Kelmarin kita dikejutkan dengan berita Security Commisions Malaysia akan mengharamkan Binance di negara ini. Perkara ini membuat ramai penggemar kripto mengamuk, sebab Binance merupakan exchange yang paling accessible di Malaysia. Tetapi kenapa Binance begitu popular?
Kenapa asset kripto menjadi gilaan ramai sekarang? Apa beza matawang kripto dan wang kertas seperti Ringgit Malaysia? Ianya semua bermula dari Bitcoin.
Pada era digitalisasi ini, kemaraan wang kripto merancak apabila harga Bitcoin mencanak ke 60K USD pada Mei sebelum jatuh 50% dan kini makin pulih. Bitcoin merupakan aset digital yang muncul tahun 2009 selepas 2008 housing market crash di US yg menyebabkan krisis kewangan dunia.
Di dalam kewangan tradisional, wang kita disimpan di dalam bank. Wang tersebut dibawah fractional reserve banking system akan diberi kepada orang lain sebagai hutang.
Bank juga akan menggunakan wang kita untuk melabur pada asset2 lain untuk keuntungan mereka. Tapi apa yang berlaku jika bank cuai dengan wang yang diamanahkan? Itulah yang berlaku pada 2008.
Kalau anda tengok filem The Big Short yang dibintangi oleh Christian Bale dan Steve Carrell, bank2 US telah melakukan banyak pelaburan teruk ke dalam housing market yang dianggap tidak akan gagal ketika itu.
Harga rumah kian meningkat dan bank mudah memberi pinjaman kepada orang ramai untuk membeli rumah. Akhirnya ramai default hutang mereka dan market itu runtuh. Banyak bank yang bankrup dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan- iaitu duit pembayar cukai!
Krisis ekonomi itu menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai kerana menganggap wang kita tidak selamat di dalam bank. Bukan sahaja wang kita boleh lesap disebabkan kecuaian orang tengah,
tetapi kegagalan bank mengakibatkan government bail out di mana lebih banyak wang akan dicetak dan akan berlaku inflasi. Lebihan wang di dalam pasaran berbanding produk akan merendahkan nilai wang tersebut.
Whitepaper atau kertas kerja Bitcoin asalnya dicipta oleh Satoshi Nakamoto, sebuah identiti rahsia, sama ada ia adalah seorang individu ataupun sekumpulan individu yang bekerjasama membina projek Bitcoin. Sampai sekarang identiti-nya tidak diketahui.
Kertas itu dikongsi di dalam forum peminat 'kriptografi' dan bertajuk "Bitcoin: A peer-to-Peer Electronic Cash System". Jelas dari nama, Bitcoin adalah sistem kewangan yang membuatkan orang tengah (bank) itu tidak diperlukan.
Bitcoin adalah wang yang telah 'dikod' ataupun 'engineered money' yang tertulis pada kod 'open source' yang boleh dilihat dan ditambah baik oleh orang ramai. Seperti DNA kepada manusia, kod menentukan sifat Bitcoin. Iaitu wang yang tidak boleh ditiru, dan boleh tahu asal usulnya.
Dalam kod tersebut, hanya akan ada 21,000,000 Bitcoin sahaja yang akan ada di dalam pusaran selamanya. Bitcoin boleh didapati dengan cara 'mining' sebagaimana orang menggali emas, Bitcoin juga boleh 'digali' menggunakan komputer. Dijangka Bitcoin terakhir akan di'mine' pada 2140.
'Miner' Bitcoin perlu menyediakan tenaga komputing yang tinggi untuk mendapatkan lebih Bitcoin. Modal diperlukan untuk mendapatkan Bitcoin, sama juga seperti modal diperlukan untuk gali emas.
'Miners' ini akan menyelesaikan transaksi Bitcoin yang berlaku dan data transaksi akan ada pada setiap komputer yang ada pada rangkaian Bitcoin. Berjuta node seluruh dunia. Oleh itu, Bitcoin dikatakan 'Decentralized' berbanding bank yang 'centralized'. Ia adalah impenetrable.
Bitcoin juga memberi insentif kepada miners terawal dengan memberi 50 Bitcoin bagi setiap 10 minit asalnya, namun kuantiti itu akan dipotong sebanyak separuh setiap 4 tahun. Itu dinamakan 'halving cycle'.
