Kurang setuju jika seseorang terus bangun selepas solat berjemaah & tidak turut serta doa beramai-ramai dikatakan sombong kepada Allah.
1- Solat dipenuhi dengan doa. Dari doa iftitah, doa dalam al-Fatihah, doa semasa sujud & duduk di antara dua sujud. Bagaimana dikata sombong ?
2- Zikir dan doa selepas solat ini hakikatnya ialah amalan individu. Ia bukanlah amalan jama’ie yang seolah wajib dibaca serentak.
3- Jika seseorang ada urusan yang penting lalu dia bergegas keluar, dia boleh sahaja membaca zikir-zikir selepas solat dalam perjalanan keluar.
4- Zikir-zikir selepas solat tidaklah luput sebaik seseorang bangun dari tempat solatnya. Bahkan saat dia dalam kereta atau atas motor pun, masih boleh membaca zikir-zikir selepas solat.
5- Kesimpulan, sukar sebenarnya untuk mengatakan orang itu dan ini sombong hanya semata dia tak sertai zikir dan doa beramai-ramai lepas solat.
6- Ajar diri untuk sentiasa sangka baik. Beri keuzuran kepada orang lain. Boleh jadi dia sibuk, ada urusan penting, dsb.
7- Sebelum ada yang bertapi-tapi, perlu dijelaskan bahawa berzikir di tempat kita selesai solat, di dalam masjid, sudah pasti lebih afdal. Ia tidak dinafikan. Cuma keringanan sentiasa diberikan kepada orang yang punya keuzuran.
8- Orang yang ingin keluar pula, perlu dipastikan agar tidak keluar dengan gopoh gapah sehingga melintasi bahu-bahu jemaah yang lain. Ini suatu yang dilarang.
Pastikan keluar dengan sopan, meski ada urusan penting yang ingin dilakukan.
والله الموفق
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kenyataan anda ini benar. Sebatas pengetahuan saya, bukan sikap Rasulullah SAW untuk pergi bertanya kepada setiap sahabat : “Kamu pernah berzina ?” “Kamu pernah mencuri ?”.
Yang biasa berlaku, jika ada orang Islam yang bermaksiat, mereka sendiri akan ceritakan kepada Rasulullah.
Nasihat saya, tolong jangan dedahkan aib sendiri sebegini. Khuatir ia termasuk dalam perbuatan menceritakan maksiat kepada umum (mujāharah bil ma’siat) yang dilarang di dalam hadis.
Rasulullah SAW berkata :
كل أمتي معافاة إلا المجاهرين
Maksudnya : Semua umatku dimaafkan (dosa-dosa mereka) kecuali golongan yang menceritakan dosa mereka kepada umum.
Baginda menyambung : Termasuk mujaharah itu ialah, seorang hamba itu melakukan maksiat pada waktu malam.
Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Tuhannya telah menutup aibnya.
Lalu hamba itu berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan sekian dan sekian (maksiat). Sedangkan dia telah bermalam dalam keadaan Tuhannya menutup keaibannya.
Ada orang terlalu risaukan rezeki anak-anaknya. Sedangkan ini bukan di bawah kekuasaan dirinya.
Dalam masa sama, dia tidak peduli pun anak-anaknya solat atau tidak. Sedang ini merupakan tanggungjawab & tuntutan buat dirinya.
Allah SWT berfirman :
وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها
Maksudnya : Dan perintahkan lah ahli keluarga mu untuk mendirikan solat dan bersabarlah ke atasnya.
Kemudian Allah SWT menyambung :
لا نسألك رزقا نحن نرزقك
Maksudnya : Kami tidak meminta rezeki dari kamu, bahkan Kami yang memberi rezeki kepada kamu….
Surah Ta Ha (132).
Pada keyakinan kita, sekiranya kita menjaga hak Allah ke atas diri kita (solat), nescaya pasti Allah akan menjaga hak kita ke atas diri-Nya, iaitu memberikan rezeki kepada kita.