Tiga perkara yang setahu saya, tidak ada dalam pelan awal fasa-fasa PICK.
Dalam keluarga terdekat saya:
- 10 ahli keluarga dapat AZ secara opt-in ayam berebut dedak
- 1 ahli keluarga dapat Pfizer secara walk-in redah PPV
- hanya 2 ahli keluarga dpt Sinovac melalui MySejahtera
Saya & 2 ahli keluarga lain yg layak masih belum dengar khabar berita.
Kalau takde opt-in AZ macam ayam berebut dedak, mungkin 10 ahli keluarga saya tadi belum dapat vaksin.
1 ahli keluarga (mak saya) yg redah PPV secara walk-in pun mungkin belum dapat vaksin Pfizer dia.
Saya mula merasakan MySejahtera ini adalah satu scam, sebab dah daftar & tunggu tapi masih tak ada apa.
Setiap pagi bangun tidur, saya terpaksa update macam orang gila. Ulang benda sama setiap hari.
Sekarang, dah kecoh pula pasal isu 'cucuk angin' dan kerajaan pula jawab siapa yang ragu-ragu, boleh ulang datang cucuk sekali lagi.
Maknanya, nasib orang macam saya yang tarikh janjitemu pun belum ada makin tak tentu hala.
Kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?
Soalan yang valid sebenarnya. Tapi saya nak tanya balik, sanggup ke memandu sejam setengah di jalan lengang macam ni masuk kawasan pedalaman untuk hantar bantuan pada yang memerlukan?
Bukan nak kata tak logik beras+gula+tepung gandum+bihun+kicap+sardin+biskut+kopi+garam=RM50 (walaupun kalau bagi saya, benda tu boleh dapat harga total RM40 je).
Tapi logik ke nak bantu 1 keluarga (ibu bapa + 2 anak) dengan bakul RM50 sahaja?!
Bakul makanan RM50 ni boleh tahan berapa lama? Sardin tu berapa tin? Telur mana? Minyak masak?
Atau adakah nak suruh 1 keluarga makan nasi berlauk kicap yang sebenarnya?
Ingat lagi tweet saya tentang Brader Beras yg mohon bantuan duit beli beras dari saya, lepas tu bila dia dah ada duit dia mesej saya balik utk minta nombor akaun rakyat Malaysia lain yg sedang susah & saya bagi nombor akaun Si Munap dari Sabah?