#PeristiwaHariIni : Hari ini 92 tahun yang lalu, Kota Vatican sah berdiri sendiri sebagai sebuah negara.

Ini adalah bebenang.
Ia apabila Perjanjian Lateran diratifikasikan, yang ditandatangani pada 11 Februari 1929 oleh Perdana Menteri Itali, Benito Mussolini mewakili Raja Victor Emanuel III dan Setiausaha Kardinal, Pietro Gasparri mewakili Holy See bawah pimpinan Paus Pius XI.

#PeristiwaHariIni
Perjanjian itu dimeterai bagi menamatkan Roman Question, pertikaian panjang sejak pertengahan kurun ke-19 tentang bidang kuasa Paus sebagai pentadbir Negeri-Negeri Papal dalam konteks penyatuan Itali (Risorgimento) pasca Perang Kemerdekaan Itali Kedua.

#PeristiwaHariIni
Perjanjian mengandungi tiga bahagian: bab politik, yang memberikan Vatican wilayahnya; bab kewangan, yang memperuntukkan pampasan untuk Vatican; serta konkordat, yang memberi Holy See hak istimewa menetapkan peraturan dalam hubungan Gereja Katolik-Itali.

#PeristiwaHariIni
Dengan perjanjian itu, Kerajaan Itali mengiktiraf kebebasan dan kekuasaan Paus terhadap Kota Vatican sementara Paus mengakui kewujudan Kerajaan Itali sebagai sebuah negara dengan Rom menjadi ibu kotanya.

#PeristiwaHariIni
Bagi memperingati kejayaan perjanjian bersejarah itu, Mussolini mengkomisyenkan pembinaan jalan raya dipanggil 'Via della Conciliazione', bermaksud 'Jalan Pendamaian', yang menghubungkan Rom dengan Kota Vatican.

#PeristiwaHariIni
Sebagai sebuah negara, walaupun hanya berkeluasan 0.49km persegi, Kota Vatican mempunyai sistem perbankan, sistem telefon, pejabat pos, balai cerap, stesen radio, serta farmasi yang tersendiri.

#PeristiwaHariIni
Kota Vatican tidak mempunyai sumber pendapatan selain sumbangan daripada lebih 1 bilion penganut Roman Katolik seluruh dunia, dan segala bekalan seperti makanan, minuman, elektrik dan gas adalah diimport.

Sumber: Vatican.com, Totally History

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

9 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 75 tahun yang lalu, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta selaku Raja Thailand.

Ini adalah bebenang. Image
Baginda serta merta menaiki takhta pada usia 19 tahun tatkala abangnya, Raja Ananda Mahidol, yang menjadi raja sejak berusia sembilan tahun, mangkat pada usia 20 tahun atas punca yang tidak dapat dipastikan.

#PeristiwaHariIni
Selepas menamakan bapa saudaranya sebagai pemangku putera, Raja Bhumibol kembali ke Universiti Lausanne untuk menyempurnakan pengajian sarjananya. Kerana peranan baharunya, baginda menukar subjeknya daripada sains kepada sains politik dan undang-undang.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
8 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,389 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah wafat.

Ini adalah bebenang.
Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah, Nabi Muhammad SAW kembali ke kota Mekah buat kali terakhir untuk menunaikan ibadah haji, yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.

#PeristiwaHariIni
Pada 9 Dzulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Jabal Rahmah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
6 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 37 tahun yang lalu, permainan Tetris dilancarkan di Rusia.

Ini adalah bebenang. Image
Ia dicipta oleh Alexey Patijnov, seorang jurutera perisian di Akademi Sains Soviet, Moscow. Ketika dia ditugaskan untuk menguji komputer jenis baharu, Elektronika 60, dia membina sejenis permainan ringkas untuk menilai keupayaan komputer tersebut.

#PeristiwaHariIni
Patijnov mengambil inspirasi daripada pentamino, permainan minda klasik yang menyusun atur blok lima petak. Pajitnov ringkaskannya menjadi empat petak, dan memanggilnya ‘Tetris’, gabungan kata Greek ‘tetra’ bermaksud empat dan tenis, sukan kegemarannya.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
30 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 590 tahun yang lalu, Joan of Arc dibakar atas kesalahan bidaah.

Ini adalah bebenang.
Joan dilahirkan pada 1412 dalam keluarga petani di Domremy, sebuah kampung di utara Perancis yang menjadi medan tempur Perang Ratusan Tahun antara Inggeris dengan Perancis. Dua tahun kemudian, ia memasuki fasa kritikal apabila Raja Henry V menyerang Perancis.

#PeristiwaHariIni
Selepas kematian Raja Charles VI, anaknya Charles VII bersedia untuk menaiki takhta. Bagaimanapun, Reims, bandar pertabalan tradisi Perancis dikawal oleh kuasa Anglo-Burgundy (Inggeris) menyebabkan Charles VII tidak dapat dimahkotakan.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
29 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 568 tahun yang lalu, Constantinople berjaya ditakluk Uthmaniyah.

Ini adalah bebenang.
Kota Constantinople diasaskan pada tahun 324 oleh Maharaja Rom, Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Selama lebih 800 tahun, kota tersebut teguh menahan pelbagai serangan namun semakin melemah pasca kekalahan pada Perang Salib Keempat.

#PeristiwaHariIni
Pada masa sama, kerajaan Orthodoks itu tidak mendapat sokongan Barat apabila enggan menyatu dengan Gereja Katolik. Kesempatan diambil oleh Sultan Mehmet II untuk menggerakkan angkatannya seramai 80,000 orang dan mula mengepung kota tersebut pada 2 April 1453.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
28 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 57 tahun yang lalu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diasaskan.

Ini adalah bebenang.
Pertubuhan tersebut bertujuan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan Arab untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis yang membentuk Israel secara haram di tanah suci tiga agama itu.

#PeristiwaHariIni
Pada Sidang Kemuncak Liga Arab pada 28 Mei 1964, orang Palestin bersatu menubuhkan sebuah organisasi pusat, maka lahirlah PLO dengan Ahmad Shuqayrī sebagai pengerusinya yang pertama.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(