Mogok di Jalan Ampas selalu terjadi antara tahun 1957-1967. Para artis bermogok sebab terima bayaran gaji yang tak setimpal dengan kerja mereka. Setiap kali mogok akan ada negosiasi antara wakil persatuan artis (union) dengan Shaw Brothers. untuk selesaikan masalah gaji ni.
P. Ramlee sendiri pernah mengetuai union bernama PERSAMA (Persatuan Artis Malaya) dari tahun 1954-1960. Mogok artis kali pertama berlaku pada tahun 1957 sebab mereka bantah tindakan Shaw Brothers pecat beberapa orang pekerjanya tanpa sebab.
Dalam filem Seniman Bujang Lapok, ada satu babak Ramlee, Ajis & Sudin bayar tambang yg tak setimpal dengan penat lelah tukang beca tu. Itu sebenarnya satu simbolik peristiwa mogok. P.Ramlee nak sindir Shaw Brothers!
"Kalau ada 3 lagi macam korang terpaksa kami kena bikin union!"
Tahun 1965 kecoh dengan isu politik Malaysia-Singapura dan pemerintah di sana nak hapuskan unsur politik kiri. PERSAMA bergabung dengan SATU (Singapore Association of Trade Union), gerakan kiri di SG. Bila LKY dapat tahu, dia tekan Shaw Brothers untuk tutup studio Jalan Ampas.
Shaw Brothers masa tu pula sedang tanggung kerugian. Mereka kata filem-filem Melayu dah mula tak dapat sambutan sejak pertengahan 1960-an. Jadi bila big boss LKY suruh tutup studio, mereka pun akur.
Studio Jalan Ampas ditutup secara rasmi pada 30 November 1967.
Panjang betul aku explain sampai jadi dah thread baharu 😂 Harap penjelasan ni dapat jawab pertanyaan @DamhaNihaz.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main bakar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.
This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.
Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.
Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.
Saya kongsikan nama-nama seniman dan seniwati yang akan dibuat bebenangnya selepas ini:
1. Ibrahim Pendek 2. Sharifah Hanim 3. Ibrahim Din 4. Sarimah 5. Saloma 6. S. Shamsuddin 7. Aziz Sattar 8. Udo Omar (Haji Bakhil) 9. A.R. Tompel 10. Mat Sentol
11. Ahmad Mahmood 12. Hussein Abu Hassan 13. Yusoff Latiff 14. Jins Shamsudin 15. S. Kadarisman 16. Nordin Ahmad 17. Latifah Omar 18. Omar Rojik 19. Wahid Satay 20. Maria Menado
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.
(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.
Mahmud June ialah seorang pelakon yang serba boleh. Di Cathay Keris, beliau sangat terkenal dengan watak jahat. Tetapi di tangan P.Ramlee, Mahmud June bertukar menjadi seorang pelakon lawak dengan watak Pak Maon.
Mahmud June atau nama sebenarnya Mahmood Junit bin Derani lahir pada 20 Januari 1921 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Ngat yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
Mahmud June pernah bekerja sebagai tukang sapu dan penjual tiket di Grand Jubilee Opera, Ipoh. Di sinilah dia mula terdedah dengan seni lakonan sehingga menjadi seorang pelakon bangsawan yang terkenal pada tahun 1940-an dan
1950-an.
Lakonan M. Zain sebagai Labu dalam filem Labu dan Labi (1962) telah membawa tuah kepadanya. Sebelum itu, dia hanya bergelar pelakon tambahan di studio Jalan Ampas. Namun P. Ramlee berjaya membentuk M. Zain menjadi seorang pelawak superstar.
(Bebenang)
Tentu ramai peminat P. Ramlee masih teringat aksi lucu M. Zain dalam siri Labu Labi. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kisah peribadi M. Zain di belakang tabir.
M. Zain dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Nama sebenarnya Mohd Zain bin Shariff. Bapanya seorang penjual mi di Pulau Pinang.