Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.
(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Nordin berusia 13 tahun ketika Perang Dunia Kedua meletus. Ketika itu, beliau baru saja tamat sekolah rendah. Beliau kemudiannya bekerja sebagai buruh di sebuah lapangan terbang di Pulau Pinang untuk menyara kehidupannya.
Nordin dibawa ke Singapura oleh tentera Jepun yang berundur setelah British kembali ke Tanah Melayu. Di Singapura, Nordin bekerja sebagai tukang masak di pengkalan tentera sehingga pihak Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Beliau kemudiannya menjadi kerani di sebuah pejabat.
Timbulnya minat Nordin Ahmad untuk menjadi anak wayang adalah ketika dia terbaca satu iklan pencarian bakat baharu di studio Jalan Ampas dalam surat khabar Utusan Melayu.
Kali pertama Nordin Ahmad muncul di layar perak ialah menerusi filem Juwita (1951) sebagai pelakon extra. Di dalam filem itu, Nordin Ahmad memegang peranan sebagai pegawai polis dan menuturkan beberapa patah dialog.
Pada tahun 1952, Nordin Ahmad terpilih untuk menjadi hero filem Permata Di-Perlimbahan yang diarahkan oleh Haji Mahadi. Beliau digandingkan dengan seorang lagi pelakon baharu ketika itu iaitu Maria Menado.
Walau bagaimanapun, filem itu tidak mendapat sambutan dan gagal melonjakkan nama Nordin Ahmad sebagai hero filem Melayu. Beliau kemudiannya sering berperanan sebagai penjahat dalam filem2 terbitan studio Jalan Ampas seperti Chemburu, Ibu, Panggilan Pulau dan Abu Hassan Penchuri.
Nordin Ahmad berasa sedih dan malu kerana lakonannya sebagai watak jahat sering dibayangi pelakon seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.
At one point, Nordin dah fikir untuk berhenti berlakon kerana terlalu kecewa dengan perjalanan kerjayanya. Tapi P.Ramlee menyuruh Nordin bersabar dan memberi kata perangsang kepadanya.
Kata P.Ramlee: "Nordin Ahmad seorang pelakon berbakat besar tapi belum menemui sentuhannya".
Pada tahun 1956, P.Ramlee mengarahkan filem keduanya iaitu Semerah Padi. Di sinilah Nordin Ahmad menemui kekuatannya dan mula menyinar sebagai pelakon. P.Ramlee sengaja meletak nama Nordin Ahmad di atas sekali pada credit title filem itu untuk menaikkan nama sahabatnya.
Filem Semerah Padi mendapat sambutan hangat daripada penonton ketika ditayangkan di panggung. Mulai saat itu, nama Nordin Ahmad sering disebut-sebut oleh peminat sebagai hero Melayu sejati.
Komen Nordin Ahmad: "..P.Ramlee berhak berkongsi kejayaan dengan saya kerana beliaulah orang yang menjadikan kerjaya saya daripada gelap kepada terang."
Pada tahun 1957, Nordin Ahmad mendapat tawaran yang lebih baik dari studio Cathay Keris. P.Ramlee merestui pemergian sahabatnya itu dengan berkata: "Pergilah sahabatku. Tidak ada apa yang lebih baik dapat kuberikan padamu di sini".
Di Cathay Keris, Nordin Ahmad menjadi pelakon lelaki yang menerima bayaran gaji paling mahal ketika itu dengan bayaran sebanyak $800 tidak termasuk bonus sekiranya filem lakonannya mendapat kutipan box office. Di sinilah karisma Nordin Ahmad sebagai pelakon semakin terserlah.
Semasa di Cathay Keris, Nordin Ahmad lebih cenderung untuk berlakon dalam filem-filem yang bercorak purbawara. Di sinilah kita dapat lihat Nordin Ahmad mampu menterjemahkan setiap watak yang diberikan kepadanya dengan sangat baik.
Mungkin ramai yang tak tahu, Nordin Ahmad seorang pelakon yang tidak gemar bersosial. Beliau hanya akan pergi ke majlis-majlis rasmi Cathay Keris sahaja sekiranya perlu. Beliau lebih gemar duduk di rumah untuk menghafal skrip dan berlatih berlakon di hadapan cermin.
