Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main bakar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.
This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.
Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.
Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.
Ini kerana pihak Shaw Brothers waktu tu terdesak nak pakai hero baru sebab hero-hero lain yang dah established macam P. Ramlee, S. Roomai Noor dan Osman Gumanti masing-masing terikat dengan komitmen di set penggambaran pengarah lain.
Akhirnya Shariff Dol dijadikan hero sebuah filem berjudul Shorga Dunia arahan B.S. Rajhans dengan menggunakan nama M. Shariff. Malangnya filem Shorga Dunia ni dah tak dapat ditonton sebab salinannya dipercayai telah hilang.
Bertambah malang lagi apabila filem Shorga Dunia tu tak dapat sambutan baik waktu ditayangkan di panggung. Shariff Dol terus kena ‘turun pangkat’ jadi pelakon tambahan saja lepas tu.
Walau bagaimanapun, Shariff Dol tidak berputus asa. Dia ingin teruskan kerjaya lakonannya di studio Jalan Ampas dengan harapan akan dapat peranan yang lebih baik dalam filem-filem akan datang.
Ketika P. Ramlee dilantik menjadi pengarah filem Penarek Becha pada tahun 1955, dia telah memberi peranan kecil kepada Shariff Dol sebagai doktor yang merawat Orang Kaya Marzuki (Udo Omar) selepas dilanggar Ghazali (Salleh Kamil).
P. Ramlee nampak Shariff Dol ni ada potensi untuk jadi seorang pelakon watak jahat yang baik. P. Ramlee yang sememangnya ‘master of casting’ itu telah memberi watak-watak jahat yang lebih berkualiti kepada Shariff Dol dalam filem-filem arahannya.
Antara watak jahat yang dilakonkan oleh Shariff Dol dalam filem-filem arahan P. Ramlee:
1. Semerah Padi (konco Salleh Kamil) 2. Bujang Lapok (Sarip, pemuda yang nak memperkosa Safiah) 3. Sumpah Orang Minyak (syaitan) 4. Musang Berjanggut (Megat Alang Sengketa)
P. Ramlee telah membentuk Shariff Dol menjadi pelakon crook yang ada gaya tersendiri. Sampai satu tahap dia tak perlu buat muka bengis atau tinggikan suara sewaktu berlakon watak jahat dalam filem. Tengoklah dalam Seniman Bujang Lapok, Sarip Dol cool je walaupun samseng besar.
Selepas itu, Shariff Dol sentiasa diberi peranan sebagai antagonis atau crook. Memandangkan bentuk badannya tinggi dan sasa, ia menyerlahkan lagi watak jahatnya dalam filem.
Nak naik sampan? Jumpa kami dulu.
Barisan belakang dari kiri: Ibrahim Hassan, Shariff Dol, M. Rafee dan Kemat Hassan.
Barisan depan dari kiri: Ali Fiji, A. Rahim, Ahmad C dan Ahmad Ghani.
Selain dari filem-filem arahan P. Ramlee, Shariff Dol juga berlakon di bawah arahan Jamil Sulong ketika di studio Jalan Ampas, seperti filem Batu Belah Batu Bertangkup, Isi Neraka, Lela Manja, Si Tanggang, Gerak Kilat dan Raja Bersiong.
Selepas penutupan studio Jalan Ampas pada tahun 1967, Shariff Dol berhijrah ke Cathay Keris dan sempat berlakon dalam beberapa buah filem sebelum bersara daripada dunia lakonan pada tahun 1971.
Antara filem-filem yang dilakonkan oleh Shariff Dol:
Di luar bidang lakonan, Shariff Dol bukanlah jahat seperti dalam filem. Dia menjalani kehidupan seperti orang biasa. Shariff berkahwin dengan isterinya yang bernama Alimah Ahmad dan mempunyai 10 orang anak.
Selepas 8 tahun berhenti berlakon filem, Shariff Dol meninggal dunia pada 27 April 1979 di Singapura akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit pada usia 53 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.
Watak Sarip Dol masih diingati sampai ke hari ni. Siap ada orang buat bahan spoof dekat poster mengundi.
Watak samseng yang smooth talker tu dah jadi satu watak cult dalam masyarakat kita. Sebut je nama Sarip Dol mesti orang kenal.
The OG of samseng Melayu.
Tamat ringkasan kisah hidup Shariff Dol. Terima kasih sebab sudi baca bebenang ini 😄🙏🏼
Saya kongsikan nama-nama seniman dan seniwati yang akan dibuat bebenangnya selepas ini:
1. Ibrahim Pendek 2. Sharifah Hanim 3. Ibrahim Din 4. Sarimah 5. Saloma 6. S. Shamsuddin 7. Aziz Sattar 8. Udo Omar (Haji Bakhil) 9. A.R. Tompel 10. Mat Sentol
11. Ahmad Mahmood 12. Hussein Abu Hassan 13. Yusoff Latiff 14. Jins Shamsudin 15. S. Kadarisman 16. Nordin Ahmad 17. Latifah Omar 18. Omar Rojik 19. Wahid Satay 20. Maria Menado
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.
(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.
Mahmud June ialah seorang pelakon yang serba boleh. Di Cathay Keris, beliau sangat terkenal dengan watak jahat. Tetapi di tangan P.Ramlee, Mahmud June bertukar menjadi seorang pelakon lawak dengan watak Pak Maon.
Mahmud June atau nama sebenarnya Mahmood Junit bin Derani lahir pada 20 Januari 1921 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Ngat yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
Mahmud June pernah bekerja sebagai tukang sapu dan penjual tiket di Grand Jubilee Opera, Ipoh. Di sinilah dia mula terdedah dengan seni lakonan sehingga menjadi seorang pelakon bangsawan yang terkenal pada tahun 1940-an dan
1950-an.
Mogok di Jalan Ampas selalu terjadi antara tahun 1957-1967. Para artis bermogok sebab terima bayaran gaji yang tak setimpal dengan kerja mereka. Setiap kali mogok akan ada negosiasi antara wakil persatuan artis (union) dengan Shaw Brothers. untuk selesaikan masalah gaji ni.
P. Ramlee sendiri pernah mengetuai union bernama PERSAMA (Persatuan Artis Malaya) dari tahun 1954-1960. Mogok artis kali pertama berlaku pada tahun 1957 sebab mereka bantah tindakan Shaw Brothers pecat beberapa orang pekerjanya tanpa sebab.
Dalam filem Seniman Bujang Lapok, ada satu babak Ramlee, Ajis & Sudin bayar tambang yg tak setimpal dengan penat lelah tukang beca tu. Itu sebenarnya satu simbolik peristiwa mogok. P.Ramlee nak sindir Shaw Brothers!
"Kalau ada 3 lagi macam korang terpaksa kami kena bikin union!"
Lakonan M. Zain sebagai Labu dalam filem Labu dan Labi (1962) telah membawa tuah kepadanya. Sebelum itu, dia hanya bergelar pelakon tambahan di studio Jalan Ampas. Namun P. Ramlee berjaya membentuk M. Zain menjadi seorang pelawak superstar.
(Bebenang)
Tentu ramai peminat P. Ramlee masih teringat aksi lucu M. Zain dalam siri Labu Labi. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kisah peribadi M. Zain di belakang tabir.
M. Zain dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Nama sebenarnya Mohd Zain bin Shariff. Bapanya seorang penjual mi di Pulau Pinang.