Surah Al-Baqarah merupakan surah yang terpanjang di dalam Al-Quran dengan 286 ayat.
Topik dan perbahasannya boleh dibahagikan kepada tema, mukadimah, dua topik dan penutup.
Teruskan membaca ⬇️
• Tema Surah : penjelasan tentang asas asas bagi pengimarahan bumi.
Tugas dan tanggungjawab ini juga telah dilucutkan daripada Bani Israel dan diserahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan khaira ummah (sebaik baik umat).
• Mukadimah : Ayat 1-39.
Menjelaskan tentang pembahagian manusia kepada tiga golongan; orang Islam, orang kafir dan orang munafik serta sifat sifat mereka. Kemudian ayat ayat ini menjelaskan asas bagi pengimarahan bumi.
• Topik 1 : Ayat 40-141.
Menceritakan tentang sejarah Bani Israel yang merupakan kelompok manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk mengimarahkan bumi tetapi kerana mereka telah melakukan pelbagai kerosakan dan keingkaran; tanggungjawab & kemuliaan ini telah ditarik semula.
• Topik 2 : Ayat 181-283.
Kepimpinan dan tugas pengimarahan bumi setelah ditarik dari Bani Israel ia telah dikurniakan kepada Umat Islam. Dijelaskan juga sebab² umat ini layak menggantikan Bani Israel dalam melaksanakan amanah ini; perbezaan manhaj Bani Israel & Umat Islam.
• Penutup : Ayat 283-286
Allah SWT memuji Rasulullah SAW dan orang² beriman yang mengikuti baginda. Ini mengisyaratkan bahawa ajaran Islam yang disampaikan oleh baginda & diteruskan oleh umatnya adalah manhaj kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT untuk pengimarahan bumi. W/A
1/ Awal pagi tadi berlaku kejadian yang menggemparkan Penjajah Israel apabila 6 orang tawanan Palestin berjaya membebaskan diri mereka daripada penjara yang paling ketat di Israel, Gilboa dengan menggali terowong dari dalam penjara. Alhamdulillah!
2/ Tawanan yang berjaya melepaskan diri:
4 orang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah, 46 tahun. Muhammad Al-Aridah, 39 tahun. Ya'qub Qadiri, 39 tahun. Iham Kamamji, 35 tahun.
2 orang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi 45 tahun & Munadil 26 tahun.
3/ Gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara.
Jenis, Punca & Rawatan Al-'Ishq (Excessive Love) Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah :
1- Al-Ishq adalah penyakit hati dan ia berbeza daripada penyakit lain pada sudut hakikatnya, ciri cirinya dan rawatannya. Kata Imam Ibn Qayyim jika al-'ishq telah kukuh di dalam hati maka
ia menjadi sukar untuk doktor mengubatinya dan semakin sukar juga untuk orang yang mengalaminya untuk mencari penawarnya.
2- Antara jenis ishq adalah حب الصور (mencintai rupa). Ini ujian yang akan menimpa pada hati yang leka & kosong daripada kecintaan kepada Allah SWT.
Jika hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT dan pertemuan denganNya maka cinta kepada rupa akan dapat dikawal dan ditolak.
Ini yang berlaku pada Nabi Yusuf a.s iaitu baginda berjaya godaan cinta Isteri Al-Aziz kepada baginda dengan sebab ikhlas dan cinta kepada Allah SWT.
Setelah 9 hari bergelut dengan kematian sebentar tadi penembak tepat tentera Zionis yang ditembak di kepala oleh seorang lelaki Gaza diumumkan meninggal dunia. Selamat menuju ke neraka jahannam. Pelurumu telah banyak membunuh rakyat Palestin & mencederakan mereka. #IsraeliCrime
Kejadian tembakan minggu lepas di sempadan Gaza. Ketika perarakan memperingati peristiwa pembakaran Masjidil Aqsa.
Setakat beberapa bulan aktif di twitter saya ada menulis beberapa bebenang yang berkaitan dengan quran, syariah, sejarah islam, isu² Palestin dan lain lain.
Semoga penulisan ini dapat berikan manfaat kepada semua. Ameen. InsyaAllah.✨
Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran. Projek penulisan Ramadan 2020. Sehingga hari ini masih lagi tersebar & dimanfaatkan. Alhamdulillah.
Ada seorang sahabat bertanya saya hukum sujud syukur bagi wanita yang haidh. Pendapat jumhur tidak membenarkan sebab sujud adalah dari jenis solat - perlukan wudhu & mengadap kiblat. Disebabkan wanita yang uzur tak boleh lakukan solat, maka tak boleh lakukan sujud syukur.
Tetapi pendapat minoriti adalah sujud syukur bukan dari jenis solat tetapi zikir - tak perlukan wudhu' dan mengadap kiblat maka wanita yang haidh boleh laksanakan sujud syukur. Masing² ada hujahnya. Tapi point of clash yang sebenar adalah pada pengklasifikasian sujud syukur itu
adakah ianya mengambil hukum seperti solat ataupun zikir sahaja? Sebabkan bukan nak mengajar fiqh muqaran (fiqh perbandingan) maka jawapannya adalah wanita yang haidh tak boleh lakukan sujud syukur berdasarkan pendapat jumhur. Sebab yang bertanya nak tahu boleh atau tidak sahaja.