Sejarah Gerakan Taliban di Afghanistan

[ Ini adalah bebenang]
Taliban' bermaksud 'sekumpulan pelajar', hasil gabungan perkataan Arab 'talib' dengan imbuhan 'an' yang diambil daripada sistem dialek masyarakat Parsi/Pashtun.
Gerakan ini dinamakan sedemikian kerana ketika peringkat awal permulaannya, selain daripada disertai kumpulan penentang Mujahid gerakan ini turut menerima sokongan ribuan 'pelajar-pelajar madrasah' yang terletak di sekitar Afghanistan dan Pakistan.
Jadi nama 'taliban' merujuk kepada pelajar menjadi sangat sinonim dalam menggambarkan perjuangan mereka.
Akibat pendudukan Kesatuan Soviet ke atas negara mereka, pejuang-pejuang kebebasan iaitu kumpulan-kumpulan Mujahid yang berhasrat membebaskan negara mereka mula mendapat dana bantuan daripada negara-negara anti Soviet dan juga Pakistan.
Kesatuan Soviet berjaya menduduki Afghanistan selepas perang saudara di antara ahliahli Parti Demokratik Afghanistan atau PDPA, sebuah parti komunis yang sangat rapat dengan kerajaan Soviet.
PDPA membentuk kerajaan selepas insiden rampasan kuasa melalui taktik pembunuhan yang mengorbankan Presiden Afghanistan pertama, Daoud Khan pada tahun 1978.
Daoud Khan dibunuh oleh anggota PDPA selepas beliau mengumumkan pengharaman PDPA bagi menghapuskan terus ancaman terus ancaman parti itu ke atas kerajaan Afghanistan.
Ahli PDPA dengan bantuan anggota tentera pro PDPA membunuh Daoud, pengikut setianya serta ahli keluarganya. Ini membolehkan PDPA menguasai Kabul, ibu negara Afghanistan.
Bagaimanapun selepas memegang tampuk pemerintahan, pergelutan kuasa di antara ahli-ahli PDPA mula berlaku. Ini memberi peluang kepada kerajaan Soviet untuk masuk campur pada mulanya atas tujuan meredakan ketegangan.
Pemimpin tertinggi PDPA Hafizullah Amin digempur dan dibunuh dalam satu operasi pada bulan Disember 1979 digantikan dengan Babrak Karmal, salah seorang bekas pengasas PDPA yang mesra Soviet.
Babrak kemudiannya diangkat sebagai Presiden baru Afghanistan.
Pemberontakan melawan pengaruh Soviet

Berikutan perlantikan Babrak yang didakwa boneka Soviet, kerajaan Soviet mula dilihat mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk sistem kerajaan Afghanistan.
Situasi sedemikian menyebabkan negara-negara kuasa besar dunia yang anti Kesatuan Soviet mula mencari jalan mengurangkan pengaruh Kesatuan Soviet ke atas negara tersebut.
Gerakan mujahid memulakan perang jihad secara kecil-kecilan, melancarkan serangan ke atas kerajaan Babrak Kamal. Mendapat bantuan dana daripada Pakistan serta agensi perisikan CIA Amerika Syarikat, membolehkan kumpulan mujahid memperolehi kelengkapan perang yang lebih baik.
Babrak Kamal akhirnya dijatuhkan sendiri oleh Kesatuan Soviet selepas Soviet melihat Babrak gagal mentadbir negaranya dengan baik.
Beliau digantikan Mohammad Najibullah, seorang lagi bekas pemimpin PDPA yang mempunyai reputasi tinggi di kalangan pemimpin kerajaan Soviet pada tahun 1986.
Selepas berjaya menyingkirkan pengaruh Babrak Kamal sepenuhnya daripada kerajaan, Najibullah mula menggerakkan siri rundingan bagi menghentikan pertempuran yang masih berlaku di antara kerajaan beliau dengan gerakan Mujahid.
Beberapa perubahan dasar mula diperkenalkan seperti reformasi ekonomi dan pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi diperkenalkan, bagi melembutkan hati kumpulan mujahidin. Usaha rundingan dengan kumpulan Mujahid juga dimulakan dengan lebih kerap berbanding era Babrak Kamal.
Walau bagaimanapun kejatuhan Kesatuan Soviet menyebabkan Najibullah hilang sokongan negara berkuasa besar. Tanpa bantuan pihak luar, Najibullah yang mula bimbang keselamatan sendiri mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden Afghanistan pada tahun 1992.
Keadaan ini menyebabkan Afghanistan tidak lagi mempunyai kerajaannya sendiri.
Kebangkitan Taliban sebagai pemerintah

