Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' ni pada asalnya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dalam karya sastera mereka (cerpen, puisi, novel dll) pada dekad 1950-an dan 1960-an. Mereka perjuangkan isu-isu rakyat melalui penulisan.
Antara tokoh sastera dari grup ni ialah Usman Awang, Abdullah Hussain, Keris Mas, Jymy Asmara & Jamil Sulong. Mereka ni semua kawan2 P.Ramlee, cuma bezanya P.Ramlee perjuangkan fahaman ni melalui filem & lagu. Jamil Sulong juga begitu setelah dia jadi pengarah pada tahun 1959.
Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' yang digunakan oleh ASAS 50 bertujuan untuk membela golongan marhaen seperti petani, nelayan & buruh. Usman Awang pernah tulis betapa pentingnya keterlibatan seniman/seniwati di pentas filem & sandiwara dalam perjuangan 'Seni Untuk Masyarakat'.
"Seniman-seniman filem dan sandiwara adalah sangat penting dalam menjayakan cita-cita dan dasar ASAS 50 untuk menghidupkan cara berfikir rakyat bangsa Melayu seluruhnya."
"Seorang rakyat bangsa Melayu yang buta huruf, yang tidak dapat dibentuk jiwanya melalui kesusasteraan akan dapat dipimpin oleh seorang seniman filem atau sandiwara melalui lakonan dan penuturannya." - Usman Awang (Utusan Zaman, 1953)
Jadi bukan P.Ramlee saja yang perjuangkan 'Seni Untuk Masyarakat' ni ya. Ramai lagi unsung hero ketika itu yang turut memperjuangkannya. Cuma P.Ramlee lebih ke hadapanlah dalam perjuangan ni, tu je 😄
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Aziz Sattar ialah Malaysia's most beloved comedian. Beliau mudah didekati oleh sesiapa saja, tak kira tua atau muda. Kalau nak tahu, Aziz Sattar mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9 tahun lagi!
(Bebenang)
Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta dilahirkan di Pekalongan, Kepulauan Bawaen, Surabaya pada 8 Ogos 1925. Anak kepada pasangan Satta Sawal dan Satimah Jalal ini kemudiannya membesar di Pasir Panjang, Singapura.
Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.
Lawak jenakanya masih segar serta mampu membuatkan kita ketawa sehingga ke hari ini.
Malah dalam satu bengkel seni lakon, seniman Nordin Ahmad pernah berkata: "Jika ingin jadi pelawak, belajar dengan A.R. Tompel dan S. Shamsuddin".
(Bebenang)
S. Shamsuddin atau nama sebenarnya Samsudin bin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Bapanya berasal dari Melaka, manakala ibunya berasal dari Singapura.
Sebelum menjadi pelakon, Sudin bekerja sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas. Beliau mula bekerja di sana pada tahun 1948. Kerjanya membuat set untuk filem-filem terbitan studio itu. Gajinya ketika itu $50 sebulan.
Mat Sentol adalah seorang yang gemar bereksperimen dengan kesan-kesan khas. Ideanya ‘gila-gila’ dan tak masuk akal tapi ada keunikan yang tersendiri. Kegeniusan Mat Sentol ini melayakkan dirinya digelar sebagai Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
(Bebenang)
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Rasip bin Yahya dilahirkan di Muar pada 26 Julai 1933. Nama ‘Mat Sentol’ tu diberikan kepadanya semasa dia buat satu persembahan di sekolahnya.
Dalam persembahan tu, dia bawa watak budak lelaki yang berperut buncit. Waktu ibunya bawa pergi klinik untuk buat rawatan, doktor ambil gergaji untuk potong perutnya. Apabila perutnya dibelah, keluar buah sentul daripada bajunya. Rupa-rupanya dia buncit sebab sorok buah sentul.
Hari ni kita cerita pasal Wahid Satay, pelawak dari studio Cathay Keris. Walaupun tak pernah berlakon dengan P. Ramlee, beliau tetap menjadi seorang pelawak yang dikagumi dan ada legasi yang tersendiri.
(Bebenang)
Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali individu yang bernama Abdul Wahid bin Ahmad. Namun, apabila disebut nama 'Wahid Satay', pasti kita akan terbayangkan lawak jenakanya di layar perak.
Wahid Satay dilahirkan di Inderagiri, Riau, Sumatera pada tahun 1930. Ketika masih kecil, dia mengikut ibu bapanya berhijrah ke Singapura untuk membina penghidupan yang lebih baik.
Dalam sejarah perfileman Melayu, Studio Merdeka ialah studio ketiga yang paling banyak mengusahakan pengeluaran filem-filem Melayu pada tahun 1960-an. Pada awalnya studio ini ditubuhkan oleh Ho Ah Loke dengan nama Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.
Ho Ah Loke buat studio ini selepas dia berpatah arang berkerat rotan dengan studio Cathay Keris di Singapura. Dalam tahun 1959 studio ini bikin filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dgn usahasama Perfini dari Indonesia. Tapi dalam tahun 1961 baru filem ni dapat ditayangkan
Pada tahun 1960, Ah Loke dapat business partner baharu iaitu H.M. Shah dan mereka buat rebranding kepada studio ini dengan menukar nama kepada Merdeka Filem Studio.
Pendeknya itu bukan beerti kurang, katiknya itu bukan bermakna pincang. Perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu kelebihan yang istimewa.
“Banyak-banyak si buah betik,
Manakan sama yang baru dipetik;
Banyak-banyak si orang katek,
Manakan sama Che' Ibrahim Pendek”
(Bebenang)
Ibrahim Pendek dilahirkan di Taiping pada tahun 1932 dengan nama Ibrahim bin Hassan. ketika berusia 17 tahun, dia keluar dari kampung halamannya untuk bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Cameron Highland.
Tak terlintas langsung dalam fikirannya untuk jadi bintang filem. Pada tahun 1953 sewaktu Ibrahim pergi bercuti di Singapura, dia telah diperhatikan oleh Run Run Shaw - tauke studio Jalan Ampas. Ibrahim yang sedang berkelah tu langsung tak perasan yang dia sedang diperhatikan.