Dalam 2-3 hari ni saya jadi rindu kampung halaman. Waktu-waktu macam ni saya cuma mampu tengok dekat Google Street View saja la.
Ini tempat-tempat faveret waktu saya membesar dulu.
1. Kedai Abu Hassan Ariffin. Tempat saya beli surat khabar dan komik Asuh (yang ada strip komik setan goda manusia dalam tu).
2. Kedai Burhan Ali. Tempat saya beli komik KAWAN dan BIP! Komik Ultraman terjemahan bahasa Melayu pun ada kat sini.
Dua kedai ni memang faveret saya.
Kedai Burhan Ali ni kalau bulan puasa dia akan jadi tumpuan orang sebab ada jual kad raya. Daripada kad raya biasa sampai kad raya ada lagu-lagu tu semua dia jual. Memang meriah 🤣
3. Kedai Pak Aboo. Ni tempat saya beli novel grafik Gempakstarz. @RasulManan yang bagitau saya kat sini lubuk komik di pekan kami.
4. Kedai Shah Jahan. Satu lagi lubuk komik yang berhampiran dengan stesen bas. Budak-budak lain lepak cybercafe, saya mai sini baca komik free.
Inilah dia 4 tempat yang bagi pengaruh besar dekat saya dalam minat membaca. 3 daripadanya masih beroperasi. Kedai Pak Aboo saja yang dah tutup (atau tukar ke bisnes lain).
Memang rindu nak pi ke sana semula. Bila agaknya boleh balik kampung ni 😢
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Bila dah famous, banyaklah pihak approach bintang filem untuk jadi duta produk. Kali ni kita tengok siapa bintang filem dulu-dulu yang pernah jadi duta produk.
Aziz Sattar ialah Malaysia's most beloved comedian. Beliau mudah didekati oleh sesiapa saja, tak kira tua atau muda. Kalau nak tahu, Aziz Sattar mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9 tahun lagi!
(Bebenang)
Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta dilahirkan di Pekalongan, Kepulauan Bawaen, Surabaya pada 8 Ogos 1925. Anak kepada pasangan Satta Sawal dan Satimah Jalal ini kemudiannya membesar di Pasir Panjang, Singapura.
Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.
Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' ni pada asalnya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dalam karya sastera mereka (cerpen, puisi, novel dll) pada dekad 1950-an dan 1960-an. Mereka perjuangkan isu-isu rakyat melalui penulisan.
Antara tokoh sastera dari grup ni ialah Usman Awang, Abdullah Hussain, Keris Mas, Jymy Asmara & Jamil Sulong. Mereka ni semua kawan2 P.Ramlee, cuma bezanya P.Ramlee perjuangkan fahaman ni melalui filem & lagu. Jamil Sulong juga begitu setelah dia jadi pengarah pada tahun 1959.
Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' yang digunakan oleh ASAS 50 bertujuan untuk membela golongan marhaen seperti petani, nelayan & buruh. Usman Awang pernah tulis betapa pentingnya keterlibatan seniman/seniwati di pentas filem & sandiwara dalam perjuangan 'Seni Untuk Masyarakat'.
Lawak jenakanya masih segar serta mampu membuatkan kita ketawa sehingga ke hari ini.
Malah dalam satu bengkel seni lakon, seniman Nordin Ahmad pernah berkata: "Jika ingin jadi pelawak, belajar dengan A.R. Tompel dan S. Shamsuddin".
(Bebenang)
S. Shamsuddin atau nama sebenarnya Samsudin bin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Bapanya berasal dari Melaka, manakala ibunya berasal dari Singapura.
Sebelum menjadi pelakon, Sudin bekerja sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas. Beliau mula bekerja di sana pada tahun 1948. Kerjanya membuat set untuk filem-filem terbitan studio itu. Gajinya ketika itu $50 sebulan.
Mat Sentol adalah seorang yang gemar bereksperimen dengan kesan-kesan khas. Ideanya ‘gila-gila’ dan tak masuk akal tapi ada keunikan yang tersendiri. Kegeniusan Mat Sentol ini melayakkan dirinya digelar sebagai Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
(Bebenang)
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Rasip bin Yahya dilahirkan di Muar pada 26 Julai 1933. Nama ‘Mat Sentol’ tu diberikan kepadanya semasa dia buat satu persembahan di sekolahnya.
Dalam persembahan tu, dia bawa watak budak lelaki yang berperut buncit. Waktu ibunya bawa pergi klinik untuk buat rawatan, doktor ambil gergaji untuk potong perutnya. Apabila perutnya dibelah, keluar buah sentul daripada bajunya. Rupa-rupanya dia buncit sebab sorok buah sentul.
Hari ni kita cerita pasal Wahid Satay, pelawak dari studio Cathay Keris. Walaupun tak pernah berlakon dengan P. Ramlee, beliau tetap menjadi seorang pelawak yang dikagumi dan ada legasi yang tersendiri.
(Bebenang)
Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali individu yang bernama Abdul Wahid bin Ahmad. Namun, apabila disebut nama 'Wahid Satay', pasti kita akan terbayangkan lawak jenakanya di layar perak.
Wahid Satay dilahirkan di Inderagiri, Riau, Sumatera pada tahun 1930. Ketika masih kecil, dia mengikut ibu bapanya berhijrah ke Singapura untuk membina penghidupan yang lebih baik.