Mat Sentol adalah seorang yang gemar bereksperimen dengan kesan-kesan khas. Ideanya ‘gila-gila’ dan tak masuk akal tapi ada keunikan yang tersendiri. Kegeniusan Mat Sentol ini melayakkan dirinya digelar sebagai Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
(Bebenang)
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Rasip bin Yahya dilahirkan di Muar pada 26 Julai 1933. Nama ‘Mat Sentol’ tu diberikan kepadanya semasa dia buat satu persembahan di sekolahnya.
Dalam persembahan tu, dia bawa watak budak lelaki yang berperut buncit. Waktu ibunya bawa pergi klinik untuk buat rawatan, doktor ambil gergaji untuk potong perutnya. Apabila perutnya dibelah, keluar buah sentul daripada bajunya. Rupa-rupanya dia buncit sebab sorok buah sentul.
Selepas persembahan itu, satu sekolah memanggilnya Mat Sentol. Dia tak kisah pun orang nak panggil dia dengan nama ‘Mat Sentol’ sebab nama itu unik dan tak pernah digunakan orang.
Mat Sentol seorang yang lucu. Apa yang dilakukannya akan membuatkan orang ketawa. Sebelum terlibat dengan dunia perfileman, Mat Sentol bekerja dengan sebuah rombongan sandiwara pimpinan A.R. Tompel. Tugasnya ketika itu ialah melukis poster dan set pentas sandiwara itu.
Pada tahun 1955, A.R. Tompel bawa Mat Sentol ke Singapura. Di sinilah dia berkenalan dengan Mustapha Maarof yang pada ketika itu baru tamat kontrak dengan Cathay Keris.
Mustapha Maarof ajak Mat Sentol pergi ke studio Jalan Ampas untuk mencari peluang berlakon di sana. Ketika itu, filem Hang Tuah sedang diselenggarakan. Selepas lulus uji bakat mereka terpilih untuk berlakon dalam filem tu.
Tak lama lepas tu, Mat Sentol berhijrah ke studio Cathay Keris untuk jadi pelukis dan buat kerja-kerja belakang tabir. Ramai yang tak tahu sebenarnya Mat Sentol yang reka montaj pembukaan filem-filem untuk Cathay Keris.
Begitu juga dengan imej pada credit title filem-filem seperti Lanchang Kuning, Mata Shaitan, Chelorong Cheloreng dan Naga Tasek Chini. Itu semua Mat Sentol punya hasil kerja.
Mat Sentol diberi kepercayaan oleh Tom Hodge, bos besar studio Cathay Keris untuk jadi pengarah pada tahun 1964 melalui filem Mat 3/4. Filem itu mula ditayangkan pada 4 Mac 1965.
Sejak dari itu bermulalah era filem-filem “MAT” dalam sejarah perfileman kita.
Mat Sentol seorang yang experimental dan cuba bawa kelainan dalam setiap filem arahannya. Kadangkala plot filem dia sukar difahami, tapi jika kita mendalami pemikirannya dalam filem, ia adalah satu bentuk sindiran masyarakat sama seperti filem-filem arahan P. Ramlee.
Dalam satu interview Mat Sentol pernah berkata: "Saya memang suka buat filem lain daripada yang lain. Setiap filem yang saya buat mesti ada perubahan. Tak mahu orang kata; balik balik filem macam tu"
Tambahnya lagi: "Pelawak asyik usik perempuan saja. Saya tak suka. Saya mesti nak cari sesuatu benda, macam Mat Bond, pasal pil. Saya buat Mat Toyol, pasal toyol. Begitulah filem saya."
Filem-filem Mat Sentol semasa di Cathay Keris mempunyai branding yang agak kuat serta mendahului zamannya.
Sepanjang berkhidmat di Cathay Keris, Mat Sentol telah mengarahkan filem-filem berikut:
1. Mat 3/4 (1965) 2. 3 Botak (1965) 3. Mat Bond (1967) arahan bersama M. Amin 4. Mat Raja Kapor (1967) arahan bersama M. Amin 5. Mat Lanon (1968) arahan bersama Nordin Ahmad
6. Mat Toyol (1969) 7. Mat Karong Guni (1970) 8. Mat Magic (1971) arahan bersama John Calvert 9. Dara Kula (1972)
Beliau adalah pelopor yang menggunakan teknik 'stop motion animation'. Semuanya dilakukan secara manual, tanpa bantuan komputer grafik.
Beliau terus setia dengan produksi Cathay Keris sehinggalah penutupan studio itu pada tahun 1973.
