Soul Profile picture
24 Nov, 25 tweets, 5 min read
Secara peribadi, aku anggap Tiktok ni bahaya. Bukan dari segi kandungan tetapi dari segi algoritma dan sifatnya itu sendiri.

Dia boleh musnahkan kekuatan mental kita lagi-lagi kalau kita tak tetapkan sekatan tertentu.

20 rt aku cerita. #Tiber😆
Okey draf dah siap 75%.
Tinggal lagi aku perkemaskan dan susun satu persatu sebagai untaian.

Malam ni akan siap untaian ni insya-Allah. Terima kasih menunggu.
Baik memandangkan dah cukup syarat sekaligus aku pun dah lama ada hajat nak bebel pasal hal ni.

Rasanya elok aku mulakan dengan pengakuan dulu bahawa tulisan ni adalah pendirian peribadi aku dan aku tak berhak memaksakan ke atas siapa-siapa.
Aku hanya boleh bagitau pendapat berserta justifikasi.

Maka bacalah rajutan tak seberapa ini dengan tenang dan minda yang terbuka.

Baik jom kita mulakan!
Kenapa aku cakap Tiktok ni bahaya dari segi mental?
𝟏. 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒
Sebelum tu, aku perlu korang faham apa itu fokus dan daya fokus.

Fokus bermaksud tumpuan yang tak berbelah bahagi terhadap sesuatu benda atau aktiviti.

Maksudnya, kita beri perhatian penuh pada satu benda itulah namanya fokus.
Manakala daya fokus ini pula merujuk sejauh mana kita MAMPU melaksanakan perbuatan fokus.

Contoh, kalau kita hanya mampu fokus selama 30 minit.

Lepas 30 minit je otak kita dah menerawang fikir benda lain.

Maka daya fokus kita adalah 30 minit. Faham?
Tanam dalam minda yang daya fokus setiap orang berbeza.

Ada yang boleh fokus 2 jam, ada yang 1 jam, ada yang 30 minit malah tak kurang juga ada yang hanya mampu fokus kurang dari 1 minit.

Fokus dan daya fokus ini dikategorikan sebagai elemen dalam inventori kekuatan mental.
Kekuatan mental ni konsep dia sama je macam kekuatan fizikal.

Ada orang yang badannya kuat dan boleh buat macam-macam.

Ada yang badannya lemah jadi bila buat beberapa benda je dia jadi cepat letih.

Samalah jugak dengan kekuatan mental ni, ada yang mampu fokus...
lama sebab mentalnya kuat. Ada yang tak mampu nak fokus lama sebab mentalnya lemah.

Baik sekarang aku yakin kebanyakkan kita dah mula faham apa itu fokus dan daya fokus.

Kita pergi ke poin yang seterusnya.
𝟐. 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒

Tiktok ni bahaya dari segi mental sebab Tiktok ni dah dijuruterai secara khusus (𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑓𝑖𝑐𝑎𝑙𝑙𝑦 𝑒𝑛𝑔𝑖𝑛𝑒𝑒𝑟𝑒𝑑) untuk menangkap perhatian kita.

Dengan cara sentiasa memberikan rangsangan demi...
rangsangan supaya kita kekal bermain Tiktok.

Sebab tu tak pelik kalau kita boleh habiskan masa berjam-jam main Tiktok dalam keadaan kita tak ingat apa benda yang kita dah tengok.

Rangsangan ni satu benda yang sangat sedap untuk dinikmati.

Tapi kalau terdedah terlalu lama...
dia akan bawak masalah. Kesannya nanti otak kita tak mampu nak berurusan dengan bebenda yang rendah rangsangan dek tak biasa.

Baik nak senang faham aku bagi contoh fizikal iaitu makanan segera.

Makanan segera ni sangat sedap untuk dinikmati tapi boleh jadi bahaya kalau...
kita duk ambil hari-hari. Lama kelamaan kita akan jadi semakin ketagih dengan makanan segera sampaikan kita rasa sangat susah untuk makan makanan yang lebih sihat.

Semakin lama kita ambil dia akan jadi semakin kronik.

Samalah juga dengan situasi rangsangan mental ni.
Otak kita menyerap kandungan sepertimana badan kita menyerap makanan.

