1- Ini adalah cara yang berlebih lebihan untuk mempromosikan kelas tajwid.
Tidak dinafikan kepentingan tajwid dan makhraj tetapi ia tidaklah sampai ke tahap menghalang kemakbulan doa andai kita tersilap dalam sebutan.
Teruskan⬇️
2- Adakah doa yang dibaca tanpa sebutan yang betul tidak dimakbulkan?
Fatwa Imam Ibn Taimiyyah :
عن رجل دعا دعاء ملحونا، فقال له رجل: ما يقبل الله دعاء ملحونا، وأما من دعا الله مخلصا له الدين بدعاء جائز سمعه الله وأجاب دعاه، سواء كان معربا أو ملحونا، والكلام المذكور لا أصل له.
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berdoa dengan melakukan kesalahan tatabahasa. Seorang lelaki lain berkata; Allah SWT tidak akan menerima doa yang salah dari sudut tatabahasa."
Jawab Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah :
"Adapun orang yang berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dengan doa yang diharuskan, Allah akan mendengar doanya dan mengabulkan doanya; sama ada ianya tepat dari sudut tatabahasa ataupun salah. Maka kata kata itu tidak ada asas."
Kata beliau lagi :
فإن أصل الدعاء من القلب، واللسان تابع للقلب، ومن جعل همته في الدعاء تقويم لسانه أضعف توجه قلبه. ولهذا يدعو المضطر بقلبه دعاء يفتح عليه، لا يحضره قبل ذلك.
"Sesungguhnya asas doa adalah dari hati & lidah mengikuti hati. Barang siapa menjadikan perhatiannya
ketika berdoa adalah untuk membetulkan lidahnya maka itu akan melemahkan kesungguhan hatinya. Maka sebab itulah orang yang dalam kesusahan [perlu] berdoa dengan apa apa doa yang dilhamkan kepadanya dan bukan menyediakan doa sebelum berdoa."
وهذا أمر يجده كل مؤمن في قلبه، والدعاء يجوز بالعربية وبغير العربية، والله سبحانه يعلم قصد الداعي ومراده، وإن لم يقوم لسانه فإنه يعلم ضجيج الأصوات باختلاف اللغات على تنوع الحاجات.
"Dan perkara tersebut didapati oleh setiap orang mukmin di dalam hatinya. Doa dibenarkan dalam
bahasa Arab dan selain bahasa Arab. Allah mengetahui tujuan dan niat orang yang berdoa. Sekalipun dia tidak membetulkan lidahnya sesungguhnya Allah memahami riuh rendah suara dalam perbezaan bahasa dan dalam kepelbagaian hajat."
3- Saya bersetuju bahawa kita perlu belajar dan betulkan tajwid dan makhraj agar kesilapan kesilapan tersebut tidak membawa kepada perubahan makna atau menyebabkan terbatal solat tetapi ia tidaklah sampai ke tahap menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan andai ada kesilapan.
4- Allah tidak melihat semata mata kepada lafaz & sebutan doa tetapi melihat kepada kesungguhan & keikhlasan hati seseorang dalam bermohon kepadaNya. Bahkan berdoa dalam apa apa bahasa sekalipun dibolehkan kerana Allah memahami segala pertuturan. w'alam.
Orang yang dah mati pun tidak selamat dari kejahatan Zionis.
Semalam dengan menggunakan jentolak, Zionis mengorek dan meratakan Perkuburan Yusufiyyah milik orang Islam di Al-Aqsa Dengan tujuan untuk membina taman!
Gambar menunjukkan tulang² dari sebuah kubur yang telah digali.
Laptop_amanah selalu ada iklan di ig story. Nampak seolahnya meyakinkan sebab dia tunjuk ss bank in, penghantaran, review 'orang yang beli'. Tapi semua tu penipuan. Harap dapat berhati hati. Scammer macam ini akan terus mencari mangsa baru.
Pada tahun 2007 Lars Vilks melukis karikatur menghina Nabi Muhammad.
Sejak daripada itu dia berada dalam perlindungan polis kerana ancaman bunuh. Semalam dia mati setelah kereta polis yang dinaikinya bertembung dengan lori.
Allah SWT tidak akan membiarkan kekasihNya dihina.
Bagaimana Dalam Sejarah Allah SWT Membalas Mereka Yang Menghina Baginda?
1. Kisah Rom & Parsi.
Nabi Muhammad SAW menghantar surat kepada Raja Rom & Raja Parsi untuk menyeru mereka berdua kepada Islam. Kedua dua mereka menolak Islam tetapi Raja Parsi menghina & mengoyakkan surat
baginda maka Allah SWT menghancurkan kerajaan mereka sehingga tidak tinggal sebarang pemerintahan.
Manakala Raja Rom (Caesar) memuliakan surat baginda bahkan meletakkannya dalam kotak emas dan surat itu diwarisi oleh raja raja selepas itu. Kerajaan mereka kekal beratus tahun.
Semalam @IDF menyalakan lampu pink sebagai solidariti terhadap pesakit kanser.
Ironinya adalah mereka membunuh puluhan pesakit kanser Palestin.
Setiap tahun @Israel menolak 50% permohonan rakyat Gaza untuk keluar mendapatkan rawatan & turut menghalang kemasukan ubat ubatan.
Muhammad Abu Taha (21 Tahun), penghidap kanser usus. Ketika sampai ke sempadan Gaza bersama ayahnya pihak berkuasa Israel menahan ayahnya dan menghalang Muhammad daripada keluar. 10 hari selepas itu Muhammad meninggal dunia. #IsraeliCrimes#IsraeliApartheid#IsraeliTerrorists
Mac 2017. Khudul Al-Saidni (36 tahun), pesakit kanser & ibu kepada 2 orang anak. Beliau memohon visa untuk keluar mendapatkan rawatan di Al-Quds. Tetapi permohonan beliau tidak diluluskan dan beliau kemudian meninggal dunia. #IsraeliCrimes#IsraeliApartheid#IsraeliTerrorists