Jenis, Punca & Rawatan Al-'Ishq (Excessive Love) Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah :

1- Al-Ishq adalah penyakit hati dan ia berbeza daripada penyakit lain pada sudut hakikatnya, ciri cirinya dan rawatannya. Kata Imam Ibn Qayyim jika al-'ishq telah kukuh di dalam hati maka
ia menjadi sukar untuk doktor mengubatinya dan semakin sukar juga untuk orang yang mengalaminya untuk mencari penawarnya.

2- Antara jenis ishq adalah حب الصور (mencintai rupa). Ini ujian yang akan menimpa pada hati yang leka & kosong daripada kecintaan kepada Allah SWT.
Jika hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT dan pertemuan denganNya maka cinta kepada rupa akan dapat dikawal dan ditolak.

Ini yang berlaku pada Nabi Yusuf a.s iaitu baginda berjaya godaan cinta Isteri Al-Aziz kepada baginda dengan sebab ikhlas dan cinta kepada Allah SWT.
3- Dua unsur yang membina cinta; استحسان للمعشوق (merasai kebaikan orang yang dicintai) & طمع في الوصول إليه (keinginan untuk memilikinya). Andai hilang salah satu sebab ini akan hilanglah rasa cinta. Al-ishq adalah penyakit maka ia boleh diubati & ada pelbagai cara mengubatinya.
4- Jenis Jenis Cinta :

4.1 Cinta yang paling tinggi dan mulia; cinta kepada Allah dan rasulNya. Cinta ini menjadikan seseorang mencinta apa yang dicintai oleh Allah & RasulNya dan membenci apa yang dibenci oleh mereka. Cinta ini mengatasi segala galanya di dunia.
4.2 Cinta kerana persamaan cara hidup, agama, mazhab, bangsa, pekerjaan dan lain lain. Antaranya; cinta terhadap seseorang untuk mendapatkan sesuatu daripadanya sama ada harta, kedudukan, ilmu atau mencapai apa apa tujuan. Ini adalah cinta yang bersifat luaran dan sementara.
Andai telah tercapai tujuan tersebut maka berakhirlah rasa cinta.

Kata Ibn Qayyim :

فَإِنَّ مَنْ وَدَّكَ لِأَمْرٍ، وَلَّى عَنْكَ عِنْدَ انْقِضَائِهِ.

"Sesungguhnya sesiapa yang mencintaimu kerana sesuatu tujuan maka dia akan berpaling darimu setelah tercapai tujuan itu."
5. Rawatan Al-'Ishq

5.1 Jika tidak ada apa apa halangan dari sudut syarak dan qadar (ketentuan Allah) maka penawarnya adalah dengan berkahwin seperti galakan Nabi SAW terhadap pemuda pemuda seperti dalam hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim. Ini adalah penawar yang utama.
Penawar yang kedua sebagai alternatif yang pertama adalah dengan berpuasa untuk menahan nafsu. Tidak boleh beralih kepada penawar kedua ini melainkan jika benar benar tidak mampu yang pertama. Hendaklah seseorang berusaha untuk berkahwin kerana itulah penawar yang sebenar.
5.2 Jika terdapat halangan pada kedua dua sudut syarak dan juga qadar seperti menghidap penyakit yang kronik ataupun kerana wanita tersebut isteri orang ataupun ianya mustahil kerana perbezaan darjat, maka penawarnya adalah dengan merasa 'putus asa' daripada berharap kepadanya.
Kata Ibn Qayyim :

فَإِنَّ النَّفْسَ مَتَى يَئِسَتْ مِنَ الشَّيْءِ، اسْتَرَاحَتْ مِنْهُ، وَلَمْ تَلْتَفِتْ إِلَيْهِ،

