Biasa tak dengar bacaan istighfar dengan lenggok nasyid, iaitu :

أستغفر الله العظيم ، الذي لا إله إلا

Kemudian berhenti seketika. Seterusnya baru disambung dengan sebutan :

هو الحي القيوم وأتوب إليه

Waqf / berhenti pada إلا, menyebabkan lari maknanya. Lihat terjemahan ini 👇🏻
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang mana Tidak ada Tuhan melainkan.

Kemudian pembacanya berhenti. Kan lari makna tu.

Setelah itu baru sambung dengan terjemahan : Dia lah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus Tadbir dan aku bertaubat kepada-Nya.
Maka sebutan zikir jika nak waqf / berhenti pada kalimah yang tepat ialah :

أستغفر الله العظيم ، الذي لا إله إلا هو

Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang mana tidak ada Tuhan melainkan Dia.

Kemudian baru sambung : الحي القيوم وأتوب إليه | Tuhan Yang Maha Hidup
lagi Maha Mengurus Tadbir, dan aku bertaubat kepada-Nya.

Semoga bermanfaat.
Ini zikir berserta audio yang saya maksudkan. Jazakallahu khayran @hasifwilson .

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

1 Sep
Kurang setuju jika seseorang terus bangun selepas solat berjemaah & tidak turut serta doa beramai-ramai dikatakan sombong kepada Allah.

1- Solat dipenuhi dengan doa. Dari doa iftitah, doa dalam al-Fatihah, doa semasa sujud & duduk di antara dua sujud. Bagaimana dikata sombong ?
2- Zikir dan doa selepas solat ini hakikatnya ialah amalan individu. Ia bukanlah amalan jama’ie yang seolah wajib dibaca serentak.

3- Jika seseorang ada urusan yang penting lalu dia bergegas keluar, dia boleh sahaja membaca zikir-zikir selepas solat dalam perjalanan keluar.
4- Zikir-zikir selepas solat tidaklah luput sebaik seseorang bangun dari tempat solatnya. Bahkan saat dia dalam kereta atau atas motor pun, masih boleh membaca zikir-zikir selepas solat.
Read 6 tweets
29 Aug
Antara doa Rasulullah SAW ialah :

وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ

Maksudnya : Aku memohon kepada-Mu ya Allah, kalimah yang benar ketika dalam keadaan reda dan juga ketika marah.

Riwayat Al-Nasa’ie (1305).
Kadangkala, semasa seseorang dikuasai oleh marah yang meluap, dia melampiaskan kemarahan dengan kata-kata keji, carutan, dan makian.

Setelah dia reda, dia mula rasa menyesal dengan apa yang dia hamburkan semasa sedang marah. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Seperti kata sebahagian orang : “Be careful with your words. Once they are said, it will only be forgiven, not forgotten”.

Hati-hati dengan kata-kata anda (khususnya yang diucap semasa marah). Sekali ia telah diungkapkan, ia hanya boleh dimaafkan, namun tidak dilupakan.
Read 6 tweets
29 Aug
Kenyataan anda ini benar. Sebatas pengetahuan saya, bukan sikap Rasulullah SAW untuk pergi bertanya kepada setiap sahabat : “Kamu pernah berzina ?” “Kamu pernah mencuri ?”.

Yang biasa berlaku, jika ada orang Islam yang bermaksiat, mereka sendiri akan ceritakan kepada Rasulullah.
Tujuannya adalah untuk mereka dibersihkan daripada dosa maksiat tersebut, dengan ketetapan dan hukuman yang diputuskan oleh Rasulullah SAW.

Ini hakikatnya tiada masalah, kerana Rasulullah SAW bukan semata Rasul, Baginda juga merupakan seorang Hakim yang menjatuhkan hukum.
Meskipun begitu, sebahagian sahabat turut menegur sekiranya penceritaan aib kepada Rasulullah SAW itu turut didengari oleh khalayak yang lain.

Ada seorang lelaki yang cerita kepada Rasulullah bahawa dia pernah buat maksiat dengan wanita bukan mahram.

Dia ditegur oleh Umar.
Read 4 tweets
28 Aug
Banyak kali soalan sebegini diajukan kepada saya.

Nasihat saya, tolong jangan dedahkan aib sendiri sebegini. Khuatir ia termasuk dalam perbuatan menceritakan maksiat kepada umum (mujāharah bil ma’siat) yang dilarang di dalam hadis. Image
Rasulullah SAW berkata :

كل أمتي معافاة إلا المجاهرين

Maksudnya : Semua umatku dimaafkan (dosa-dosa mereka) kecuali golongan yang menceritakan dosa mereka kepada umum.

Baginda menyambung : Termasuk mujaharah itu ialah, seorang hamba itu melakukan maksiat pada waktu malam.
Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Tuhannya telah menutup aibnya.

Lalu hamba itu berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan sekian dan sekian (maksiat). Sedangkan dia telah bermalam dalam keadaan Tuhannya menutup keaibannya.

Riwayat Muslim (2990).
Read 4 tweets
24 Aug
Ada orang terlalu risaukan rezeki anak-anaknya. Sedangkan ini bukan di bawah kekuasaan dirinya.

Dalam masa sama, dia tidak peduli pun anak-anaknya solat atau tidak. Sedang ini merupakan tanggungjawab & tuntutan buat dirinya.

Allah SWT berfirman :

وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها
Maksudnya : Dan perintahkan lah ahli keluarga mu untuk mendirikan solat dan bersabarlah ke atasnya.

Kemudian Allah SWT menyambung :

لا نسألك رزقا نحن نرزقك

Maksudnya : Kami tidak meminta rezeki dari kamu, bahkan Kami yang memberi rezeki kepada kamu….

Surah Ta Ha (132).
Pada keyakinan kita, sekiranya kita menjaga hak Allah ke atas diri kita (solat), nescaya pasti Allah akan menjaga hak kita ke atas diri-Nya, iaitu memberikan rezeki kepada kita.
Read 4 tweets
23 Aug
Wa’alaikumussalam wbt. Nak jawab isu ini agak panjang sebenarnya. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin.

Jika kita teliti keseluruhan al-Quran, kita akan dapati bahawa sebutan Iman akan dipadankan dengan dua berikut :

1) Beramal soleh.
2) Bertakwa.
Maksudnya, selepas Allah sebut perkataan iman, biasanya ia akan diikuti dengan : amal soleh atau takwa.

Justeru, difahami bahawa amal soleh ialah sinonim kepada takwa.

Takwa : Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Amal soleh : Buat taat, tinggal maksiat.
Asasnya, iman meliputi tiga cabang :

1- ucapan lidah.
2- i’tiqad dalam hati.
3- amalan anggota badan.

Jadi dalam bahasa mudahnya, amal soleh ialah bukti keimanan seseorang. Sebab itu selalu disebut bersekali, seakan isyarat

“Beriman, dan iman dibuktikan dengan amal soleh”.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(