Pasangan paling idealnya di layar perak ialah Latifah Omar. Mereka telah digandingkan dalam filem2 berikut:
1. Hang Jebat (1961) 2. Lanchang Kuning (1962) 3. Laila Majnun (1962) 4. Chuchu Datok Merah (1963) 5. Gul Bakawali (1963) 6. Patong Chendana (1965) 7. Gurindam Jiwa (1966)
Berlakon di samping Nordin Ahmad banyak meninggalkan kesan di hati Latifah Omar. Menurutnya, Nordin seorang lelaki yang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan tutur katanya lembut itu amat menyenangkan hatinya.
Kata Latifah Omar: "Apabila difikirkan balik, semua filem yang saya lakonkan dengan Nordin Ahmad, saya suka. Tidak ada pelakon lelaki lain sehebat Nordin Ahmad."
Nordin Ahmad juga pernah menjadi pengarah filem. Antara filem2 arahannya:
Wan Perkasa (1964)
Kaseh Ibu (1965)
Naga Tasek Chini (1966)
Playboy (1967)
Kekaseh (1968)
Si-Murai (1968)
Mat Lanon (1968) bersama Mat Sentol
Nafsu Belia (1969)
Keranda Berdarah (1969)
Lobang Nuraka (1970)
Nordin Ahmad berkahwin dengan Salmah Ibrahim. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Asmah, Tuah dan Hasnor. Beliau sangat menyayangi anak lelakinya, Tuah. Mereka sering menonton wayang bersama-sama sekiranya Nordin tidak ada penggambaran filem.
Nordin Ahmad meninggal dunia pada 15 Jun 1971 ketika berusia 42 tahun di Hospital Besar Singapura akibat demam kuning. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bedok, Singapura. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.
(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Anda pernah terfikir tak, filem Melayu apa yang ditayangkan pada 31 Ogos 1957? 🤔
Jawapannya ialah Dendam Pontianak. Orang dulu sambut merdeka dengan tonton filem seram!
Dendam Pontianak merupakan sekuel kepada filem Pontianak yang juga ditayangkan pada tahun 1957. Ia dilakonkan oleh Maria Menado, Mustapha Maarof, Salmah Ahmad dll. Cerita siri 'Pontianak' ini ditulis oleh suami Maria Menado sendiri iaitu A. Razak dan diarahkan oleh B.N. Rao.
Bila dah famous, banyaklah pihak approach bintang filem untuk jadi duta produk. Kali ni kita tengok siapa bintang filem dulu-dulu yang pernah jadi duta produk.
Dalam 2-3 hari ni saya jadi rindu kampung halaman. Waktu-waktu macam ni saya cuma mampu tengok dekat Google Street View saja la.
Ini tempat-tempat faveret waktu saya membesar dulu.
1. Kedai Abu Hassan Ariffin. Tempat saya beli surat khabar dan komik Asuh (yang ada strip komik setan goda manusia dalam tu).
2. Kedai Burhan Ali. Tempat saya beli komik KAWAN dan BIP! Komik Ultraman terjemahan bahasa Melayu pun ada kat sini.
Dua kedai ni memang faveret saya.
Kedai Burhan Ali ni kalau bulan puasa dia akan jadi tumpuan orang sebab ada jual kad raya. Daripada kad raya biasa sampai kad raya ada lagu-lagu tu semua dia jual. Memang meriah 🤣
Aziz Sattar ialah Malaysia's most beloved comedian. Beliau mudah didekati oleh sesiapa saja, tak kira tua atau muda. Kalau nak tahu, Aziz Sattar mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9 tahun lagi!
(Bebenang)
Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta dilahirkan di Pekalongan, Kepulauan Bawaen, Surabaya pada 8 Ogos 1925. Anak kepada pasangan Satta Sawal dan Satimah Jalal ini kemudiannya membesar di Pasir Panjang, Singapura.
Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.
Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' ni pada asalnya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dalam karya sastera mereka (cerpen, puisi, novel dll) pada dekad 1950-an dan 1960-an. Mereka perjuangkan isu-isu rakyat melalui penulisan.
Antara tokoh sastera dari grup ni ialah Usman Awang, Abdullah Hussain, Keris Mas, Jymy Asmara & Jamil Sulong. Mereka ni semua kawan2 P.Ramlee, cuma bezanya P.Ramlee perjuangkan fahaman ni melalui filem & lagu. Jamil Sulong juga begitu setelah dia jadi pengarah pada tahun 1959.
Slogan 'Seni Untuk Masyarakat' yang digunakan oleh ASAS 50 bertujuan untuk membela golongan marhaen seperti petani, nelayan & buruh. Usman Awang pernah tulis betapa pentingnya keterlibatan seniman/seniwati di pentas filem & sandiwara dalam perjuangan 'Seni Untuk Masyarakat'.