#PeristiwaHariIni : Hari ini 127 tahun yang lalu, kumpulan pejuang Pahang menawan pos kawalan British di Kuala Tembeling.

Ini adalah bebenang.
Apabila J.P. Rodgers dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang pada 24 Ogos 1888, negeri itu diserap menjadi Persekutuan Negeri-Negeri Bersekutu maka secara tidak langsung Pahang sudah ditabdir bawah telunjuk British.

#PeristiwaHariIni
Hal ini tidak diterima beberapa pemimpin tempatan terutamanya Dato Bahaman. Maka beliau bersama Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau melancarkan beberapa siri penentangan, bermula dengan serangan terhadap pos kawalan British di Lubuk Terua pada 21 Disember 1891.

#PeristiwaHariIni
Penentangan demi penentangan itu saling dibalas British yang lebih berkemampuan, sehingga akhirnya memaksa para pejuang Melayu tersebut berundur ke persempadanan negeri Kelantan pada September 1892.

#PeristiwaHariIni
Selepas mendapat pertolongan Sultan Kelantan, mereka bergerak ke Terengganu untuk berada di bawah lindungan Tokku Paloh, seorang ulama besar negeri tersebut. Di sana, kumpulan pejuang ini menyusun gerakan kebangkitan untuk mengusir British dari Pahang.

#PeristiwaHariIni
Pengaruh dan pengikut dikumpulkan, maka pada 14 Jun 1894 mereka menyerang balai polis British di Kuala Tembeling dan berjaya menawannya. Kejayaan di Kuala Tembeling memberikan mereka ruang untuk membina pertahanan di Jeram Ampai yang tidak jauh dari situ.

#PeristiwaHariIni
Ekoran itu, British mengumpulkan kekuatan polisnya dari Selangor dan Perak dan melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap kumpulan penentang di Jeram Ampai. British berjaya menawan semula pos itu tetapi gagal menangkap para pejuang Melayu terlibat.

#PeristiwaHariIni
British terus memburu mereka ke segenap pelusuk Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga pada Oktober 1895, akhirnya Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau ditahan oleh kerajaan Siam, tetapi Tok Gajah dan Mat Kilau dilaporkan mati dalam tahanan.

#PeristiwaHariIni
Namun pada 1969, seorang tua berusia lebih 100 tahun di Kampung Pulau Tawar yang dikenali dengan nama Mat Siam telah mendedahkan dirinya adalah Mat Kilau, dan disahkan oleh kerajaan negeri Pahang.

#PeristiwaHariIni
*Gambar menunjukkan lelaki dipercayai Mat Kilau selepas mendedahkan dirinya kepada umum pada 1969.

Sumber; Arkib Negara Malaysia, Utusan Online

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

15 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 189 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan Dol Said dan British berakhir.

Ini adalah bebenang.
Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.

#PeristiwaHariIni
Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
13 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 696 tahun yang lalu, dipercayai Ibn Battuta memulakan pengembaraannya.

Ini adalah bebenang. Image
Pada usia 21 tahun, Ibn Battuta meninggalkan kampung halamannya Tangier, Maghribi (Morocco) pada awalnya hanya untuk menunaikan haji di Mekah yang perjalanannya mengambil masa 16 bulan. Tanpa diduga, perjalanannya itu berlanjutan hingga 27 tahun.

#PeristiwaHariIni
Seusai menunaikan haji, Ibn Battuta terdorong untuk mengembara ke negara-negara Islam selepas mendapat satu mimpi. Maka dilanjutkan pengembaraannya yang ditempuh dalam tiga peringkat dengan cara berjalan kaki, menaiki haiwan tunggangan dan menaiki kapal.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
9 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 75 tahun yang lalu, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta selaku Raja Thailand.

Ini adalah bebenang.
Baginda serta merta menaiki takhta pada usia 19 tahun tatkala abangnya, Raja Ananda Mahidol, yang menjadi raja sejak berusia sembilan tahun, mangkat pada usia 20 tahun atas punca yang tidak dapat dipastikan.

#PeristiwaHariIni
Selepas menamakan bapa saudaranya sebagai pemangku putera, Raja Bhumibol kembali ke Universiti Lausanne untuk menyempurnakan pengajian sarjananya. Kerana peranan baharunya, baginda menukar subjeknya daripada sains kepada sains politik dan undang-undang.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
8 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,389 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah wafat.

Ini adalah bebenang.
Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah, Nabi Muhammad SAW kembali ke kota Mekah buat kali terakhir untuk menunaikan ibadah haji, yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.

#PeristiwaHariIni
Pada 9 Dzulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Jabal Rahmah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
7 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 92 tahun yang lalu, Kota Vatican sah berdiri sendiri sebagai sebuah negara.

Ini adalah bebenang.
Ia apabila Perjanjian Lateran diratifikasikan, yang ditandatangani pada 11 Februari 1929 oleh Perdana Menteri Itali, Benito Mussolini mewakili Raja Victor Emanuel III dan Setiausaha Kardinal, Pietro Gasparri mewakili Holy See bawah pimpinan Paus Pius XI.

#PeristiwaHariIni
Perjanjian itu dimeterai bagi menamatkan Roman Question, pertikaian panjang sejak pertengahan kurun ke-19 tentang bidang kuasa Paus sebagai pentadbir Negeri-Negeri Papal dalam konteks penyatuan Itali (Risorgimento) pasca Perang Kemerdekaan Itali Kedua.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
6 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 37 tahun yang lalu, permainan Tetris dilancarkan di Rusia.

Ini adalah bebenang. Image
Ia dicipta oleh Alexey Patijnov, seorang jurutera perisian di Akademi Sains Soviet, Moscow. Ketika dia ditugaskan untuk menguji komputer jenis baharu, Elektronika 60, dia membina sejenis permainan ringkas untuk menilai keupayaan komputer tersebut.

#PeristiwaHariIni
Patijnov mengambil inspirasi daripada pentamino, permainan minda klasik yang menyusun atur blok lima petak. Pajitnov ringkaskannya menjadi empat petak, dan memanggilnya ‘Tetris’, gabungan kata Greek ‘tetra’ bermaksud empat dan tenis, sukan kegemarannya.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(