Ekoran wujudnya vakum kuasa pemerintahan, kumpulan-kumpulan Mujahid yang sebelum ini bersatu menentang pencerobohan kuasa asing mula berkelahi sesama mereka dalam merebut kuasa dan wilayah.
Beberapa penambahbaikan reformasi ekonomi yang diperkenalkan Najibullah hancur selepas wilayah-wilayah di Afghanistan mula dikawal pelbagai kumpulan-kumpulan Mujahid yang saling bertelagah.
Ini menyebabkan sokongan dana luar seperti yang diperolehi dari pihak CIA dan Pakistan mula dihentikan, memaksa kumpulan Mujahid yang berpecah belah ini mencari sumber dana lain bagi membolehkan mereka kekal menguasai kawasan mereka.
Bagi mendapatkan dana, kumpulan-kumpulan kecil ini mula memperkenalkan peraturan ketat seperti melakukan sekatan ke atas jalan raya utama di dalam wilayah dikuasai mereka bagi mendapatkan bayaran tol.
Beberapa pihak juga mula memeras ugut penduduk di kawasan mereka dengan ancaman sebagai usaha pengumpulan dana.
Kelompok Mujahid yang tidak bersetuju dengan apa yang telah berlaku kembali meneruskan pengajian mereka di madrasah, tidak mencampuri pertelagahan yang berlaku hampir dua tahun.
Sekitar tahun 1994, muncul satu gerakan yang diketuai Mohammad Omar yang lebih dikenali dengan nama Mullah Omar.
Nama beliau mula menjadi terkenal di kalangan masyarakat Afghanistan kerana gerakan itu dikatakan mahu membawa perubahan dan menyatukan masyarakat Afghanistan yang berpecah-belah.
Mullah Omar adalah salah seorang anggota gerakan Mujahid yang terlibat dalam peperangan sejak bermulanya pendudukan Soviet lagi.
Beliau membawa hasrat mengembalikan keamanan kepada masyarakat mereka, melindungi kedudukan Islam di situ serta mahu memperkenalkan undang-undang syariah sebagai asas utama ikutan penduduk.
Tidak mahu terlibat dalam pergelutan yang berlaku di kalangan bekas rakan seperjuangannya, Mullah Omar memulakan gerakan yang akhirnya akan dikenali sebagai Taliban pada tahun 1994 - hanya disokong oleh kumpulan awal 50 orang pelajar yang mahukan perubahan.
Gerakan itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapat sokongan kelompok pelajar lain. Jumlah keahlian mereka bertambah mendadak sehingga mencecah belasan ribu tidak sampai dalam tempoh sebulan.
Berikutan jumlah keanggotaan yang semakin ramai serta momentum pergerakan yang nyata makin kuat, Taliban memasuki Kandahar pada penghujung tahun 1994, berjaya membebaskan bandar tersebut daripada pergolakan.
Penguasaan Taliban ke atas Kandahar menjadi titik tolak serta memberikan keyakinan usaha mereka untuk mengambil alih sepenuhnya pemerintahan Afghanistan yang ketika itu huru-hara, mampu diteruskan.
Dua tahun kemudian, pada bulan September 1996 ibu negara Kabul berjaya diambil alih Taliban daripada pemerintahan Presiden Burhanuddin Rabbani.
Berikutan kejayaan menawan hampir 90 peratus wilayah di Afghanistan, Mullah Omar dan gerakan Taliban mula memperkenalkan beberapa undang-undang yang mengubah cara hidup mereka.
Muzik diharamkan dan golongan wanita tidak lagi dibenarkan berada di tempat awam. Sistem cukai dan zakat diperkenalkan. Kerajaan di bawah pimpinan Taliban ditubuhkan dan negara Afghanistan diberikan nama rasmi 'Emirat Islam Afghanistan'.
Mullah Omar memegang jawatan sebagai Amirul Mukminin, pemerintah tertinggi kerajaan tersebut.
Kerajaan Mullah Omar berjaya menstabilkan kawasan tersebut walaupun ketika pemerintahan mereka, hanya tiga buah negara mengiktiraf kerajaan baru itu iaitu Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan juga Pakistan. Bagaimanapun, Mullah Omar tidak dapat bertahan lama memegang kuasa.
Melindungi Osama bin Laden