Disebabkan oleh halving cycle, harga Bitcoin akan sentiasa meningkat sebab bekalan yang berkurang di samping Bitcoin itu terhad kepada 21 juta sahaja. Ini menunjukkan Bitcoin itu deflationary berbanding wang fiat yang inflationary. Bitcoin nilai meningkat. Fiat nilai turun.
Wang Fiat yang bebas untuk dicetak 'out of thin air' semenjak pemisahan USD dengan emas pada tahun 1973 oleh Presiden Nixon, adalah pemegang nilai yang lemah. Jika setiap tahun berlaku inflasi sebanyak 5%, bermaksud wang anda hilang nilai sebanyak 5%.
Perkara ini tidak berlaku kepada Bitcoin yang memang telah dicipta untuk harganya kekal meningkat, setelah permintaan juga yang semakin meningkat di samping bekalan yang berkurangan.
Jika inflasi tidak dikawal dan kerajaan terus mencetak wang, maka boleh berlaku fenomena dipanggil 'hyperinflation' di mana mata wang hampir hilang nilainya. Perkara ini berlaku di Zimbabwe dan Venezuela di mana matawang mereka mencecah trillion tetapi tidak ada nilai.
Kini kita boleh lihat bagaimana banyak syarikat mula menceburi dunia kripto dengan melabur kepada Bitcoin seperti yang ternama sekali Tesla dan Microstrategy.
Michael Saylor CEO kepada Microstrategy sangat yakin kepada Bitcoin, dia telah meletak wang syarikatnya sebanyak $489 juta untuk 13,005 Bitcoin dan dia kata dia akan beli lagi... Michael juga terkenal sebagai pelabur Bitcoin yang BULLISH dan kata Bitcoin ialah emas yang sempurna.
Kegilaan orang ramai termasuk Billionaire seperti Elon musk, Michael Saylor, dan juga Robert Kiyosaki tidaklah aneh kerana mereka dapat lihat apa nilai yang ada pada Bitcoin. Dengan sistem kewangan lemah , ia seperti meronta utk sistem baru yg lebih sempurna dan menyimpan nilai.
Tidak dilupakan juga bilis2 macam saya, ramai kini sedar dengan kelemahan sistem kewangan yang sedia ada dan dunia sekarang sedang berubah sebagaimana berlakunya industrial revolution, kini adalah digital revolution.
Bitcoin adalah 'internet of money'. Pada 1990, hanya tech geek sahaja yang menggunakan internet dan kini 30 tahun kemudian internet itu ibarat keperluan kehidupan. Music, buku, pendidikan, tv sekarang semua digital, mengapa tidak wang?
Matawang kripto tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, bank dan juga kerajaan akaan meneliti perkembangan wang digital ini dan akan risau sebab kripto boleh membunuh industri bank. Kuasa kewangan akan dikembalikan semula kepada pengguna dengan wang sebenar yang nyata nilai nya.
"Bitcoin is digital Real Estate" kata Michael Saylor. Membeli Bitcoin ibarat membeli lot tanah di Manhattan Square. Harganya hanya akan naik dan naik. Bukan untuk masa sebulan ataupun setahun. Tetapi beribu tahun pun boleh. Sebab itulah anda semua kena #BuyBitcoin
Follow me for more Crypto stories!

You can also read the full unedited version on:
theponpun.blogspot.com/2021/08/beza-s…

#IpanThreads
Btw disclaimer: I am not a financial advisor. Please do your own research.

#NFA #DYOR

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with #Lawan 🏴

#Lawan 🏴 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dr_ipan8

31 Jul
Siapa sangka yang namanya tahi, boleh jadi wang?

Ye anda tak salah baca. Memang betul, di Ulsan National Institue of Science and Technology Korea Selatan, tahi anda amat berharga sebab ia boleh digunakan untuk mengisi semula perut yang baru je dikosongkan!

#digitalcurrency
Apa yang anda perlu buat untuk duit? Hanya berak di tandas BeeVi (Bee + Vision) yang macam tandas biasa, cuma tak guna air tapi vacuum.

Najis yang dipicit keluar itu akan terkumpul ke dalam tangki bawah tanah di mana tahi akan bertukar kepada wang. Ini baru betul melabur!
Macam mana jadi wang? Di dalam tangki, najis dipecahkan oleh mikroorganisma dan menghasilkan gas metana (methane) yang menjana kuasa untuk penggunaan dapur gas, pemanas air dan juga solid oxide fuel cell yang menghasilkan elektrik.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(