#PeristiwaHariIni : Hari ini tahun lepas, Hagia Sophia dengan rasminya ditukar menjadi sebuah masjid.

Ini adalah bebenang. Image
Hagia Sophia di Istanbul, Turki asalnya dibina pada 325M di atas tapak kuil pagan oleh Maharaja Byzantine pertama, Constantine I yang mengasaskan kota Constantinople. Anaknya Maharaja Constantius II menaik tarafnya menjadi basilika Kristian Orthodoks pada 360M.

#PeristiwaHariIni
Ia menempuh tiga fasa pembinaan sebelum bentuk seni bina yang terlihat pada hari ini. Hagia Sophia yang pertama berbumbung kayu, namun musnah dibakar pada 404M ketika rusuhan ekoran konflik politik antara keluarga Maharaja Arkadios.

#PeristiwaHariIni
Pengganti Arkadios, Maharaja Theodosios II membina semula Hagia Sophia & struktur bumbung kayu baharu itu siap pada 415M. Namun seabad kemudian, ia sekali lagi dibakar dalam ‘rusuhan Nika’ menentang Maharaja Justinian I.

#PeristiwaHariIni
Gagal membaiki semula kerosakan itu, Justinian mengarahkan Hagia Sophia diruntuhkan pada 532 & dibina yang baharu. Menampilkan elemen seni bina tradisional Orthodoks, ia siap lima tahun kemudian yang berdiri sehingga hari ini.

#PeristiwaHariIni
Orthodoks Greek adalah agama rasmi empayar Byzantine, maka selain dianggap gereja utama agama itu, Hagia Sophia juga menjadi tempat pertabalan maharaja Byzantine. Ia menjadi simbol kemegahan Orthodoks sehinggalah tibanya Uthmaniyah.

#PeristiwaHariIni
Pada 1453, Sultan Mehmet al-Fatih menakluk Constantinople, menukar nama kota itu kepada Istanbul & Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid. Lantas sebahagian besar ikonografi Kristian di dalam monumen tersebut ditutup dengan kaligrafi Islam.

#PeristiwaHariIni
Apabila kerajaan Uthmaniyah tumbang pasca Perang Dunia Pertama & republik sekular Turki diasaskan pada 1923, Presidennya Mustafa Kemal Ataturk menjadikan Hagia Sophia sebagai sebuah muzium bermula pada 1935.

#PeristiwaHariIni
Namun pada 2013, bermula gerakan menggesa Hagia Sophia kembali dijadikan masjid. Tahun berikutnya Recep Tayyip Erdogan menjadi Presiden Turki & menggunakan posisinya untuk memperjuangkan hasrat tersebut.

#PeristiwaHariIni
Akhirnya pada 10 Julai 2020, Mahkamah Turki membatalkan keputusan kabinet pada 1934 & secara rasminya Hagia Sofia kembali menjadi masjid semula. Namun ia masih dibuka untuk kunjungan orang bukan Islam.

#PeristiwaHariIni
Azan berkumandang buat pertama kalinya di Hagia Sophia selepas hampir 90 tahun & solat Jumaat yang pertama dilangsungkan di situ pada 24 Julai 2020.

Sumber: Astro AWANI, History

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

12 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 23 tahun yang lalu, Perancis memenangi Piala Dunia FIFA buat kali pertama.

Ini adalah bebenang. Image
Sebagai tuan rumah bagi temasya edisi 1998, Perancis nyata memiliki segala resepi untuk melakar kegemilangan. Perjalanan bersejarah Les Blues itu bermula apabila ditempatkan dalam Kumpulan C bersama Denmark, Arab Saudi dan Rusia.

#PeristiwaHariIni
Memenangi semua saingan kumpulan, Perancis mara ke pusingan kalah mati untuk berdepan naib juara Kumpulan D, Paraguay di saingan 16 terakhir. Pertemuan sengit itu diakhiri dengan jaringan emas Laurent Blanc pada masa tambahan.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
11 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 128 tahun yang lalu, mutiara terkultur pertama dunia dihasilkan oleh Kokichi Mikimoto.

Ini adalah bebenang. Image
Mikimoto dilahirkan pada 1858 di Toba, Jepun sebagai anak sulung pasangan peniaga mi udon. Pada umur 13 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya dengan menjual sayur apabila ayahnya meninggal dunia.

#PeristiwaHariIni
Minatnya terhadap mutiara tercetus apabila melihat objek perhiasan itu dikeluarkan daripada tiram yang dibawa naik oleh para penyelam di Ise. Pada 1888, Mikimoto bersama isterinya membuka ladang penternakan tiram di Teluk Ago.

#PeristiwaHariIni
Read 11 tweets
15 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 189 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan Dol Said dan British berakhir.

Ini adalah bebenang.
Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.

#PeristiwaHariIni
Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
14 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 127 tahun yang lalu, kumpulan pejuang Pahang menawan pos kawalan British di Kuala Tembeling.

Ini adalah bebenang.
Apabila J.P. Rodgers dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang pada 24 Ogos 1888, negeri itu diserap menjadi Persekutuan Negeri-Negeri Bersekutu maka secara tidak langsung Pahang sudah ditabdir bawah telunjuk British.

#PeristiwaHariIni
Hal ini tidak diterima beberapa pemimpin tempatan terutamanya Dato Bahaman. Maka beliau bersama Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau melancarkan beberapa siri penentangan, bermula dengan serangan terhadap pos kawalan British di Lubuk Terua pada 21 Disember 1891.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
13 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 696 tahun yang lalu, dipercayai Ibn Battuta memulakan pengembaraannya.

Ini adalah bebenang. Image
Pada usia 21 tahun, Ibn Battuta meninggalkan kampung halamannya Tangier, Maghribi (Morocco) pada awalnya hanya untuk menunaikan haji di Mekah yang perjalanannya mengambil masa 16 bulan. Tanpa diduga, perjalanannya itu berlanjutan hingga 27 tahun.

#PeristiwaHariIni
Seusai menunaikan haji, Ibn Battuta terdorong untuk mengembara ke negara-negara Islam selepas mendapat satu mimpi. Maka dilanjutkan pengembaraannya yang ditempuh dalam tiga peringkat dengan cara berjalan kaki, menaiki haiwan tunggangan dan menaiki kapal.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
9 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 75 tahun yang lalu, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta selaku Raja Thailand.

Ini adalah bebenang.
Baginda serta merta menaiki takhta pada usia 19 tahun tatkala abangnya, Raja Ananda Mahidol, yang menjadi raja sejak berusia sembilan tahun, mangkat pada usia 20 tahun atas punca yang tidak dapat dipastikan.

#PeristiwaHariIni
Selepas menamakan bapa saudaranya sebagai pemangku putera, Raja Bhumibol kembali ke Universiti Lausanne untuk menyempurnakan pengajian sarjananya. Kerana peranan baharunya, baginda menukar subjeknya daripada sains kepada sains politik dan undang-undang.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(