My Authors
Read all threads
[Bagaimanakah Terbentuknya 4 Mazhab]

Kita sering maklum berkenaan Mazhab. Mazhab ini secara mudahnya difahami sebagai perkara yg telah dicapai oleh Imam² mengenai sesuatu isu. Lalu orang awam ikut Imam² ini.

Ini thread untuk menerangkan secara ringkas berkenaan 4 Mazhab:
Macam saya sebut Imam² ini berijtihad (mengeluarkan segala keringat untuk menemukan hukum atau jawapan berkenaan sesuatu isu) akan hukum². Kemudian mereka yg tak capai taraf ilmu sehingga berijtihad (dipanggil muqollid atau awam) ikut hukum yg telah ditetapkan Imam.
Peristiwa ini bermula dengan penulisan Hadis. Para sahabat pada awalnya menghafal kalam² Rasulullah. Lalu dilarang oleh Rasulullah sebab takut bercampur aduk dengan Al-Quran. Dan sampai suatu ketika Nabi membenarkan sahabat bernama, Abdullah bin Amru al-'Aş menulis hadis.
Tulisan beliau dan catatan beliau dikenali sebagai: (الصَّحِيفَةُ الصَادِقَة) yg mana risalah ini terdapat secara sempurna dalam musnad Imam Ahmad. Bilangan hadis yg terdapat dalam risalah ini ialah sebanyak: 748 Hadis.
Selepas kewafatan Nabi pada tahun ke-11 H, sahabat nabi, Abu Hurairah mengadakan majlis periwayatan hadis Nabi di Masjid Nabawi daripada solat Subuh sehingga solat Isyak. Hal ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Islam yang pertama Saidina Abu Bakar As-Siddiq (11-13H)
Ketika pemerintahan Saidina ‘Umar bin al-Khattab (13-23 H), berlaku banyak pembukaan seperti Negara Syam dan Parsi. Maka ramailah orang yg memeluk agama Islam. Maka berlakulah percampur adukkan bahasa di dalam komunikasi antara mereka antara arab dan bukan arab.
Oleh sebab itu, Saidina ‘Umar melarang para sahabat nabi untuk keluar daripada Madinah untuk menjadikan mereka sebagai ahli Majlis Syura agar ilmu dan fatwa dapat di ambil drpd mereka.

Ketika ini majlis periwayatan hadis Abu Hurairah disingkatkan daripada subuh hingga ke Asar.
Selepas itu, datang zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan yang memerintah daripada awal tahun ke-24 Hijrah hingga akhir tahun ke-35 Hijrah, pemerintahan pada awalnya aman. Namun begitu, berlaku fitnah ketika akhir pemerintahannya.
Kemudian datang zaman pemerintahan Saidina ‘Ali bin Abi Talib (36-40 H). Pada zaman inilah lahir kumpulan² yg menentang sistem Khulafa al-Rasyidin, seperti: Khawarij, Syi’ah dan al-Murjiah.

Maka berlaku fitnah² dan peristiwa² yang menyebabkan terciptanya hadis palsu.
Sehingga mereka terlupa sabda Nabi:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Barangsiapa yang berdusta terhadapku, maka dia telah menempah tempatnya di neraka”. (Sahih Bukhari)
Selepas berlalunya beberapa zaman, datang seorang Khalifah bernama 'Umar bin Abdul Aziz (99-101 H). Beliau berasa gusar dan khawatir jika hadis tidak dibukukan. Lalu beliau memerintahkan Imam al-Zuhri (125 H) seorang yg alim di Madinag pada waktu itu, untuk mengumpulkan sunnah.
Maka diutuskan lah surat ke setiap kawasan, negeri dan negara untuk menghantarkan hadis yg telah sampai di sana beserta sanadnya. Maka dapatlah dikumpulkan hadis dari pelbagai tempat. Dari titik ini lah terbinanya dua Madrasah Besar Umat Islam.
1. Madrasah al-Rayi (مدرسة الرأي):

Diketuai oleh Imam Abu Hanifah (150 H), anak murid Imam Hammad (124 H). Kemudian diteruskan oleh anak murid beliau Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani.
2. Madrasah al-Hadis:

Diketuai oleh Imam Malik bin Anas (179 H). Kemudian beliau menurunkan ilmu beliau kepada Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i (204 H).

Imam al-Syafi'i seorang yg berkaliber dan bersemangat. Beliau tak berpada dengan ilmu yg dipelajari di Madinah.l
Lalu beliau bermusafir ke Baghdad untuk menuntut dengan anak murid kepada Imam Abu Hanifah, Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani selama 5 tahun.

Di Baghdad jugalah, datang Imam Ahmad bin Hanbal (241 H) dan beliau pergi belajar ilmu dengan Imam al-Syafi'i.
Jika dilihat Imam al-Syafi'i telah menggabungkan dua jalur ilmu iaitu Madrasah al-Hadis dan Madrasah al-Rayi.

Kemudian Imam Ahmad bin Hanbal pula belajar dengan Imam al-Syafi'i.
Di sinilah terbentuknya 4 Mazhab iaitu:
1. Mazhab Hanafi.
2. Mazhab Maliki.
3. Mazhab Syafi'i.
4. Mazhab Hanbali.
Ini lah coretan petang saya hari ini. Moga bermanfaat dan dapat diamalkan.

😉😉😉

Rujukan:
Tarikh Tasyri' oleh Syeikh Hisyam Kamil.
Syarah Baiquniah oleh penulis yg sama.
Tarikh Tasyri' oleh Syeikh Sais.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with khair ithnin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!