Sekejap bagi bunga ros, sekejap belikan coklat, minggu depan saya bagi kad.
Tapi saya hairan bila dia dapat semua hadiah tu, muka dia selamba saja.
Bunga tu dia akan ambil, letak dalam pasu dan biar gitu je lah. Sampai layu.
Sampaikan saya fikir, tak best ke hadiah semua ni.
Adegan filem isteri lompat bintang siap hidu bau bunga sampai terpejam-pejam mata tu rupanya hanyalah fantasi.
Ada satu hari kawan saya cakap gini.
“Kau ni bengap la Redza.”
Saya menyirap.
“Kau kahwin dengan isteri tapi tak pernah usaha nak kenal dia.”
Pedih ayat dia sampai saya terdiam lama.
Dia ajar 2 cara untuk lebih kenal isteri sendiri. Saya kongsikan 1 dululah ya.
Masa isteri membebel dari dapur sampai ke ruang tamu tu, dengar betul-betul apa yang dia bebel.
Buang emosi sekejap. Fokuskan hanya pada apa perkataan yang keluar.
✅ “Abang ni asyik kerja je, jarang nak ada kat rumah.”
Ni maknanya dia ni seorang yang rasa lebih disayangi kalau pasangan dapat luang masa berkualiti dengan dia.
Luang masa berkualiti ni ada 2 jenis.
Pertama, luang masa bersama-sama. Kita ada di rumah pun dia dah suka. Yang penting ialah keberadaan kita tu.
Kedua, ialah buat aktiviti bersama-sama. Contohnya pergi tengok wayang sama-sama atau masuk pertandingan berbasikal sama-sama.
✅ “Kita dah pakai tudung baru, baju cantik-cantik, sikit pun tak ada nak puji kita.”
Ni maksudnya dia rasa disayangi kalau diberi puji-pujian dan kata semangat. Dia punya seronok kalau kena puji tu, macam dapat rantai tangan coco 20gram.
✅ “Dah lama tak dapat baju baru dari abang. Tudung pun dah lusuh. Duit tu asyik pula lebihkan pada mak ayah abang je.”
Haa, hati-hati. Dia paling rasa disayangi bila dapat hadiah dari pasangan. Hadiah murah macam sekeping kad pun dia dah gembira apatah lagi hadiah mahal macam Thermomix kan.
✅ “Abang tak habis-habis dengan phone tu. Tolonglah saya potong sayur, beli barang, sediakan meja tu. Tolong jaga anak. Tolong betulkan paip. Kalau tak nak tolong, kahwin je dengan phone tu.”
Kalau dengar betul-betul, semua yang isteri sebut tu berkaitan dengan perkataan “Buat”. Isteri macam ni dia rasa disayangi bila pasangan buat sesuatu untuk dia.
Kalau beli tepung pun dah boleh buat dia senyum. Kau rasa?
✅ “Dah lama tak jalan-jalan pegang tangan kan, bang?”
Isteri macam ni rasa sangat disayangi bila dipegang, dipeluk dan sebagainya la ya. Maksudnya dia suka disentuh.
Selalunya pasangan kita akan ada hanya 1 atau 2 dari bahasa cinta ni. Jadi, kita fokuskan tenaga dan usaha kita pada 1-2 bahasa cinta tu.
Kalau dia suka dipuji, mulalah belajar memuji pasangan kita. Gitu.
Kita boleh belajar banyak dari pasangan bila dia tengah marah. Waktu tu, apa yang dia cakap semuanya jujur datang dari hati.
Kalau kita fokus untuk lawan marah dengan marah, kita yang rugi. Rasa sayang tu hanya bertambah bila kita saling memaafkan.
Rasa sayang tak boleh dipaksa, ia hanya boleh dipupuk.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri bahagia, masyaAllah. Keluarga bahagia, anak pun sama bahagia gais.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.
Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 135,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Jauhi 5 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Anak bukan trofi.
Bila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat. Anak yang tak berapa bagus keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.
Anak akan fikir dia cuma akan disayangi bila dia berjaya di sekolah.
2. Melabel anak dengan perkataan negatif.
Selalu juga saya berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil. Yang anak akan faham, dirinya sentiasa ada kekurangan dan dia akan sentiasa salahkan dia sendiri.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Bila anak kecil menangis, menunjuk menggunakan jari telunjuk, berkata “ta ta ta” dan ibu/ayah membalasnya dengan perkataan, melihat mata anak atau memeluk, ada laluan saraf baru akan terbentuk pada otak anak.
Konsep ni dinamakan Serve and Return.
Interaksi antara ibu bapa dengan anak ni boleh kita bahagikan pada 5 langkah mudah yang kita pun tak sedar ia berlaku setiap masa.
✅ Fokus dengan apa yang sedang menarik perhatian anak.
Ketika anak sedang membelek buku, kita pun sama melihat buku tu.
Bila anak keluarkan bunyi, kita pun pandang pada mukanya sambil tersenyum.
Bila anak pandang pada bola, kita tanya “Nak bola ke?”
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).