Istiadat ‘Tabal Jin’ iaitu adat menabal jin pada sebelah malam. Ia dipercayai bahawa seseorang sultan itu didampingi oleh jin-jin.

[Ini adalah bebenang]
Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka & terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak?
Kebiasaannya, Istiadat Tabal Jin yang kini dikenali dengan nama Istiadat Tabal Pusaka ini berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada.
Seperti yang diketahui, istiadat ini disempurnakan pada waktu sebelah malam dengan disaksikan oleh kerabat diraja yang rapat, orang besar-besar dan pemimpin-pemimpin negeri Perak.
Pada zaman dahulu istiadat ini dijalankan apabila zaman pemerintahan anak gahara yang diangkat menjadi sultan sedang aman dan sempurna pemerintahannya. Perkisahan untuk istiadat ini bermula dengan pawang diraja memuja perkakas kerajaan selama tujuh hari tujuh malam.
Pada malam yang ketujuh iaitu acara kemuncak untuk istiadat ini, sultan bersama-sama dengan permaisuri negeri Perak akan dipersilakan untuk bersemayam di atas mercu Panca Persada dengan segala kelengkapan serta nobat dimainkan di hadapan Panca Persada.
Semua puteri dan puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
Istiadat Merenjis Tepung Tawar disempurnakan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Selepas itu Upacara Bersiram Tabal (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal.
Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru.
Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil geluk berisi air datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis 16 batil geluk yang berisi air. Nobat dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal.
Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke Istana.
Pada zaman sekarang, upacara tersebut dijalankan cuma tiga hari tiga malam sahaja. Istiadat Tabal Jin iaitu acara kemuncak untuk istiadat ini dijalankan pada malam ketiga selepas pertabalan adat.
Selepas siap upacara tersebut, baginda sultan pun berangkat turun dari istana lalu berarak sebanyak tujuh kali mengeilingi Panca Persada.
Setelah genap tujuh kali keliling Panca Persada, kemudian dibawa naik pula ke Panca Persada lantas kemudian sultan dan permaisuri disiramkan. Setelah selesai, sultan dan permaisuri akan berarak balik ke istana dengan paulan nobat yang mengasyikkan.
Setelah sampai ke istana, sultan dan permaisuri pun akan bersalin pakaian lantas selepas itu akan berangkat ke Balairong Seri bersama paluan nobat diraja negeri Perak.
Pada waktu istiadat ini nobat diraja akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan nobat dipalukan.
Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh nobat) menunjukkan pertabalan baginda telah direstui oleh jin-jin kerajaan.
Sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja, petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli nobat supaya berhenti apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.
Sewaktu nobat dipalukan, Pedang Cura Simanja Kini akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya).
Ini menunjukkan jin kerajaan merestui pertabalan Baginda. Istiadat Tabal Jin selamat disempurnakan selepas upacara
Santapan Masi Berastanoka dijalankan dengan bacaan doa selamat.
Kemudian, bersemayamlah sultan bersama-sama dengan permaisuri negeri Perak di atas singgahsana.
Allahyarham Harussani Zakaria, Mufti Perak ke-8 adalah orang yang paling lama menjawat jawatan Mufti (sejak 1985) dan cukup lantang dalam menyuarakan pandangan.
Berdasarkan Memoir Harussani Zakaria: Dia Akan Jadi Mufti, ada diceritakan tentang tugas-tugas terawal beliau selepas dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Pada suatu hari beliau masuk ke Istana Perak dan melihat alat yang dikenali sebagai ‘sangkar-sangkar’ di sekeliling istana. Bila ditanya kepada petugas istana, mereka menjawab yang itu semua adalah adat.
Bila dengar jawapan tersebut, Harussani bertanya lagi – sama ada yang tinggal di istana ni manusia atau jin?
Mereka jawab manusia iaitu Sultan dan Harussani pun kata:

“Kalau sultan yang tinggal di istana itu, kenapa kita pasang sangkar-sangkar untuk jin ini? Sultan bukan jin. Sultan adalah manusia. Apakah orang Perak bersultankan jin ke?”

