Pada tahun 2007 Lars Vilks melukis karikatur menghina Nabi Muhammad.
Sejak daripada itu dia berada dalam perlindungan polis kerana ancaman bunuh. Semalam dia mati setelah kereta polis yang dinaikinya bertembung dengan lori.
Allah SWT tidak akan membiarkan kekasihNya dihina.
Bagaimana Dalam Sejarah Allah SWT Membalas Mereka Yang Menghina Baginda?
1. Kisah Rom & Parsi.
Nabi Muhammad SAW menghantar surat kepada Raja Rom & Raja Parsi untuk menyeru mereka berdua kepada Islam. Kedua dua mereka menolak Islam tetapi Raja Parsi menghina & mengoyakkan surat
baginda maka Allah SWT menghancurkan kerajaan mereka sehingga tidak tinggal sebarang pemerintahan.
Manakala Raja Rom (Caesar) memuliakan surat baginda bahkan meletakkannya dalam kotak emas dan surat itu diwarisi oleh raja raja selepas itu. Kerajaan mereka kekal beratus tahun.
Ibn Hajar meriwayatkan dari Saifuddin Falih Al-Mansuri bahawa Raja Rom menunjukkan kepada beliau sebuah kotak disaluti emas dan mengeluarkan daripadanya bekas emas.
Di dalam bekas terdapat sebuah surat yang telah hilang kebanyakan tulisannya. Surat tersebut diikat sutera.
Kat Raja tersebut :
“Ini adalah surat nabi kalian kepada moyangku Caesar. Kami terus mewarisinya sehingga sekarang. Bapa² kami mewasiatkan bahawa jika surat ini berada bersama kami, kerajaan kami akan kekal. Maka kami menyimpan surat ini dan merahsiakannya dari orang Kristian.”
2. Kisah Utbah bin Abu Lahab.
Abu Lahab dan anaknya Utbah membuat persiapan untuk pergi ke Sham.
Sebelum pergi ke sana, Utbah pergi bertemu dengan nabi untuk mencela baginda.
Nabi mendoakan Utbah,
اللهم سلط عليه كلبا من كلابك
“Ya Allh kirimkan binatang buas ke atasnya”
Ketika kembali kepada Abu Lahab, Utbah menceritakan tentang doa tersebut.
Abu Lahab sangat terkejut & berkata,
يا بني، والله ما آمن عليك دعائه!
“Wahai anakku, kau tidak akan sesekali selamat daripada doa beliau!”
Mereka memulakan perjalanan ke Sham dan singgah di sebuah lembah yang dipenuhi singa.
Abu Lahab berkata,
“Demi Allah kalian tahu usia lanjutku dan anakku telah didoakan dengan doa yang dia tidak akan selamat. Kumpulkan barang² kalian di sekeliling kita dan lindungi anakku.”
Pada waktu malam datang sekumpulan singa dan menghidu setiap ahli kafilah. Tetapi singa² tersebut tidak mengapa apakan mereka.
Utbah sedang berada di atas barang² dan akhirnya berjaya dihidu oleh singa² tersebut dan dia telah diterkam dan kepalanya dibaham sehingga tercabut!
Kata Abu Lahab :
قد عرفت أنه لا يتفلت من دعوة محمد
“Sesungguhnya aku mengetahui bahawa Utbah tidak akan selamat daripada doa Muhammad!”
- Tafsir Ibn Kathir.
3. Allah SWT melindungi baginda dengan dibunuh mereka yang menghina baginda.
- Kaab bin Asyraf, Yahudi yang menghina Nabi SAW. Dia dibunuh oleh sesorang dengan dicekik.
- Ummul Walad. Dibunuh oleh tuannya yang buta setelah dia menghina baginda.
- Abu Jahal. Dibunuh oleh Muaz.
4. Allah SWT mengubah sunnah alam untuk melindungi baginda.
Ketika baginda dihidangkan daging kambing beracun oleh wanita Yahudi, baginda merasanya tanpa menelannya tulang daging tersebut memberitahu bahawa ia diracun.
Wanita Yahudi tersebut dipanggil dan dia mengaku.