Kejatuhan Mullah Omar sangat berkait rapat dengan hubungan beliau dengan Osama bin Laden. Osama ketika itu diburu kerajaan Amerika Syarikat berjaya mencapai perjanjian dengan Mullah Omar, membolehkan Osama mendapatkan perlindungan di Afghanistan.
Syarat yg ditetapkan Omar, Osama haruslah menghentikan sebarang bentuk serangan ke atas Amerika Syarikat. Malangnya, insiden pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Afrika Timur yang didakwa didalangi Osama dan al-Qaeda pada tahun 1998 menimbulkan konflik di antara dua tokoh ini.
Walaupun begitu Afghanistan tetap meneruskan perlindungan kepada Osama, sehinggalah terjadinya insiden 11 September 2001 di mana al-Qaeda dituduh menyebabkan keruntuhan menara World Trade Centre, New York.
Osama bin Laden mula menjadi orang buruan nombor 1 kerajaan Amerika Syarikat dan Afghanistan mula merasai bahangnya.
Kerajaan Taliban Afghanistan memilih untuk tidak menyerahkan Osama bin Laden kepada Amerika Syarikat seperti yang diminta, terus membenarkan individu pemimpin Al-Qaeda itu berlindung di negara mereka.
Tindakan ini menyebabkan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W. Bush mengisytiharkan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai musuh mereka.
Operation 'Enduring Freedom' dimulakan

Sudah mempunyai alasan untuk menceroboh masuk, Amerika Syarikat mendesak PBB meluluskan kempen anti keganasan ke atas Afghanistan.
Desakan ini tetap diteruskan walaupun jurucakap Taliban menafikan penglibatan Osama bin Laden dalam serangan tersebut.
Kerajaan Afghanistan juga dituduh sengaja melindungi pengganas apabila mengenakan syarat sebarang perbicaraan yang mahu dilakukan ke atas Osama, perlu dilakukan di Afghanistan - sekiranya mahu mereka menyerahkan Osama bin Laden.
Tanggal 7 Oktober 2001 tidak sampai sebulan selepas insiden di World Trade Centre, Amerika Syarikat memulakan serangan ke atas Afghanistan dengan kerjasama United Kingdom, dalam operasi yang dilabelkan sebagai 'Enduring Freedom.'
Mendapat bantuan beberapa kumpulan militia anti Taliban yang berpusat di utara Afghanistan, kumpulan tentera pelbagai negara itu menawan Kabul tidak lama selepas operasi itu dimulakan.
Rumah Mullah Omar dibom peluru jarak jauh, mengorbankan anaknya yang berumur 10 tahun serta seorang pakciknya. Mullah Omar yang cedera teruk berjaya menyelamatkan diri, menghilangkan diri tidak dapat dipastikan di mana dia bersembunyi.
Pemerintahan Afghanistan mula berpindah tangan kepada kerajaan sementara, yang dituduh Mullah Omar sebagai kerajaan boneka Amerika Syarikat. Beliau mengaturkan beberapa siri peperangan secara gerila untuk beberapa tahun selepas itu, sebagai usaha merampas kembali kuasa.
Mullah Omar meninggal dunia pada tahun 2013 tetapi hanya dilaporkan kematiannya oleh kerajaan Afghanistan pada tahun 2015, dipercayai akibat penyakit tuberkulosis.
Sumber :

