Ramai yang percaya bahawa pelakon Minah Hashim yang terkenal dengan watak Mak Minah (filem Masam2 Manis) mati dibunuh dalam peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
This is a non-political thread.
Sebelum tu saya nak tanya siapa yang mati dulu, Do ke Minah?
Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927. Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.
Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebanyak 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyinsing, Ibu Ayam dan Anak Manja.
Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di-Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam2 Manis, Damaq, Bumiputera, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab ...
... Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan yang terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.
Mak Minah dikatakan telah mati dibunuh ketika keluar daripada panggung Federal di Jalan Raja Laut, KL. Perutnya terburai akibat dirodok dengan parang (satu lagi versi cerita kena rodok dengan pedang samurai).
Yang menghairankan saya, Mak Minah pernah muncul dalam filem Gelora (1970) dan Putus Sudah Kaseh Sayang (1971). Kedua-dua filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ni ditayangkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Macam mana tu?
Pada tahun 2017, saya dan beberapa orang rakan pernah interview Arman Yadi, hero filem Gelora. Saya tanya Pak Arman, filem Gelora tu shooting tahun bila? Pak Arman jawab shooting dalam pertengahan tahun 1970 dan ditayangkan pada bulan November tahun yang sama.
Kata Pak Arman lagi, filem Putus Sudah Kaseh Sayang pula diselenggarakan oleh P. Ramlee pada awal tahun 1971 dan ditayangkan pada bulan Julai 1971.
Lepas saya cari punya cari punya cari dari mana datangnya kisah Mak Minah mati dibunuh ni, saya terjumpa satu catatan dalam blog seorang ahli politik yang pernah tulis pasal kisah ni pada 4 Jun 2013. Anda boleh baca di sini: zul4kulim.blogspot.com/2013/06/tanda-…
Dalam satu klip video ceramah politiknya pun ada disebut pasal ni. Saya tak nak letak kat sini, tapi anda boleh cari video tu dekat Youtube.
Kisah Mak Minah mati dibunuh ni bolehlah dikatakan sebagai The Mandela Effect. Apa benda pulak Mandela Effect ni? Ini maksudnya:
Ini pula penafian daripada individu yang mengaku ada pertalian darah dengan Mak Minah.
Mungkin dalam peristiwa 13 Mei tu ada orang lain yang bernama Mak Minah yang mati dibunuh. Tapi bukan Mak Minah pelakon ni. Mungkin.
Lepas ni kalau ada orang up kisah pelakon Mak Minah mati dibunuh lagi anda tak payah percaya. Mengarut je semua ni.
By the way, lokasi Mak Minah Lodging tu masih ada ya. Ia terletak di No 40, Jalan Brunei Selatan, Kuala Lumpur. Gigih @hidiralirazali dan admin @RepairGambarRGL pergi cari.
TAMMAT.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Memiliki dua bentuk cincin berlian menjadikannya orang ada-ada. Zaman sekarang orang panggil ‘have have’. Dia juga bercakap dalam bahasa Inggeris sejak berjiran dengan Miss Wong berabuk ‘skiping’ London. Itulah watak ikonik Siti Tanjung Perak dalam filem Bujang Lapok (1957).
Dilahirkan pada tahun 1912 di Pulau Wali Besar, Sulawesi dengan nama Siti Sundari binti Samad. Dia kemudiannya membesar di daerah Banten. Pada tahun 1927, selepas menonton sebuah pementasan bangsawan Siti mula tertarik untuk masuk ke dalam bidang lakonan.
Pada mulanya, Siti agak takut untuk ikut rombongan bangsawan kerana orang kampungnya waktu itu konservatif sikit. Mereka tak izinkan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi anak gadis untuk jadi orang seni. Alasan yang biasa kita dengar: kerja itu tidak bermoral.
Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.
Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.
Pada penghujung tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib untuk menjadi pelakon di studio Jalan Ampas. Studio itu baru dibuka semula selepas ditutup beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Oleh kerana mempunyai pengalaman berlakon, dia diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.
Ketika P. Ramlee ingin mencari pelakon untuk filem Ibu Mertua Ku, beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara menolak tawaran itu kerana dia bimbang tak dapat bawa watak itu dengan baik dan tak mahu menyusahkan P. Ramlee.
P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.
Kata P. Ramlee: "Tentang kebolehnya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak menghafalkan senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat"
Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan.
Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P. Ramlee banyak beri watak 'terhormat' kepada Ahmad Nisfu.
Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!)
Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh P. Ramlee.
Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf.