Kalau kau MO kontrak dan tetiba mak/ayah/isteri/anak kau terlantar sakit dan kau terpaksa mintak cuti utk lebih 3 bulan tanpa gaji, kau tak layak. Kau akan disuruh berhenti kerja dan mohon dilantik semula selepas dah selesai.
Kalau kau permanent MO? No problem.
Macam mana pulak kalau kau sendiri yang sakit? Contohnya kau accident semasa drive kereta balik rumah sebab mengantuk lepas habis on call. Kau parah sampai terlantar atas katil utk 3-6 bulan. Kau akan diberhentikan dan kau kena mohon dilantik semula kalau masih nak kerja.
Kalau kau nak masuk hospital kerajaan, kau tak layak untuk wad kelas pertama. Kau cuma layak untuk dapat rawatan percuma saja. Member kau yang permanent MO kerja sama macam kau cirit birit sehari pun boleh dapat bilik katil single siap ada TV.
Loan rumah? Pencen? Nak sambung belajar jadi pakar? Kau tak layak. Kau kerja lah keras mana. Belajar lah sendiri sampai otak kau bengkak. Kau tak layak. Sampai bila? Sampai kau dapat jadi permanent MO. Bila tu? Entah lah. Tak ada siapa yang tahu.
Dah nak 5 tahun ya sistem kontrak ni jalan. Bulan October 2016 umum, Disember 2016 terus jalan. Dah nak dekat 5 tahun. LIMA TAHUN ya. Satu solution pun tak ada. Every contract doctors (MO and HO) deserves to be pissed like shit.
Since this tweet is picking up attention, I want to clarify again. Kita bukan saja nak protes tentang gaji dgn workload. No, this is more than that. Most of us contract doctors are willing to put in those hours and workload and are more than grateful of our salary.
Tapi isu yang paling besar kami doktor kontrak nak ketengahkan adalah KETIDAKADILAN dan JAMINAN MASA DEPAN kesemua doktor kontrak. We want equality and security. Itu yang kami mahu ✊🏼
Dah nak setengah dekad ya isu ini masih DIBINCANGKAN dan sekadar JANJI tapi masih lagi tak ada kata putus. Kau bayangkan kau tunggu giliran dekat klinik sejam dua pun dah panas hati, doktor kontrak ni dah 5 tahun kerja masih tak ada jawapan lagi apa akan jadi.
Ada yang komen/quote tweet aku komplen pasal pekerja kontrak yang lain. Guys, kau nak bersyukur, sila lah bersyukur. Kalau kau rasa kau pun kena tindas, sila lah protes. We are all in the same team. We are all againts modern slavery.
Peace ✌🏼
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh