Soul Profile picture
22 Nov, 15 tweets, 3 min read
Sebelum berniaga, belajarlah bahasa yang halus. Belajar juga cara-cara menjadi lebih persuasif dekat orang sekeliling.

Aku pernah ada pengalaman dengan seorang penjual yang buruk budi bahasanya.

Ya Allah geram juga bila teringat balik peristiwa tu😤.

Kisahnya macam ni... Image
sekitar beberapa tahun lepas ada orang DM aku di Facebook.

Dia jual satu benda alah ni bunyinya macam sistem MLM autopasif apa benda tah.

Katanya sistem dia tu boleh menjamin aliran tunai masuk secara berterusan.
Pergh, malaikat pun tak masuk rumah kau berterusan tapi sistem ni katanya mampu menjamin wang masuk berterusan.

Tapi biasalah, harga benda tu agak mahal tambah lagi sebab aku tak ada duit jadi aku cakaplah dekat dia yang aku tak beminat.

Tahu apa jadi lepas tu?
Aku terus dihujani dengan lambakan soalan yang merimaskan.

Dia tanya itu ini itu ini yang mana soalan-soalan tu buat aku rasa bersalah sebab tak beli produk dia.

Dia tetap mendewa-dewakan produk dia tu sampai ke tahap siap sindir-sindir aku sebab tak membeli.
Aku pun naik bengang tapi malas nak maki hamun jadi aku terus diam. Terus aku tak layan mamat tu. Padan muka kena abaikan.

Kalau aku boleh jujur, aku memang ada rasa minat dengan produk dia masa tu. Iyelah aku pun bodoh lagi belum sedar hakikat yang duit takkan datang...
bergolek sebaliknya melalui usaha yang keras.

Tapi bila perangai si penjual tu buruk namati.

Aku terus hilang selera nak membeli lagi-lagi dari dia. Syukur alhamdulillah memang benda alah tu tak betul pun jadi nasib baiklah aku tak beli😌.
Jadi aku berkesimpulan, kalau begini perangai kita sebagai penjual dekat sasaran pelanggan kita.

Maka bukan satu benda yang pelik kalau tak ada orang nak membeli dengan kita.

Malah orang siap menjauhkan diri daripada kita dek buruknya budi pekerti kita.
Ada kisah lain yang aku nak ceritakan, benda ni berlaku sekitar bulan Mac yang lepas.

Aku jalan-jalan dekat Supermarket tiba-tiba ternampaklah sebuah kedai jam.

Aku masuk dengan niat nak meninjau harga jam je tak nak beli pun tetapi sebaliknya yang berlaku.
Aku akhirnya keluarkan beratus ringgit untuk beli seutas jam tangan sebab aku dah terpukau dengan kelunakan seni menjual peniaga tu.

Sepanjang aku di kedai tu aku berasa diri aku ni istimewa dan aku berasa memang penjual tu betul-betul nak bantu aku.
Ayat-ayat yang digunakan, soalan-soalan yang dilontarkan semuanya tu melembutkan hati aku untuk beli jam tangan tu.

Langsung aku tak rasa yang aku dipaksa membeli malah aku tak menyesal beli sebab jam tangan tu sangat berguna bila aku nak mengenakan...
pakaian formal. Bila aku teringat balik kes ni aku jadi kagum dengan kehalusan seni menjual peniaga tu.

Aku asalnya memang langsung tak ada niat nak membeli tapi dek terpesona dengan skil dia terus aku beli.

Oleh yang demikian, aku berkesimpulan sekali lagi kalau kita...
ni pandai menggunakan bahasa yang halus dan menunjukkan yang kita betul-betul ikhlas nak bantu sasaran pelanggan kita.

Nescaya orang akan ada EMOSI yang ghairah untuk membeli produk jualan kita. Insya-Allah.
Jadi sebagai kesimpulan, kita kalau nak menjual ataupun nak promosi video-video kita di media sosial ni.

Kita WAJIB belajar cara-cara untuk jadi persuasif sekali dengan menggunakan bahasa yang halus.

Elakkan memaksa 🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️ sebab manusia benci dipaksa. Image
Kalau korang NAK tahu cara-cara nak jadi persuasif mungkin aku boleh cadangkan korang untuk baca rajutan aku mengulas buku ni 👇🏼.

Aku belajar banyak benda daripada buku ni serius.

Itu jelah benda yang aku rasa aku nak kongsi kali ni.

Kalau korang dapati penulisan ni bermanfaat maka jemputlah retweet supaya orang lain boleh memperoleh manfaatnya sama insya-Allah.

Semoga bermanfaat! 😊✨

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Soul

Soul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @sollehdaim

24 Nov
Secara peribadi, aku anggap Tiktok ni bahaya. Bukan dari segi kandungan tetapi dari segi algoritma dan sifatnya itu sendiri.

Dia boleh musnahkan kekuatan mental kita lagi-lagi kalau kita tak tetapkan sekatan tertentu.

20 rt aku cerita. #Tiber😆 Image
Okey draf dah siap 75%.
Tinggal lagi aku perkemaskan dan susun satu persatu sebagai untaian.

Malam ni akan siap untaian ni insya-Allah. Terima kasih menunggu.
Baik memandangkan dah cukup syarat sekaligus aku pun dah lama ada hajat nak bebel pasal hal ni.

Rasanya elok aku mulakan dengan pengakuan dulu bahawa tulisan ni adalah pendirian peribadi aku dan aku tak berhak memaksakan ke atas siapa-siapa.
Read 24 tweets
22 Nov
Suka soalan ni sebab sebelum ni pun aku tulis ke cakap campur-campur jugak.

Tapi sebelum jawab soalan tu rasa nak cerita pasal inspirasi kejap.

Sejak mula ada kerajinan membaca ni aku dapati Bahasa Melayu begitu tinggi perbendaharaan kosa katanya.

Agak sayang...
kalau kita kurang nak mengamalkannya.

Jadi dari situ aku berazam untuk cuba seboleh mungkin dalam video-video aku ataupun tulisan di alam maya ni aku akan menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Bermula dari video ni 👇🏼
Nak cakap BM, pastikan BM je kalau nak BI cakap BI je.

Jangan campur-campur. Ini pendirian akulah, aku tak paksa orang lain ikut sebab setiap orang ada kebebasan berbahasa.

Baik, bagi menjawab soalan caranya dengan sentiasa buat semakan sebelum nak cakap.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(