukhārī, 9:175]
Badr al-Dīn al-'Aynī juga dalam syarahnya terhadap hadith ini:

ﺩﻟﻴﻞ ﻋﻠﻰ ﺟﻮاﺯ ﻋﺮﺽ اﻟﻤﺮﺃﺓ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﺮﺟﻞ اﻟﺼﺎﻟﺢ ﻭﺗﻌﺮﻑ ﺭﻏﺒﺘﻬﺎ ﻓﻴﻪ ﻟﺼﻼﺣﻪ ﻭﻓﻀﻠﻪ، ﺃﻭ ﻟﻌﻠﻤﻪ ﻭﺷﺮﻓﻪ، ﺃﻭ ﻟﺨﺼﻠﺔ ﻣﻦ ﺧﺼﺎﻝ اﻟﺪﻳﻦ،
ﻭﺃﻧﻪ ﻻ ﻋﺎﺭ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ، ﺑﻞ ﺫﻟﻚ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻰ ﻓﻀﻠﻬﺎ

Terjemahan: Ini merupakan dalil akan keharusan seorang perempuan menyatakan hasratnya kepada lelaki yang baik supaya kehendak perasaannya untuk bersama kebaikan dan kelebihan lelaki tersebut atau
kerana ilmu dan kemuliaannya, atau perkara yg berkaitan agamanya. Ini bukanlah suatu keaiban malah ianya menunjukkan mulianya luhur perempuan tersebut.

[Badr al-Dīn al-'Aynī, 'Umdah al-Qārī sharh Sahīh al-Bukhārī, 20:113]
al-Qastalānī juga menyebut perkara yg sama dan menambah, jika dia berkahwin kerana dunia semata, maka itu adalah perkara yg tidak terpuji:

ﻓﻴﻪ ﺟﻮاﺯ ﻋﺮﺽ اﻟﻤﺮﺃﺓ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﺮﺟﻞ اﻟﺼﺎﻟﺢ ﻭﺃﻧﻪ ﻻ ﻋﺎﺭ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ
ﺑﻞ ﻓﻴﻪ ﺩﻻﻟﺔ ﻋﻠﻰ ﻓﻀﻴﻠﺘﻬﺎ ﻧﻌﻢ ﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﻟﻐﺮﺽ ﺩﻧﻴﻮﻱ ﻓﻘﺒﻴﺢ

Terjemahan: Ini merupakan keharusan bagi seorang perempuan menyatakan hasratnya kepada seorang lelaki yang baik.
Ini bukanlah suatu keaiban malah menunjukkan akan kemuliaan perempuan tersebut. Ya, jika perlakuan ini hanya kerana dunia semata, maka ini perbuatan yg buruk.

[al-Qastalānī, Irshād al-Sārī sharh Sahīh al-Bukhārī, 8:44]
Kesimpulannya:

1. Harus bagi perempuan menyatakan hasrat dan meminang lelaki yang baik untuk dia dapat menggarap kebaikan yg terdapat pada lelaki tersebut.

2. Si lelaki boleh menerima dan berkahwin atas syarat yg diletakkannya.
3. Perlakuan yg buruk jika si perempuan itu hanya inginkan dunia semata dengan perbuatannys inginkan lelaki tersebut.

4. Bukanlah satu keaiban perigi cari timba, perempuan cari lelaki. Bahkan ia adalah suatu kemuliaan.

Wallahu'alam.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with khair ithnin

khair ithnin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @KhairIthnin

5 Jun
[Sifat Muslim Dan Mukmin Yang Sempurna]

Nabi Muhammad SAW bersabda:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

"Seorang Muslim (yang sempurna) itu ialah orang yang orang Muslim yang lain selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya."
Riwayat al-Bukhārī (no. 10) daripada hadith Abdullah bin 'Amr dan Muslim (no. 41) daripada hadis Jabir bin 'Abdillah.

Dalam riwayat Ahmad pula ada tambahan, daripada Anas:

المؤمن من أمنه الناس

"Seorang mukmin itu adalah orang yang membuat manusia aman (daripada gangguannya)."
Riwayat Ahmad (no. 12756), Ibn Hajar dalam Fath al-Bārī menghukum sanadnya sebagai Sahih.

al-Suyūtī dalam al-Azhār al-Mutanāthirah fi al-Ahādīth al-Mutawātirah memuatkan lafaz:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Menunjukkan hadith ini bertaraf hadith mutawatir disisi beliau.
Read 4 tweets
4 Jun
Saya setuju dgn ini. 5 tahun lamanya saya di sana ajak rakan² untuk bersama-sama menadah terus dari guru, tapi yg ikut? Bila berada dikuliah tercengang apa yg dikata para pensyarah. Mengharapkan tutor. Tutor pula mengharapkan rakan Indonesia. Sedangkan kita ada...
...sahabat² Malaysia yg boleh bawa memberi tutor. Kerana berlainan aliran politik, seseorang itu dijauhi dan langsung tidak dibenarkan bersuara. Malah suaranya cuba dipadam.

Bayangkan lagi, duit zakat yg kita dapat, kita belanjakan ke mana? Hanya ke City Star beli Star buck?
Or pergi ke maktabah beli kitab? Bila dah nak akhir tahun, tanya kitab apa ya yg enta rasa ana kena ada sebelum balik ke Malaysia? Saya biasanya akan cadang kitab guru saya, Syeikh Hisham Kamil. Bayangkan kita ada kekuatan 11k pelajar di Mesir. Jika semua betul² belajar.
Read 7 tweets
30 Mar 20
[Bagaimanakah Terbentuknya 4 Mazhab]

Kita sering maklum berkenaan Mazhab. Mazhab ini secara mudahnya difahami sebagai perkara yg telah dicapai oleh Imam² mengenai sesuatu isu. Lalu orang awam ikut Imam² ini.

Ini thread untuk menerangkan secara ringkas berkenaan 4 Mazhab:
Macam saya sebut Imam² ini berijtihad (mengeluarkan segala keringat untuk menemukan hukum atau jawapan berkenaan sesuatu isu) akan hukum². Kemudian mereka yg tak capai taraf ilmu sehingga berijtihad (dipanggil muqollid atau awam) ikut hukum yg telah ditetapkan Imam.
Peristiwa ini bermula dengan penulisan Hadis. Para sahabat pada awalnya menghafal kalam² Rasulullah. Lalu dilarang oleh Rasulullah sebab takut bercampur aduk dengan Al-Quran. Dan sampai suatu ketika Nabi membenarkan sahabat bernama, Abdullah bin Amru al-'Aş menulis hadis.
Read 18 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(