Katakanlah korang lalu lalang di kawasan tasik. Contohnya tasik di kawasan rumah aku yakni Taman Tasik Cempaka di Bangi (a.k.a Taman Tasik Maksiat). Korang perasan tak bau air tasik ni agak berbau tak macam di sungai dan laut?
Benda ni buat aku teringat masa semasa tahun ketiga aku di universiti, aku telah terlibat dengan program SASET di mana kami perlu menanam anak pokok hutan dek kebakaran di hutan sekitar Tasik Bera. Seterusnya, kami bergerak ke Tasik Bera untuk kajian lapangan kami.
Air di situ, sekalipun air paip mahupun tandas awam, pasti berbau seperti tasik. Memang bau tasik kaw kaw.
Jadi, kenapa air tasik berbau busuk? Inilah apa yang membuatkan aku terfikir sepanjang kajian lapangan itu dibuat.
Tasik, sekalipun ia tak mempunyai sebarang kemasukan air pembentung mahupun hasil agrikultur tetap akan membusuk. Perkara ini terjawab setelah aku melakukan satu eksperimen ringkas bernama ‘kolumn Winogradsky’.
Secara amnya, sampel tanah daripada kawasan terpilih akan dimasukkan dalam sebuah balang dan kemudiannya diisi dengan air. Selepas itu, ia akan dibiarkan untuk beberapa minggu. Hasilnya, tanah yang terisi itu akan mula berubah sifatnya berdasarkan lapisan lapisan tertentu.
Tapi, apa yang menyebabkan ia berubah menjadi lapisan berlainan? Jawapannya ialah bakteria dan plankton. Umum diketahui, lain bakteria lain sifatnya. Ada bakteria yang memerlukan oksigen untuk hidup (aerobik), ada yang tak perlukan oksigen (anaerobik)
-dan ada juga yang boleh makan besi. Bakteria bakteria sebeginilah yang mengubah sifat tanah tersebut. Selalunya dalam tanah yang subur atau produktif, ia akan mempunyai nutrient seperti karbon (pokok reput dan cengkerang haiwan) dan sulfur (bangkai dan tahi haiwan).
Tindak balas bakteria aerobik/anaerobik terhadap nutrient ini menyebabkan terciptanya lapisan tanah tersebut. Semakin dekat ia dengan cahaya matahari, semakin banyak bakteria aerobik.
Semakin jauh ia daripada cahaya, seperti dasar kolumn Winogradsky, semakin banyak bakteria anaerobik tertumpu di situ.
Disebabkan bakteria anaerobik ini tak menggunakan oksigen untuk proses respirasi, maka mereka menggunapakai sumber lain – sulfat.
Sekiranya proses respirasi aerobik menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan buangan, hidrogen sulfida pula ialah bahan buangan untuk bakteria anaerobik tersebut. Hidrogen sulfida inilah punca bau busuk telur tembelang dan juga bau tasik.
Tapi, disebabkan ia terperangkap dalam tanah, komponen busuk ini akan bertindak balas dengan besi dan menghasilkan besi sulfida. Yang warna hitam dalam tanah tu selalunya besi sulfida lah.
Walaupun kolumn Winogradsky adalah lebih terhadap proses kejadian lapisan tanah, pembentukan tasik yang berbau juga boleh dikatakan melalui proses yang lebih kurang sama. Sekiranya tasik itu cetek, ia takkan berbau sebab jumlah oksigen dan cahaya yang banyak dalam air.
Ingat, untuk hasilkan tasik busuk kita perlukan hidrogen sulfida daripada bakteria yang tak perlukan oksigen. Begitu juga dengan tasik bergaram dan tasik beku.
Yang ni bukan semua bakteria boleh hidup dalam kawasan yang tersebut dan sebab tu tak bau busuk. Macam ikan masin yang tak reput sebab bakteria tak boleh hidup.
Macam aku sebut dalam kolumn Winogradsky, semakin dekat takat air itu dengan cahaya matahari, semakin banyak bakteria aerobik yang ada. Semakin bawah, semakin banyak bakteria kurang oksigen. Jadi, ia juga mempunyai dua lapisan bakteria seperti tanah dalam kolumn Winogradsky.
Ditambah lagi dengan semua bahan reput yang terdampar di dasar tasik, maka jumlah bakteria anaerobik yang menggunakan sulfat pun banyak. Hasilnya, banyak besi sulfida yang terhasil dan tasik berbau busuk.
Oleh itu, kita perlukan tasik yang dalam, di mana cahaya matahari hanya boleh tembus pada kedalaman tertentu.
Boleh tengok contoh gambar ni. Fotik merujuk kepada zon yang ditembusi cahaya dan afotik zon yang tak ditembusi cahaya.
Tapi disebabkan bakteria dan kandungan bahan bio yang tinggi dalam tasik, maka tasik ni juga merupakan kawasan yang sangat subur untuk penanaman. Benda ni sebenarnya dieksploit oleh orang Aztec, tapi ni cerita hari lain lah.
Selain tasik, muara sungai dan estuari pun agak subur. Ni video sains aku buat masa buat kajian lapangan produktiviti tanah di sungai sekitar Kuantan. Hasilnya, kawasan muara sungai paling banyak kandungan DNA sekeliling a.k.a sangat produktif.
