Lakonan M. Zain sebagai Labu dalam filem Labu dan Labi (1962) telah membawa tuah kepadanya. Sebelum itu, dia hanya bergelar pelakon tambahan di studio Jalan Ampas. Namun P. Ramlee berjaya membentuk M. Zain menjadi seorang pelawak superstar.
(Bebenang)
Tentu ramai peminat P. Ramlee masih teringat aksi lucu M. Zain dalam siri Labu Labi. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kisah peribadi M. Zain di belakang tabir.
M. Zain dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Nama sebenarnya Mohd Zain bin Shariff. Bapanya seorang penjual mi di Pulau Pinang.
Di zaman kanak-kanak, M. Zain selalu ponteng sekolah kerana lebih tertarik untuk menonton pertunjukan bangsawan di Pulau Pinang. Ketika umurnya 14 tahun, M. Zain membuat keputusan untuk mengikut sebuah kumpulan bangsawan yang aktif di Pulau Pinang.
Tugas awal M. Zain adalah memasang, mengecat dan mengemas pentas dan dibayar upah harian. Selepas dua tahun, dia menjadi pelakon tambahan dan banyak menjelajah ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan rombongan bangsawan Sri Noran Opera.
M. Zain mempunyai hubungan yang rapat dengan Normadiah. Normadiah dan suaminya, Abdul Rahman yang banyak memberi peluang M. Zain menyinar di pentas bangsawan sebagai pelawak.
Apabila kumpulan bangsawannya gulung tikar, M. Zain terpaksa menganggur buat seketika. Tapi atas bantuan Normadiah, M. Zain mendapat pekerjaan di studio Jalan Ampas pada tahun 1958. Normadiah ketika itu sudah menjadi salah seorang pelakon utama di sana.
M. Zain bermula dari bawah. Dia menjadi pembantu jurusolek dan pembuat prop di studio Jalan Ampas. Peluangnya untuk berlakon tiba apabila pengarah Jamil Sulong mengambilnya berlakon peranan kecil dalam filem Raja Laksamana Bintan pada tahun 1959.
Kemunculan awal M. Zain kebanyakannya sebagai pelakon pembantu saja. Tapi ada beberapa wataknya yang sangat memorable.
Antara watak M. Zain yang diingati:
1. Che’ Kachung yang diberi minum kopi arang (Nujum Pa’ Blalang) 2. Jurulelong hamba (Ali Baba Bujang Lapok) 3. Lelaki India yang bergaduh dengan isterinya (Seniman Bujang Lapok) 4. Abang Ali pemilik rumah sewa Kassim Selamat (Ibu Mertua Ku)
P. Ramlee nampak ada sesuatu yang istimewa pada M. Zain iaitu dia mampu berlawak dengan bersahaja. Untuk mengetengahkan bakatnya itu, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Labu dan Labi. Inilah kali pertama dia memegang penanan utama selepas berlakon dalam 16 buah filem.
Di tangan P. Ramlee, M. Zain menjadi king of comedy yang baharu. Peranannya sebagai orang gaji Haji Bakhil telah membuatkan popularitinya menjulang tinggi. Chemistry antara M. Zain dan P. Ramlee memang tip top.
P. Ramlee mendapat ilham watak Labu dan Labi ni daripada watak Laurel and Hardy, pasangan komedi yang sangat popular di Hollywood ketika era silent film.
Babak perlawanan boxing dalam filem sekuel Nasib Si Labu Labi (1963) pula diambil daripada filem City Light lakonan Charlie Chaplin. P. Ramlee suntik elemen kemelayuan sikit dalam babak ni: ada bukaan langkah silat dan pakai gong sebagai ring bell.
Komen M. Zain ketika berlakon di bawah arahan P. Ramlee: “Teruk betul berlakon untuk babak boxing. Dia suruh saya tumbuk dia sampai 100 kali. Apabila saya kena tumbukan dia pula, tiga kali kena tumbuk dah bengkak muka saya!”
M. Zain dan P. Ramlee bergambar dengan pegawai dan kakitangan Outram Prison selepas selesai penggambaran filem Nasib Si Labu Labi (1963). Turut kelihatan penolong pengarah S. Sudarmadji di sebelah M. Zain.
Ini pula adalah skrip original filem Nasib Si Labu Labi. Setiap kali selesai shooting sesebuah babak, P. Ramlee akan sign dekat tepi.