– Harussani, dipetik dari memoir beliau.
Harussani mengarahkan supaya semua sangkar itu dibuang, walaupun dapat bantahan daripada Orang Besar Istana. Selain itu, ada juga amalan menyembelih kerbau dan kepala kerbau itu tadi ditanam di bawah tempat mandi.
Amalan itu turut dibantah dan dihapuskan oleh Harussani kerana mengandungi unsur syirik.
Tapi, antara amalan yang menjadi masalah besar menurut Harussani pada masa itu adalah amalan ‘Tabal Jin’ iaitu adat menabal jin pada sebelah malam dan siangnya pula Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Ini kerana, dipercayai bahawa seseorang sultan tu didampingi oleh jin-jin.
Berdasarkan cerita beliau, amalan ni bermula apabila semua orang yang berpakaian hitam masuk ke dalam dewan, menutup lampu dan hanya menyalakan lilin. Selepas itu, Pawang Diraja akan menyempurnakan upacara berkenaan.
Harussani kemudiannya segera menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (almarhum) dan tanya tentang rasionalnya amalan itu diteruskan dan Harussani juga membacakan ayat 6 dari Surah Jin.
Tambah Harussani, disebabkan kesombongan jin itulah mereka berani minta kita memberikan sajian seperti sembelihan lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Amalan-amalan itu tak lain dan tak bukan hanya menjerumuskan kita semua ke dalam lembah syirik semata-mata.
Mendengar nasihat dan penerangan, Sultan Azlan bersetuju dengan Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak.
Amalan itu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, selain tak ada mentera yang digunakan.
Dalam pada itu, beliau juga ada mengarahkan supaya adat pemakaian perhiasan emas berbentuk ular dimansuhkan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak.
Dalam usahanya menghapuskan amalan khurafat di istana, pada suatu malam Harussani minta petugas-petugas istana menunjukkan kepadanya di mana tempat yang dikatakan ada jin di istana berkenaan.
Para petugas pun menunjukkan sebuah kerusi yang didakwa menjadi tempat duduk jin di istana. Disebabkan mahu menghapuskan khurafat, beliau pun memberanikan diri mencabar jin tu menunjukkan diri dan duduk di atas kerusi berkenaan.
Tapi pada masa tu, tak ada apa-apa yang jadi sampailah Harussani sedar yang pehanya bengkak menggelembung secara tiba-tiba bila sampai di rumah.
Jadinya, selepas solat subuh – Harussani pun tanya kepada jemaah di masjid kalau-kalau mereka kenal sesiapa yang pandai tentang ilmu berkait gangguan jin. Jemaah pun bagitau tentang seorang tua penggunting rambut di Sungai Rokam.
Harussani pun berjumpa dengan lelaki tua tu, dan sambil gunting rambut, beliau pun tanya sekali pasal pehanya yang bengkak secara tiba-tiba.
“Tukang gunting itu meminta saya bawakan sirih-pinang. Saya sememangnya sudah bersedia dengan bahan itu sebab telah tahu serba sedikit tentang permasalahan dengan jin.”

–Harussani, dipetik dari memoir beliau.
Esoknya, Harussani sekali lagi berjumpa dengan tukang gunting untuk berubat. Kemudiannya, tukang gunting itu pun tiup ke dalam telinga Harussani dan dengan sendirinya bengkak tu pun hilang.
Salah satu amalan yang menurut Harussani masih belum berjaya dihentikan olehnya adalah ‘perasap keris’ iaitu amalan yang dilakukan apabila alat-alat di istana berpindah tangan daripada sultan yang telah mangkat kepada sultan yang baru ditabalkan.
Bagaimanapun, masih ada beberapa amalan yang masih dibenarkan dan dikekalkan sehingga ke hari ni seperti ‘Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah’ dan ‘Istiadat Mengambil Air Bersiram Tujuh Kuala Sungai Perak’.
Sumber :

1. Azhar Ishak

2. Memoir Harussani Zakaria

3. Freddie Aziz

Subscribe Youtube

youtube.com/channel/UCyRIz…
Telegram channel

t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

30 Jun
Ada sesuatu pada kemerdekaan yang tidak pernah dapat diajarkan, iaitu rasa bebas daripada segala ketakutan. Mendiamkan pengkhianatan sebetulnya adalah kerelaan kepada lebih banyak kejahatan.

#KerajaanCirit #PMCirit
Ia ibarat suatu penyerahan diri kepada iblis untuk melahirkan lebih ramai pemimpin berhati syaitan bagi melakukan lebih banyak kebejatan.
Licik kebusukkan politik bangkai sebegini tak lagi akan dapat tutup atau disembunyikan. Pedulilah menteri undang-undangkah, menteri agamakah malah duta khas ke wilayah mana sekali pun.
Read 5 tweets
12 May
Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

[Ini adalah bebenang]
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah.
Pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab.
Read 103 tweets
12 May
Rahsia Kekuatan Briged Al Qassam

[Ini adalah bebenang]
1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam.
Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
Read 10 tweets
3 Feb
Mana yang sembang kencang pasal Human Rights, kena faham, kita tidak meletakkan kitab Human Rights paling atas. Korang dah ready ke nak sembang pasal Human Rights kalau di Malaysia LGBT masih dikecam? Itu juga sebahagian dari Human Rights.
Paling mudah, Freedom of Speech. Di Malaysia betul kah kita ada freedom of speech? Itu sebahagian human rights juga. So, jangan letak kitab Human Rights terlalu agung tanpa melihat situasi negara sendiri.
Aku faham niat Ebit Liew untuk bantu mereka tapi pergi atas dasar beri bantuan saja la bukan sampai hendak membina penempatan untuk mereka. Negara kita ada undang-undang. Mana boleh pukul rata semua.
Read 4 tweets
22 Dec 20
Pembentukan Negeri Sembilan Dari Sembilan Daerah

[Ini adalah bebenang]
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan?
Ramai yang tertanya-tanya tentang keunikan nama Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.
Read 15 tweets
21 Dec 20
Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda

[Ini adalah bebenang]
Serangan berterusan Belanda di atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor akhirnya membuahkan hasil apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Kejayaan itu juga menamatkan penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511.
Read 18 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(