RUJUKAN:
P/S: Aku tak ingat dah bila kali terakhir aku buat rajutan ilmiah di Twitter. Macam nak dekat setahun dah. Ni kira paling lama aku kena writer's block sebab tiada inspirasi punya pasal kahkah. Anyway, welcome back to my dear old, ultra productive self I guess.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pengguna Twitter hanya merangkumi 30% daripada total rakyat Malaysia, dalam 2 juta lebih. Sedangkan FB pula merangkumi 70% rakyat Malaysia, dalam 20 juta lebih. Kebanyakan pengguna Twitter adalah golongan urban dan orang muda. FB pula urban dan luar bandar, golongan tua dan muda.
Jadi sebab tu walau bangang macam mana pun pengguna FB, sentimen mereka boleh diterjemahkan kepada pandangan majoriti rakyat Malaysia, sedangkan Twitter tidak. Pandangan pengguna yang kebanyakannya urban dan muda ni terlalu kecil untuk mewakili pandangan total rakyat kita.
Ya, faham marah dengan Sultan, tapi kot ya pun marah dengan Sultan yang deme pergi angkat Jebat sebagai hero tu dah kenapa? Kalau pernah baca Hikayat Hang Tuah, mesti korang takkan 'hero' kan Jebat.
Hang Jebat dalam filem =/= Hang Jebat ori dalam Hikayat Hang Tuah.
Hang Jebat dalam HHT, masa dia mengamuk tuntut dendam atas nama Tuah tu langsung takde unsur marhaen. Masa dia mengamuk tu, ribuan orang awam tak berdosa dibunuh Jebat. Tak cukup lagi, dia berzina dan rogol dayang istana. Haa, inilah 'hero' kalian.
Jebat bukan berjuang untuk marhaen pun, lebih kepada mengamuk atas nama Tuah je sambil rampas takhta Sultan sebagai tanda memberontak. Itu je la dia buat. Kira agak 'wasted potential' sebenarnya.
Aku baru perasan sebenarnya senang je nak bezakan orang Indonesia di Malaysia dari mana, sama ada Sumatra, pulau Jawa atau Kalimantan.
Tengok kefasihan diorang cakap dialek Johor Riau dan Borneo macam mana.
Macam contoh pensyarah aku dekat UIA orang Indo, tapi sangat fasih cakap Melayu Johor-Riau. Aku ingat tu orang Malaysia dah. Rupanya orang Minang Bukittinggi. Pensyarahnya pun bagus 👍.
Bekas pekerja kedai makan aku dulu pun sama. Orang Medan, tapi cepat serap dialek Johor Riau.
Kalimantan tak payah sebut la sebab memang berkongsi dialek Sabah dan Sarawak.
Orang Indo Pulau Jawa, walaupun dah lama hidup di Malaysia, selalunya masih ada bunyi Jawa lagi. Sama macam orang Jawa Melayu di Malaysia.
Cakap pasal kes perempuan masuk rumah lelaki bukan mahram ni, teringat aku dengan kisah bodo aku pergi cari kedai seruling buluh dekat KL.
Kisah yang bermula sebab aku minat nak main seruling, tapi di hujungnya jadi detik 'holy shit what the hell' 😂
Waktu tu dalam tahun 2016 tak silap dan aku kena racun dengan member perempuan aku untuk main seruling. Al maklumla sama kelab seni. Jadi, aku pun pergi la KL. Cumanya, tak banyak kedai yang jual seruling buluh. Cari punya cari dekat google, akhirnya jumpa satu kedai cina ni.
Aku tak ingat kedai ni dekat mana, tapi dalam lingkungan trek LRT Putra Heights - Gombak. Lepas sesat banyak kali, akhirnya jumpa kedai tu dekat kawasan kedai deret. Aku pun tanya la orang situ kedai tu kat mana tapi semua tak tahu sampai la aku tanya seorang amoi cina lawa ni.
“Bro makan dulu glukosa ni sebelum lari, tak pun Power Bar, nanti kejang perut tu kurang.”
“Jangan makan banyak sangat, nanti perut kejang waktu lari.”
Pernah dengar dialog ni waktu merentas desa?
Ini ialah dialog yang kerap kali aku dengar sewaktu pertandingan merentas desa di sekolah lama aku, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Memang benar, petua daripada mereka ni berjaya kurangkan masalah perut kejang pada sisi perut, tapi kejangnya tetap ada.
Ini mencetuskan persoalan kepada aku semasa zaman tersebut. Kenapa perkara ini berlaku?
Setelah aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Biologi, barulah aku tahu punca utama masalah ini.
Selalu kita tengok manusia berkulit biru macam filem Avatar dan kartun Smurf, tapi korang tahu tak penyakit kulit biru ni memang ada?
Sekitar 2008, seorang rakyat Amerika Syarikat telah menjadi sensasi internet apabila kulitnya bertukar menjadi kebiruan. Bagi sesetengah orang, barangkali ini hanyalah gimik internet mahupun solek kesan khas.
Namun, bagi Paul Karason yang mempunyai masalah tersebut, barangkali dia berharap benar bahawa kulitnya menjadi biru kerana kesan solek.
Apabila dia menjelmakan diri di pentas, kulitnya kebiruan seperti Smurf dan kaum Na’vi (Avatar), bukan biru yang membengkak.