1. BBC

2. Namri Sidek

3. Nytimes

4. Bloomberg

Subscribe Youtube Channel

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

28 Aug
Penggunaan senjata api oleh pahlawan Melayu ketika menentang penjajah antara kisah cuba dikaburkan dalam peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Kononnya angkatan tentera Melayu ketika itu hanya menggunakan keris, tombak dan sumpit beracun sebagai senjata melawan musuh.
Biarpun dalam sukatan pelajaran mengakui kewujudan senapang dan meriam, penggunaan senjata tradisional seperti keris, tombak serta sumpit beracun acap kali digambarkan sebagai senjata utama dalam menghadapi serangan Portugis pada 1511.
Read 11 tweets
7 Aug
Peta ini merupakan peta moden Benua Asia yang pertama. Kelihatan dalam peta, Semenanjung Malaysia sebagai Malaqua manakala Pulau Borneo disebut Porne.Pada tahun 1542, Melaka baru saja 31 tahun jatuh ke tangan Portugis.
Edisi tambahbaik dari keluaran 1542.
Keseluruhan Semenanjung Malaysia dilabel sebagi Malaca. Borneo telah ditanda dengan jelas, walau bagaimana pun, nama-nama tempat di dalam peta belum diketahui. Peta tahun 1548 dan 1574.
Read 37 tweets
7 Aug
Kisah DJ Radio dan pemanggil misteri.

Kejadian di mana sebuah kereta Kia Optima kelabu ditemui oleh orang awam di bawah jambatan Jalan Bentong Lama, batu 18. Kereta itu terjunam jatuh ke bawah jambatan dengan kedalaman 100 meter. 

*audio sebenar*
Misterinya, tiada sebarang tanda-tanda kemalangan yang berlaku di atas jalan raya, penghadang jalan di tepi jambatan pula tidak menunjukkan sebarang kerosakan atau pecah.
Apabila pasukan penyelamat turun dan memeriksa kenderaan itu, tiada sebarang mayat ditemui di dalam kereta dan sekitar kawasan. Kunci kereta masih ada di dalam kereta.
Read 5 tweets
25 Jul
TAHUKAH ANDA?

Sukan Olimpik dinamakan begitu kerana mereka telah diadakan di bandar Olympia, di bahagian barat laut Peloponnese.
Sekali setiap empat tahun, pengembara mengembara ke semua bandar dan kampung di Greece, mengumumkan bahawa masa akan datang untuk perlawanan seterusnya. Dari seluruh negara, orang bergegas ke Olympia.
Sekiranya berlaku peperangan, gencatan senjata berlaku untuk tempoh pertandingan. Menurut mitos, permulaan permainan ini diletakkan oleh pahlawan Hercules yang hebat. Tarikh pertama yang ditetapkan pada Olimpik bermula pada tahun 776 SM.
Read 10 tweets
23 Jul
Isteri Kedua Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa Dibunuh.

[Ini adalah bebenang] Image
Hasleza Ishak ni merupakan isteri kedua Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa yang dilaporkan dibunuh dengan kejam.
Memandangkan statusnya sebagai isteri Raja, Malaysia heboh dengan kes ni dulu. Dia juga merupakan seorang pelakon dan model. Mayatnya dijumpai dalam keadaan yang mengerikan tersangkut dekat pokok dekat dengan jambatan, berhampiran Jalan Sumpitan, Taiping.
Read 15 tweets
1 Jul
Istiadat ‘Tabal Jin’ iaitu adat menabal jin pada sebelah malam. Ia dipercayai bahawa seseorang sultan itu didampingi oleh jin-jin.

[Ini adalah bebenang]
Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka & terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak?
Kebiasaannya, Istiadat Tabal Jin yang kini dikenali dengan nama Istiadat Tabal Pusaka ini berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada.
Read 47 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(