"Kerana sesungguhnya jiwa tatkala merasa putus asa daripada sesuatu ia akan merasa tenang daripada mengingatinya dan tidak akan menoleh ke arahnya."
5.3 Jika cara tersebut tidak berkesan maka jiwa itu telah tersasar dari tabiatnya yang betul. Maka dia perlu menggunakan cara akal pula iaitu dengan mengingatkan diri bahawa keterikatan hati terhadap sesuatu yang mustahil adalah kegilaan. Orang yang melakukannya adalah seperti
seseorang yang mencintai matahari dan jiwanya ingin sampai kepadanya dan berdera bersamanya di orbitnya tetapi tidak mungkin untuk dia sampai kepadanya. Perkara seperti ini tidak akan dapat dilakukan oleh mana mana makhluk sekalipun.
5.4 Jika halangan tersebut bukan dari sudut syarak tetapi qadar iaitu Allah belum mengizinkannya maka penawarnya adalah dengan menjauhi orang yang dicintai. Hendaklah dia merasai itu adalah mustahil untuk dirinya seperti perkara mustahil yang lain.
5.5 Jika penawar tersebut tidak berkesan juga maka hendaklah dia mengingati keburukan dalam memberikan harapan pada sesuatu yang mustahil kerana perkara ini amatlah merosakkan kehidupan dunia dan menghalang kebaikan padanya.
Kata Imam Ibn Qayyim :

فَإِنَّهَا تَحُولُ بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ رُشْدِهِ الَّذِي هُوَ مِلَاكُ أَمْرِهِ، وَقِوَامُ مَصَالِحِهِ.

"Perkara ini akan menghalang seseorang hamba daripada kebijaksanaan dirinya yang merupakan penentu bagi urusannya dan asas bagi kebaikannya."
5.6 Jika tidak berjaya juga hendaklah dia mengingati keburukan dan kekurangan orang yang dicintainya sehingga dia dapat menjauhinya. Andai melakukannya maka dia akan menjumpai berkali kali ganda keburukan daripada kebaikan. Hendaklah dia bertanya kepada jiran dan orang yang
mengenali orang yang dicintainya apakah kekurangannya. Sebagai mana kebaikan menjadi sebab kecintaan begitu juga kekurangan menjadi sebab kebencian & kerenggangan. Jangan tertipu dengan luaran. Hendaklah dia melangkaui daripada keindahan rupa kepada keburukan hati dan perbuatan.
Penawar Terakhir

5.7 Andai segala cara ini tidak berjaya untuk merawat al-'ishq maka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan:

صدق الملجأ إِلى من يجيب الْمضطر إِذا دعاه

"bersungguh kembali kepada Dia yang memperkenakan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya.
وليطرح نفسه بين يديه على بابه مستغيثا به متضرعا، متذللا، مستكينا. فمتى وفق لذلك فقد قرع باب التوفيق.

Maka hendaklah dia mencampakkan dirinya ke pangkuanNya di pintuNya dalam keadaan memohon pertolongan denganNya dengan penuh ketundukan, kerendahan diri dan penyerahan.
Tatkala dia dipermudahkan untuk melakukannya maka dia telah mengetuk pintu taufiq.

فليعف وليكتم، ولا يشبب بذكر المحبوب، ولا يفضحه بين الناس ويعرضه للأذى، فإنه يكون ظالما معتديا.

Hendaklah dia menjaga kehormatan diri & menyembunyikan rasa cinta & tidak memperbanyakkan menyebut
tentang orang yang dicintainya dan hendaklah dia tidak menyebarkan rahsia orang tersebut kepada orang dan mendedahkannya kepada kemudaratan kerana dengan melakukan itu dia telah berlaku zalim dan melampaui batas."

Sumber: Tibb Al-Nabawi, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, m/s 201 - 207.
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada cinta yang berlebihan kepada makhluk dan menjadikan cinta kepadaNya dan rasulNya melebihi segala galanya buat kita. Ameen.

Ikuti perkongsian di telegram :

t.me/fakhrifadzli

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

6 Sep
Prison Break : Versi Palestin

1/ Awal pagi tadi berlaku kejadian yang menggemparkan Penjajah Israel apabila 6 orang tawanan Palestin berjaya membebaskan diri mereka daripada penjara yang paling ketat di Israel, Gilboa dengan menggali terowong dari dalam penjara. Alhamdulillah!
2/ Tawanan yang berjaya melepaskan diri:

4 orang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah, 46 tahun. Muhammad Al-Aridah, 39 tahun. Ya'qub Qadiri, 39 tahun. Iham Kamamji, 35 tahun.

