Isteri Kedua Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa Dibunuh.
[Ini adalah bebenang]
Hasleza Ishak ni merupakan isteri kedua Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa yang dilaporkan dibunuh dengan kejam.
Memandangkan statusnya sebagai isteri Raja, Malaysia heboh dengan kes ni dulu. Dia juga merupakan seorang pelakon dan model. Mayatnya dijumpai dalam keadaan yang mengerikan tersangkut dekat pokok dekat dengan jambatan, berhampiran Jalan Sumpitan, Taiping.
Ketika mayatnya dijumpa, mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak dari jambatan tersebut. Dan jambatan tu berketinggian setinggi bangunan 5 tingkat.
Dan lepas satu per satu siasatan dilakukan, ada salah seorang daripada 5 suspek yang merupakan seorang bomoh, Mat Saad Isa mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun.
Dia mengaku bahawa dia yang menculik Hasleza dan kemudian membunuhnya dengan mengelar lehernya sebelum mencampak Hasleza dari jambatan.
Selepas perbicaraan, bomoh tersebut memberitahu bahawa isteri pertama Raja di-Hilir Perak, Raja Nor Mahani merupakan dalang kes pembunuhan tersebut.
Raja Nor Mahani menafikan perkara tersebut. Dia memberitahu bahawa dia hanya menggunakan khidmat bomoh untuk membuang santau dan jampi yang ada pada suaminya.
Santau dan jampi tersebut dikatakan perbuatan Hasleza yang menyebabkan suami Raja Nor Mahani selalu bersikap dingin sewaktu dengannya.
Raja Nor Mahani memberitahu bahawa dia tidak ada niat pun nak bunuh Hasleza memandangkan perbuatan tu boleh mencemarkan nama baiknya sendiri.
Sejak Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa kahwin dengan Hasleza, Raja Nor Mahani memberitahu bahawa banyak benda pelik yang jadi di istana.
Antaranya Datuk Seri Raja Jaafar sering duduk seorang diri di dalam gelap, burung tidak berkepala dijumpai di perkarangan istana, tuala wanita dijumpai atas bumbung, muntah kristal dan bunyi bayi menangis sedangkan di istana tersebut tiada bayi pun.
Walaubagaimanapun, kes kematian dan pembunuhan Hasleza masih menjadi tanda tanya kerana motif pembunuhan masih tidak diketahui. Dan, Raja Nor Mahani bebas daripada tuduhan tersebut kerana tidak ada bukti yang kukuh untuk menyabitkan Raja Nor.
Terdapat juga beberapa suspek yang ditangka tetapi dibebaskan kerana bukti yang ada tidak mencukupi untuk disabit kesalahan.
Sukan Olimpik dinamakan begitu kerana mereka telah diadakan di bandar Olympia, di bahagian barat laut Peloponnese.
Sekali setiap empat tahun, pengembara mengembara ke semua bandar dan kampung di Greece, mengumumkan bahawa masa akan datang untuk perlawanan seterusnya. Dari seluruh negara, orang bergegas ke Olympia.
Sekiranya berlaku peperangan, gencatan senjata berlaku untuk tempoh pertandingan. Menurut mitos, permulaan permainan ini diletakkan oleh pahlawan Hercules yang hebat. Tarikh pertama yang ditetapkan pada Olimpik bermula pada tahun 776 SM.
Istiadat ‘Tabal Jin’ iaitu adat menabal jin pada sebelah malam. Ia dipercayai bahawa seseorang sultan itu didampingi oleh jin-jin.
[Ini adalah bebenang]
Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka & terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak?
Kebiasaannya, Istiadat Tabal Jin yang kini dikenali dengan nama Istiadat Tabal Pusaka ini berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada.
Ada sesuatu pada kemerdekaan yang tidak pernah dapat diajarkan, iaitu rasa bebas daripada segala ketakutan. Mendiamkan pengkhianatan sebetulnya adalah kerelaan kepada lebih banyak kejahatan.
Ia ibarat suatu penyerahan diri kepada iblis untuk melahirkan lebih ramai pemimpin berhati syaitan bagi melakukan lebih banyak kebejatan.
Licik kebusukkan politik bangkai sebegini tak lagi akan dapat tutup atau disembunyikan. Pedulilah menteri undang-undangkah, menteri agamakah malah duta khas ke wilayah mana sekali pun.
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah.
Pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab.
1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam.
Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
Mana yang sembang kencang pasal Human Rights, kena faham, kita tidak meletakkan kitab Human Rights paling atas. Korang dah ready ke nak sembang pasal Human Rights kalau di Malaysia LGBT masih dikecam? Itu juga sebahagian dari Human Rights.
Paling mudah, Freedom of Speech. Di Malaysia betul kah kita ada freedom of speech? Itu sebahagian human rights juga. So, jangan letak kitab Human Rights terlalu agung tanpa melihat situasi negara sendiri.
Aku faham niat Ebit Liew untuk bantu mereka tapi pergi atas dasar beri bantuan saja la bukan sampai hendak membina penempatan untuk mereka. Negara kita ada undang-undang. Mana boleh pukul rata semua.