TERKINI: Pengumuman Program Vaksin Selangor #Selvax oleh YAB MB @AmirudinShari. Ini bebenang:
3,979,716 orang penduduk negeri Selangor bersamaan dengan 83.42% telah mendaftar untuk memohon vaksin melalui PICK.
Namun sehingga 28hb Jun 2021, hanya 851,118 individu telah menerima dos pertama manakala hanya 270,221 telah lengkap menerima dos kedua.
Kerajaan Negeri melancarkan Program Vaksin Selangor #Selvax, usaha melengkapkan & mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SELVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SELVAX Industri) dalam negeri yang merupakan penyumbang terbesar KDNK.
Program percuma SELVAX Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor (500 ribu dos) yang masih belum divaksin.
Program SELVAX Industri merupakan sebuah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran 1 juta pekerja. (2 juta dos) #Selvax
Latar belakang perolehan vaksin:
11 Januari: YAB MB @AmirudinShari umum hasrat Kerajaan Negeri membeli bekalan vaksin
12 Februari: MB lantik Selgate Healthcare untuk usaha ini, entiti di bawah Kerajaan Negeri yang mengelolakan Skim Peduli Sihat & klinik Selcare. #Selvax
Termeterai perjanjian Pembekalan & Pengedaran (SDA) antara Pharmaniaga Berhad, pembekal tunggal Sinovac di Malaysia dengan Selgate Healthcare, melahirkan Selvax dengan jumlah 2.5 juta dos telah ditempah, dengan jangkaan 1.25 juta orang penerima vaksin. #Selvax
Antara sasaran #Selvax:
- warga emas
- kumpulan B40
- penerima Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Peduli Sihat
- kategori lain yang akan ditentukan kelak berdasarkan keperluan
#Selvax sasarkan tambahan sehingga kapasiti 43,500 dos vaksin sehari melalui lebih daripada 26 Pusat Pemberian Vaksin, dewan komuniti, PPV bergerak dan Klinik dan Hospital Swasta.
#Selvax dijangka menambah kapasiti harian vaksinasi dan mampu memendekkan jangka waktu yang signifikan sekitar 100 hari lebih awal dengan sasaran vaksinasi 80% daripada populasi dewasa di Selangor selesai pada Oktober 2021.
Kerajaan Negeri mensasarkan sehingga 181,000 dos bagi penerima Selvax Komuniti secara percuma menjelang akhir bulan Julai 2021. #Selvax
91% kes di Selangor berpunca daripada pekerjaan:
80% Kluster Perkilangan
11% Kluster Tapak Bina
125 kluster
Memandangkan situasi ni, Selangor melalui Selvax Industri sedia 2 juta dos vaksin bersamaan 1 juta pekerja, dalam usaha melindungi pekerja. #Selvax
#INFOKINI Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:
Daerah Petaling
Mukim: Petaling, Damansara, Sg Buloh, Bukit Raja
Daerah Hulu Langat
Mukim: Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang
Daerah Sepang
Mukim: Dengkil, Labu, Sepang
Daerah Gombak
Mukim: Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang
Daerah Kuala Langat
Mukim: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu
Daerah Klang
Mukim: Kapar, Klang
Daerah Kuala Selangor
Mukim: Ijok, Bestari Jaya, Jeram
"Saya dapati artikel lama ini kembali disebarkan di aplikasi Facebook dan Whatsapp.
"Untuk pengetahuan semua, artikel ini disiarkan pd 22 Julai 2020 menerusi laman berikut: hmetro.com.my/mutakhir/2020/…"
(Ditutup pd 31/12/2020)
(Ini bebenang)
Insentif pemberian RM1,000 untuk pesakit atau waris pesakit Covid-19 ini telah dilaksanakan dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin pada tahun 2020 iaitu pada tahun lalu.
Untuk makluman semua, Insentif pemberian ini telah pun ditutup pada 31 Disember 2020.
Bagi tahun 2021 pula, Kerajaan Negeri telah umumkan Pakej Kita Selangor pada 9 Jun 2021, yang memuatkan pelbagai inisiatif dan insentif terbaru dengan mengambil kira situasi negeri terkini.
#INFO#BantuNiaga El Picante ditubuhkan oleh 2 orang anak muda iaitu Faris Najmy & Imran Saiful. Mereka memulakan operasi perniagaan bersama-sama Capo e’Dolce pada 26 Mei 2021 namun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 menjejaskan perniagaan mereka.
- Pengkhususan mereka adalah dalam menu hidangan Mexico.
- Antara menu kegemaran adalah Braised Lamb dimasak lembut dengan api kecil selama 6 jam.
- Mereka juga mempunyai pelbagai set menu hidangan yang boleh dipilih oleh pelanggan
- Antara menu yang menarik adalah seperti Tacos, Burrito, Quesadilla & Nachos
- Add on snacks : Nachos/Fuego Fries/Chicken Wing
- Penghantaran melalui Lalamove/Bungkusit
Alamat : 28, Jalan Elektron U16/E, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
Waze : Capo edolce Denai Alam
Bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat, Fardhu 5 waktu dan solat sunat Tarawih di kawasan PKP di Selangor dihadkan. (Rujuk jadual dibawah)
Ketetapan ini berkuatkuasa pada 6 Mei 2021 (Khamis) mulai Solat Fardhu Subuh sehingga ketetapan baru dikeluarkan oleh JAIS.
- Pengarah JAIS
Aktiviti masjid & surau di daerak pelaksanaan PKP
1. Kuliah / Tazkirah jumaat
- BOLEH, syaratnya oleh pentazkirah & pengkuliah bertauliah, TIDAK DIBENARKAN panggil mereka di luar daerah dari masjid / surau berkenaan.
- Kuliah Dhuha khas bagi muslimat DITANGGUHKAN.
2. Kutipan zakat Fitrah oleh amil2 yg dilantik LZS terus dibenarkan, ikut SOP yg disediakan.
3. Solat Jenazah di surau dan masjid DIBENARKAN dgn ketetapan separuh dari jemaah Solat Fardhu 5 waktu.
Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor;
Semua institusi pendidikan di seluruh negeri Selangor (tidak terhad kepada daerah yang terbabit dengan PKP sahaja) akan mulai ditutup sepanjang tempoh PKP bermula Khamis, 6 Mei 2021.
Bazar Ramadan tidak lagi dibenarkan beroperasi bermula Sabtu, 8 Mei 2021.
Bazar Raya dan pasar malam dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP sehingga jam 10 malam dengan syarat yang ketat iaitu;
-Jumlah pengunjung pada satu-satu masa adalah dihadkan mengikut saiz bangunan / premis;