Dalam sejarah perfileman Melayu, Studio Merdeka ialah studio ketiga yang paling banyak mengusahakan pengeluaran filem-filem Melayu pada tahun 1960-an. Pada awalnya studio ini ditubuhkan oleh Ho Ah Loke dengan nama Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.
Ho Ah Loke buat studio ini selepas dia berpatah arang berkerat rotan dengan studio Cathay Keris di Singapura. Dalam tahun 1959 studio ini bikin filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dgn usahasama Perfini dari Indonesia. Tapi dalam tahun 1961 baru filem ni dapat ditayangkan
Pada tahun 1960, Ah Loke dapat business partner baharu iaitu H.M. Shah dan mereka buat rebranding kepada studio ini dengan menukar nama kepada Merdeka Filem Studio.
Filem pertama yang diterbitkan ialah Tun Tijah pada 26 Jun 1961 arahan L.Krishnan. Manakala hero dan heroin pertama berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka ini ialah Abdullah Chik dan Salmah Ahmad.
Studio Merdeka terletak di Ulu Klang, kira-kira 8 batu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan itu dikelilingi oleh hutan dan pokok getah bersebelahan dengan Zoo Negara.
Pada penghujung tahun 1963 syarikat Shaw Brothers dari Singapura telah membeli saham studio berkenaan dari Ho Ah Loke dan telah mengarahkan P.Ramlee untuk berkhidmat di Kuala Lumpur.
Dari kiri: Mahmud June, Rosmawati, P.Ramlee, Salmah Ahmad, Ho Ah Loke, Saloma, Kamsani dan Musalmah. Gambar ini diambil di Federal Hotel ketika pihak pengurusan studio Merdeka menyambut kedatangan P.Ramlee ke Kuala Lumpur.
P.Ramlee arahkan 18 filem di sini dari tahun 1964-1972. Antaranya: Sitora Harimau Jadian, Masam2 Manis, Ahmad Albab, trilogi Do Re Mi dan 6 Jahanam.
Studio Merdeka beroperasi dari tahun 1960-1980. Filem terakhir yang diterbitkan oleh studio ini ialah Adik Manja arahan Othman Hafsham.
Sekarang kawasan studio ini menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional yang juga dikenali dengan nama Kompleks Studio Merdeka, FINAS.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Mat Sentol adalah seorang yang gemar bereksperimen dengan kesan-kesan khas. Ideanya ‘gila-gila’ dan tak masuk akal tapi ada keunikan yang tersendiri. Kegeniusan Mat Sentol ini melayakkan dirinya digelar sebagai Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
(Bebenang)
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Rasip bin Yahya dilahirkan di Muar pada 26 Julai 1933. Nama ‘Mat Sentol’ tu diberikan kepadanya semasa dia buat satu persembahan di sekolahnya.
Dalam persembahan tu, dia bawa watak budak lelaki yang berperut buncit. Waktu ibunya bawa pergi klinik untuk buat rawatan, doktor ambil gergaji untuk potong perutnya. Apabila perutnya dibelah, keluar buah sentul daripada bajunya. Rupa-rupanya dia buncit sebab sorok buah sentul.
Hari ni kita cerita pasal Wahid Satay, pelawak dari studio Cathay Keris. Walaupun tak pernah berlakon dengan P. Ramlee, beliau tetap menjadi seorang pelawak yang dikagumi dan ada legasi yang tersendiri.
(Bebenang)
Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali individu yang bernama Abdul Wahid bin Ahmad. Namun, apabila disebut nama 'Wahid Satay', pasti kita akan terbayangkan lawak jenakanya di layar perak.
Wahid Satay dilahirkan di Inderagiri, Riau, Sumatera pada tahun 1930. Ketika masih kecil, dia mengikut ibu bapanya berhijrah ke Singapura untuk membina penghidupan yang lebih baik.
Pendeknya itu bukan beerti kurang, katiknya itu bukan bermakna pincang. Perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu kelebihan yang istimewa.
“Banyak-banyak si buah betik,
Manakan sama yang baru dipetik;
Banyak-banyak si orang katek,
Manakan sama Che' Ibrahim Pendek”
(Bebenang)
Ibrahim Pendek dilahirkan di Taiping pada tahun 1932 dengan nama Ibrahim bin Hassan. ketika berusia 17 tahun, dia keluar dari kampung halamannya untuk bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Cameron Highland.
Tak terlintas langsung dalam fikirannya untuk jadi bintang filem. Pada tahun 1953 sewaktu Ibrahim pergi bercuti di Singapura, dia telah diperhatikan oleh Run Run Shaw - tauke studio Jalan Ampas. Ibrahim yang sedang berkelah tu langsung tak perasan yang dia sedang diperhatikan.
Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main bakar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.
This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.
Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.
Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.
Saya kongsikan nama-nama seniman dan seniwati yang akan dibuat bebenangnya selepas ini:
1. Ibrahim Pendek 2. Sharifah Hanim 3. Ibrahim Din 4. Sarimah 5. Saloma 6. S. Shamsuddin 7. Aziz Sattar 8. Udo Omar (Haji Bakhil) 9. A.R. Tompel 10. Mat Sentol
11. Ahmad Mahmood 12. Hussein Abu Hassan 13. Yusoff Latiff 14. Jins Shamsudin 15. S. Kadarisman 16. Nordin Ahmad 17. Latifah Omar 18. Omar Rojik 19. Wahid Satay 20. Maria Menado
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.
Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.
(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.