Selepas itu beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Bintang Maju Film Production yang membuat iklan seperti DING DANG & TORA DATANG LAGI.
Mat Sentol juga terus mengarah filem pada tahun 1970-an sehingga 1980-an. Filem-filem arahannya pasca era Cathay Keris ialah Mat Tenggek (1979), Penagih Dadah (1979), Mat Spy (1985) dan Mama Mau Kahwin (1988).
Selain itu juga, beliau dapat tawaran buat program kanak-kanak berjudul Mat Yoyo dengan Singapore Broadcasting Corp (SBC) pada tahun 1980-an. Ini geng JB lahir 80-an dan 90-an yang dapat channel tv Singapore mesti pernah tengok program ni.
Mat Sentol mempunyai cult follower yang tersendiri. Tak hairanlah ramai dalam kalangan kita masih minat dengan hasil kerja Mat Sentol ni. Saya yakin dulu anda pernah je tonton filem-filem Mat Sentol di TV3, setiap hari Ahad pukul 3 petang lepas program Nona.
Mat Sentol kini berusia 88 tahun dan tinggal di Larkin, Johor Bahru bersama dua orang anaknya. Semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga.
Kongsikan pandangan anda tentang Mat Sentol dan terima kasih kerana sudi baca bebenang ini 😄🙏🏼
Lupa nak bagitau yang filem Mat Bond, Mat Raja Kapor dan Mat Lanon ni kisahnya bersambungan tau. Kena tengok ikut turutan baru boleh tangkap universenya 😄
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Hari ni kita cerita pasal Wahid Satay, pelawak dari studio Cathay Keris. Walaupun tak pernah berlakon dengan P. Ramlee, beliau tetap menjadi seorang pelawak yang dikagumi dan ada legasi yang tersendiri.
(Bebenang)
Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali individu yang bernama Abdul Wahid bin Ahmad. Namun, apabila disebut nama 'Wahid Satay', pasti kita akan terbayangkan lawak jenakanya di layar perak.
Wahid Satay dilahirkan di Inderagiri, Riau, Sumatera pada tahun 1930. Ketika masih kecil, dia mengikut ibu bapanya berhijrah ke Singapura untuk membina penghidupan yang lebih baik.
Dalam sejarah perfileman Melayu, Studio Merdeka ialah studio ketiga yang paling banyak mengusahakan pengeluaran filem-filem Melayu pada tahun 1960-an. Pada awalnya studio ini ditubuhkan oleh Ho Ah Loke dengan nama Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.
Ho Ah Loke buat studio ini selepas dia berpatah arang berkerat rotan dengan studio Cathay Keris di Singapura. Dalam tahun 1959 studio ini bikin filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dgn usahasama Perfini dari Indonesia. Tapi dalam tahun 1961 baru filem ni dapat ditayangkan
Pada tahun 1960, Ah Loke dapat business partner baharu iaitu H.M. Shah dan mereka buat rebranding kepada studio ini dengan menukar nama kepada Merdeka Filem Studio.
Pendeknya itu bukan beerti kurang, katiknya itu bukan bermakna pincang. Perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu kelebihan yang istimewa.
“Banyak-banyak si buah betik,
Manakan sama yang baru dipetik;
Banyak-banyak si orang katek,
Manakan sama Che' Ibrahim Pendek”
(Bebenang)
Ibrahim Pendek dilahirkan di Taiping pada tahun 1932 dengan nama Ibrahim bin Hassan. ketika berusia 17 tahun, dia keluar dari kampung halamannya untuk bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Cameron Highland.
Tak terlintas langsung dalam fikirannya untuk jadi bintang filem. Pada tahun 1953 sewaktu Ibrahim pergi bercuti di Singapura, dia telah diperhatikan oleh Run Run Shaw - tauke studio Jalan Ampas. Ibrahim yang sedang berkelah tu langsung tak perasan yang dia sedang diperhatikan.
Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main bakar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.
This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.
Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.
Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.
Saya kongsikan nama-nama seniman dan seniwati yang akan dibuat bebenangnya selepas ini:
1. Ibrahim Pendek 2. Sharifah Hanim 3. Ibrahim Din 4. Sarimah 5. Saloma 6. S. Shamsuddin 7. Aziz Sattar 8. Udo Omar (Haji Bakhil) 9. A.R. Tompel 10. Mat Sentol
11. Ahmad Mahmood 12. Hussein Abu Hassan 13. Yusoff Latiff 14. Jins Shamsudin 15. S. Kadarisman 16. Nordin Ahmad 17. Latifah Omar 18. Omar Rojik 19. Wahid Satay 20. Maria Menado
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.
(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.