5. Dalam peperangan jika musuh menghina baginda itu adalah tanda kemenangan akan hampir.
Imam Ibn Taimiyyah menceritakan bahawa dalam sebuah peperangan mereka telah mengepung sebuah kota milik musuh selama sebulan atau lebih sehingga mereka hampir ingin berputus asa.
Sehinggalah penduduk kota tersebut mencela baginda atau menyentuh kehormatan baginda maka pembukaan kota tersebut menjadi pantas.
Dalam masa 1-2 hari kota tersebut akan jatuh ke tangan orang Islam. Menurut Ibn Taimiyyah peristiwa seperti ini berlaku berulang ulang kali.
Benarlah Firman Allah SWT :
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.”
Semalam @IDF menyalakan lampu pink sebagai solidariti terhadap pesakit kanser.
Ironinya adalah mereka membunuh puluhan pesakit kanser Palestin.
Setiap tahun @Israel menolak 50% permohonan rakyat Gaza untuk keluar mendapatkan rawatan & turut menghalang kemasukan ubat ubatan.
Muhammad Abu Taha (21 Tahun), penghidap kanser usus. Ketika sampai ke sempadan Gaza bersama ayahnya pihak berkuasa Israel menahan ayahnya dan menghalang Muhammad daripada keluar. 10 hari selepas itu Muhammad meninggal dunia. #IsraeliCrimes#IsraeliApartheid#IsraeliTerrorists
Mac 2017. Khudul Al-Saidni (36 tahun), pesakit kanser & ibu kepada 2 orang anak. Beliau memohon visa untuk keluar mendapatkan rawatan di Al-Quds. Tetapi permohonan beliau tidak diluluskan dan beliau kemudian meninggal dunia. #IsraeliCrimes#IsraeliApartheid#IsraeliTerrorists
1/ Awal pagi tadi berlaku kejadian yang menggemparkan Penjajah Israel apabila 6 orang tawanan Palestin berjaya membebaskan diri mereka daripada penjara yang paling ketat di Israel, Gilboa dengan menggali terowong dari dalam penjara. Alhamdulillah!
2/ Tawanan yang berjaya melepaskan diri:
4 orang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah, 46 tahun. Muhammad Al-Aridah, 39 tahun. Ya'qub Qadiri, 39 tahun. Iham Kamamji, 35 tahun.
2 orang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi 45 tahun & Munadil 26 tahun.
3/ Gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara.
Jenis, Punca & Rawatan Al-'Ishq (Excessive Love) Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah :
1- Al-Ishq adalah penyakit hati dan ia berbeza daripada penyakit lain pada sudut hakikatnya, ciri cirinya dan rawatannya. Kata Imam Ibn Qayyim jika al-'ishq telah kukuh di dalam hati maka
ia menjadi sukar untuk doktor mengubatinya dan semakin sukar juga untuk orang yang mengalaminya untuk mencari penawarnya.
2- Antara jenis ishq adalah حب الصور (mencintai rupa). Ini ujian yang akan menimpa pada hati yang leka & kosong daripada kecintaan kepada Allah SWT.
Jika hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT dan pertemuan denganNya maka cinta kepada rupa akan dapat dikawal dan ditolak.
Ini yang berlaku pada Nabi Yusuf a.s iaitu baginda berjaya godaan cinta Isteri Al-Aziz kepada baginda dengan sebab ikhlas dan cinta kepada Allah SWT.
Surah Al-Baqarah merupakan surah yang terpanjang di dalam Al-Quran dengan 286 ayat.
Topik dan perbahasannya boleh dibahagikan kepada tema, mukadimah, dua topik dan penutup.
Teruskan membaca ⬇️
• Tema Surah : penjelasan tentang asas asas bagi pengimarahan bumi.
Tugas dan tanggungjawab ini juga telah dilucutkan daripada Bani Israel dan diserahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan khaira ummah (sebaik baik umat).
• Mukadimah : Ayat 1-39.
Menjelaskan tentang pembahagian manusia kepada tiga golongan; orang Islam, orang kafir dan orang munafik serta sifat sifat mereka. Kemudian ayat ayat ini menjelaskan asas bagi pengimarahan bumi.