2 orang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi 45 tahun & Munadil 26 tahun.
3/ Gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara.
Read 18 tweets
31 Aug
'Ishq (cinta berlebihan) ini benar benar penyakit.

Contoh dalam sejarah ialah cinta Qais bin Mulawwah terhadap Laila sehingga beliau digelar majnun (orang gila) kerana cinta tersebut.

Cinta yang menyebabkan beliau hilang arah tujuan & mati dalam kesedihan.
Antara syair beliau :

وزادني كلفا في الحب أن منعت
أحب شيء إلى الإنسان ما منعا

"dan yang menambahkan penyeksaan dalam cinta adalah apabila aku terhalang, perkara yang paling dicintai oleh insan adalah apa yang dirinya dihalangi."
أكابد أحزاني وناري وحرقتي
ووصلك يا ليلى أراه بعيد

"Aku memendam kesedihanku, apiku dan kehangatanku, dan untuk sampai kepadamu wahai Laila aku melihatnya jauh."
Read 11 tweets
31 Aug
Surah Al-Baqarah merupakan surah yang terpanjang di dalam Al-Quran dengan 286 ayat.

Topik dan perbahasannya boleh dibahagikan kepada tema, mukadimah, dua topik dan penutup.

Teruskan membaca ⬇️
• Tema Surah : penjelasan tentang asas asas bagi pengimarahan bumi.

Tugas dan tanggungjawab ini juga telah dilucutkan daripada Bani Israel dan diserahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan khaira ummah (sebaik baik umat).
• Mukadimah : Ayat 1-39.

Menjelaskan tentang pembahagian manusia kepada tiga golongan; orang Islam, orang kafir dan orang munafik serta sifat sifat mereka. Kemudian ayat ayat ini menjelaskan asas bagi pengimarahan bumi.
Read 7 tweets
30 Aug
Setelah 9 hari bergelut dengan kematian sebentar tadi penembak tepat tentera Zionis yang ditembak di kepala oleh seorang lelaki Gaza diumumkan meninggal dunia. Selamat menuju ke neraka jahannam. Pelurumu telah banyak membunuh rakyat Palestin & mencederakan mereka. #IsraeliCrime
Kejadian tembakan minggu lepas di sempadan Gaza. Ketika perarakan memperingati peristiwa pembakaran Masjidil Aqsa.

Rakaman saat saat tembakan dilakukan oleh lelaki Gaza tersebut.

Read 4 tweets
30 Aug
Bebenang penulisan saya di twitter.

Setakat beberapa bulan aktif di twitter saya ada menulis beberapa bebenang yang berkaitan dengan quran, syariah, sejarah islam, isu² Palestin dan lain lain.

Semoga penulisan ini dapat berikan manfaat kepada semua. Ameen. InsyaAllah.✨
Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran. Projek penulisan Ramadan 2020. Sehingga hari ini masih lagi tersebar & dimanfaatkan. Alhamdulillah.
Read 21 tweets
29 Aug
Ada seorang sahabat bertanya saya hukum sujud syukur bagi wanita yang haidh. Pendapat jumhur tidak membenarkan sebab sujud adalah dari jenis solat - perlukan wudhu & mengadap kiblat. Disebabkan wanita yang uzur tak boleh lakukan solat, maka tak boleh lakukan sujud syukur.
Tetapi pendapat minoriti adalah sujud syukur bukan dari jenis solat tetapi zikir - tak perlukan wudhu' dan mengadap kiblat maka wanita yang haidh boleh laksanakan sujud syukur. Masing² ada hujahnya. Tapi point of clash yang sebenar adalah pada pengklasifikasian sujud syukur itu
adakah ianya mengambil hukum seperti solat ataupun zikir sahaja? Sebabkan bukan nak mengajar fiqh muqaran (fiqh perbandingan) maka jawapannya adalah wanita yang haidh tak boleh lakukan sujud syukur berdasarkan pendapat jumhur. Sebab yang bertanya nak tahu boleh atau tidak sahaja.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(