Kitorang dari @RepairGambarRGL berpeluang tengok skrip ni ketika ia dipamerkan di Pustaka Peringatan P. Ramlee awal tahun lepas.
P. Ramlee adalah individu yang bertanggungjawab dalam menaikkan nama M. Zain. Malangnya, M. Zain tidak lagi berpeluang berlakon bersama P. Ramlee selepas itu kerana P. Ramlee berhijrah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur pada April 1964
M. Zain kemudiannya bergandingan dengan seorang lagi pelawak legend, Aziz Sattar dalam filem Pileh Menantu arahan Omar Rojik. Tapi dalam tahun 1964-1967 ni studio Jalan Ampas ni banyak sangat masalah dan selalu terjadi mogok artis. Kualiti filem pun kian merosot.
Filem-filem lakonan M. Zain sepanjang kariernya:
Dalam kalangan rakan-rakan artis, M. Zain disifatkan sebagai seorang yang jujur dan periang. Jarang orang tengok dia bad mood.
Pada tahun 1966 M. Zain sering jatuh sakit dan pernah dirawat di Hospital Besar Singapura. M. Zain dibenarkan pulang tapi dinasikatkan untuk tidak membuat kerja-kerja berat. Makan minumnya ketika ini dijaga oleh Normadiah kerana ahli keluarga M. Zain berada di Pulau Pinang.
Filem Aksi Kuching pada tahun 1966 merupakan filem terakhir yang dilakonkan oleh M. Zain. Walaupun babaknya sedikit dan kelihatan tak berapa sihat, namun M. Zain tetap memberi 100% komitmen. Dapat dilihat kemesraannya dengan Normadiah yang turut berlakon dalam filem itu.
M. Zain meninggal dunia pada 31 Januari 1967 ketika baru berusia 46 tahun. Jenazahnya diuruskan di rumah Normadiah sebelum dikebumikan di Pusara Bidadari, Singapura. Al Fatihah buat rohnya.
“Pendek kata selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja…”
Tamat kisah M. Zain. Terima kasih kerana sudi membaca 🙏🏼
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main bakar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.
This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.
Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.
Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.
Saya kongsikan nama-nama seniman dan seniwati yang akan dibuat bebenangnya selepas ini:
1. Ibrahim Pendek 2. Sharifah Hanim 3. Ibrahim Din 4. Sarimah 5. Saloma 6. S. Shamsuddin 7. Aziz Sattar 8. Udo Omar (Haji Bakhil) 9. A.R. Tompel 10. Mat Sentol
11. Ahmad Mahmood 12. Hussein Abu Hassan 13. Yusoff Latiff 14. Jins Shamsudin 15. S. Kadarisman 16. Nordin Ahmad 17. Latifah Omar 18. Omar Rojik 19. Wahid Satay 20. Maria Menado
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.
(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.
Mahmud June ialah seorang pelakon yang serba boleh. Di Cathay Keris, beliau sangat terkenal dengan watak jahat. Tetapi di tangan P.Ramlee, Mahmud June bertukar menjadi seorang pelakon lawak dengan watak Pak Maon.
Mahmud June atau nama sebenarnya Mahmood Junit bin Derani lahir pada 20 Januari 1921 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Ngat yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
Mahmud June pernah bekerja sebagai tukang sapu dan penjual tiket di Grand Jubilee Opera, Ipoh. Di sinilah dia mula terdedah dengan seni lakonan sehingga menjadi seorang pelakon bangsawan yang terkenal pada tahun 1940-an dan
1950-an.
Mogok di Jalan Ampas selalu terjadi antara tahun 1957-1967. Para artis bermogok sebab terima bayaran gaji yang tak setimpal dengan kerja mereka. Setiap kali mogok akan ada negosiasi antara wakil persatuan artis (union) dengan Shaw Brothers. untuk selesaikan masalah gaji ni.
P. Ramlee sendiri pernah mengetuai union bernama PERSAMA (Persatuan Artis Malaya) dari tahun 1954-1960. Mogok artis kali pertama berlaku pada tahun 1957 sebab mereka bantah tindakan Shaw Brothers pecat beberapa orang pekerjanya tanpa sebab.
Dalam filem Seniman Bujang Lapok, ada satu babak Ramlee, Ajis & Sudin bayar tambang yg tak setimpal dengan penat lelah tukang beca tu. Itu sebenarnya satu simbolik peristiwa mogok. P.Ramlee nak sindir Shaw Brothers!
"Kalau ada 3 lagi macam korang terpaksa kami kena bikin union!"