#INFOKINI Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling
Mukim: Petaling, Damansara, Sg Buloh, Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim: Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang

Daerah Sepang
Mukim: Dengkil, Labu, Sepang
Daerah Gombak
Mukim: Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu

Daerah Klang
Mukim: Kapar, Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim: Ijok, Bestari Jaya, Jeram
Dengan pelaksanaan PKPD, SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.
Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
Lapangan terbang & pelabuhan dibenar operasi. Aktiviti & perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenar operasi dengan kapasiti 50%. Bilangan penumpang dalam teksi & e-hailing dihadkan 2 org sahaja termasuk pemandu.
Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM. Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) DIBENARKAN utk operasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi. Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di mkn.gov.my.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Media Selangor

Media Selangor Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Media_Selangor

1 Jul
#HEBAHAN | Respon YB @DrSitiMariah

"Saya dapati artikel lama ini kembali disebarkan di aplikasi Facebook dan Whatsapp.

"Untuk pengetahuan semua, artikel ini disiarkan pd 22 Julai 2020 menerusi laman berikut:
hmetro.com.my/mutakhir/2020/…"

(Ditutup pd 31/12/2020)

(Ini bebenang)
Insentif pemberian RM1,000 untuk pesakit atau waris pesakit Covid-19 ini telah dilaksanakan dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin pada tahun 2020 iaitu pada tahun lalu.

Untuk makluman semua, Insentif pemberian ini telah pun ditutup pada 31 Disember 2020.
Bagi tahun 2021 pula, Kerajaan Negeri telah umumkan Pakej Kita Selangor pada 9 Jun 2021, yang memuatkan pelbagai inisiatif dan insentif terbaru dengan mengambil kira situasi negeri terkini.
Read 5 tweets
30 Jun
TERKINI: Pengumuman Program Vaksin Selangor #Selvax oleh YAB MB @AmirudinShari. Ini bebenang:
3,979,716 orang penduduk negeri Selangor bersamaan dengan 83.42% telah mendaftar untuk memohon vaksin melalui PICK.

Namun sehingga 28hb Jun 2021, hanya 851,118 individu telah menerima dos pertama manakala hanya 270,221 telah lengkap menerima dos kedua.
Kerajaan Negeri melancarkan Program Vaksin Selangor #Selvax, usaha melengkapkan & mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SELVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SELVAX Industri) dalam negeri yang merupakan penyumbang terbesar KDNK.
Read 15 tweets
28 Jun
#INFO #BantuNiaga El Picante ditubuhkan oleh 2 orang anak muda iaitu Faris Najmy & Imran Saiful. Mereka memulakan operasi perniagaan bersama-sama Capo e’Dolce pada 26 Mei 2021 namun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 menjejaskan perniagaan mereka.
- Pengkhususan mereka adalah dalam menu hidangan Mexico.
- Antara menu kegemaran adalah Braised Lamb dimasak lembut dengan api kecil selama 6 jam. 
- Mereka juga mempunyai pelbagai set menu hidangan yang boleh dipilih oleh pelanggan
- Antara menu yang menarik adalah seperti Tacos, Burrito, Quesadilla & Nachos
- Add on snacks : Nachos/Fuego Fries/Chicken Wing
- Penghantaran melalui Lalamove/Bungkusit

Alamat : 28, Jalan Elektron U16/E, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
Waze : Capo edolce Denai Alam
Read 4 tweets
5 May
Bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat, Fardhu 5 waktu dan solat sunat Tarawih di kawasan PKP di Selangor dihadkan. (Rujuk jadual dibawah)

Ketetapan ini berkuatkuasa pada 6 Mei 2021 (Khamis) mulai Solat Fardhu Subuh sehingga ketetapan baru dikeluarkan oleh JAIS.

- Pengarah JAIS
Aktiviti masjid & surau di daerak pelaksanaan PKP

1. Kuliah / Tazkirah jumaat
- BOLEH, syaratnya oleh pentazkirah & pengkuliah bertauliah, TIDAK DIBENARKAN panggil mereka di luar daerah dari masjid / surau berkenaan.

- Kuliah Dhuha khas bagi muslimat DITANGGUHKAN.
2. Kutipan zakat Fitrah oleh amil2 yg dilantik LZS terus dibenarkan, ikut SOP yg disediakan.

3. Solat Jenazah di surau dan masjid DIBENARKAN dgn ketetapan separuh dari jemaah Solat Fardhu 5 waktu.
Read 7 tweets
5 May
#INFO SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 6 daerah di Selangor.

Tarikh berkuatkuasa:
6 Mei 2021 (12.01 pagi) - 17 Mei 2021 (11.59 mlm)
Read 4 tweets
5 May
Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor;

Semua institusi pendidikan di seluruh negeri Selangor (tidak terhad kepada daerah yang terbabit dengan PKP sahaja) akan mulai ditutup sepanjang tempoh PKP bermula Khamis, 6 Mei 2021.
Bazar Ramadan tidak lagi dibenarkan beroperasi bermula Sabtu, 8 Mei 2021.
Bazar Raya dan pasar malam dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP sehingga jam 10 malam dengan syarat yang ketat iaitu;

-Jumlah pengunjung pada satu-satu masa adalah dihadkan mengikut saiz bangunan / premis;

-Sistem nombor giliran akan dikuatkuasakan;
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(