Kalau makanan segera tu dikira makanan ringan untuk badan maka video-video yang ada bertan-tan kesan bunyi (𝑠𝑜𝑢𝑛𝑑 𝑒𝑓𝑓𝑒𝑐𝑡) sambaran imej (𝑓𝑙𝑎𝑠ℎ 𝑖𝑚𝑎𝑔𝑒𝑠) tu dikira makanan ringan buat otak.
Kita tengok ciri-ciri video yang bertindak sebagai perangsang macam tu banyak dekat Tiktok.

Jadi bila dah terjebak lama sangat dekat Tiktok ni otak kita akan terbiasa dengan rangsangan.

Akibatnya otak kita TAK SUKA dengan bebenda yang menuntut kesabaran.
Kerja-kerja macam mendengar kuliah yang panjang, menyelesaikan masalah, membaca dan lain-lain aktiviti minda yang memerlukan tumpuan penuh akhirnya akan jadi aktiviti yang DIBENCI.

Nampak tak korelasi dia dekat situ?

Sebab inilah Tiktok memendekkan daya fokus kita.
Melalui Tiktok, daya fokus kita jadi lemah dek kita dah terbiasa dengan banyak rangsangan.

Bagi aku benda ni bahaya sebab zaman sekarang ni daya tumpuan ni vital.

Apa jadi kalau kau seorang pelajar dan kau hanya boleh fokus selama 3 minit je?
Kuliah atau kelas biasanya paling kurang satu jam.

Jadi mana pergi lagi 57 minit tu kalau bukan ke pembaziran?

Ini baru cakap pasal peranan pelajar kita belum cerita profesion lain lagi.

Sejujurnya aku kurang berhajat nak terangkan lebih lanjut pasal macam mana...
Tiktok boleh rosakkan otak kita.

Sebab ada satu video yang aku jumpa dia dah cerita dari A sampai Z dah macam mana benda tu berlaku.

Bagi aku video lagi menarik berbanding tulisan jadi aku galakkan korang tengok video ni
𝟑. 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒
Aku tak halang kalau korang tetap nak main Tiktok sebab itu hak korang.

Tapi aku nak cadangkan supaya korang buat dua benda demi memelihara kekuatan mental korang.

Pertama, korang buat aktiviti-aktiviti mental...
yang boleh bertindak sebagai pengimbang balas (𝑐𝑜𝑢𝑛𝑡𝑒𝑟-𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛𝑐𝑒).

Contoh macam mendengar kuliah paling kurang 30 minit tanpa langkau.

Fokus membaca buku, bina karangan, selesaikan masalah atau apa sahaja aktiviti yang melibatkan kognitif.
Kedua, korang hadkan penggunaan Tiktok untuk beberapa tempoh waktu supaya korang tak tenggelam dalam lubang arnab.

Contoh macam sejam je ke, atau ada beberapa tempoh tertentu ke.

Semua ni tak lain tak bukan demi kebaikan kita sendiri.
Dan lagi satu, media sosial lain pun sama jugak boleh mengundang ketagihan tapi setakat ni aku tengok yang paling besar impak dia aplikasi Tiktok berbanding yang lain.

Tak kisahlah mana-mana pun yang penting kita pandai seimbangkan penggunaan dia dalam kehidupan harian kita.
Itu jelah penulisan aku untuk kali ni, terima kasih sebab sudi baca.

Ingat, korang sendiri yang tetapkan penggunaan korang dan korang sendirilah yang akan rasa kesannya.

Maka, buatlah pilihan yang bijak.
Ciapan meletup, hanya mampu promosi saluran Youtube sendiri je.

Jemputlah singgah kalau korang minat dengar pasal ulasan buku.

youtube.com/channel/UCbo0L…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Soul

Soul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @sollehdaim

22 Nov
Suka soalan ni sebab sebelum ni pun aku tulis ke cakap campur-campur jugak.

Tapi sebelum jawab soalan tu rasa nak cerita pasal inspirasi kejap.

Sejak mula ada kerajinan membaca ni aku dapati Bahasa Melayu begitu tinggi perbendaharaan kosa katanya.

Agak sayang...
kalau kita kurang nak mengamalkannya.

Jadi dari situ aku berazam untuk cuba seboleh mungkin dalam video-video aku ataupun tulisan di alam maya ni aku akan menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Bermula dari video ni 👇🏼
Nak cakap BM, pastikan BM je kalau nak BI cakap BI je.

Jangan campur-campur. Ini pendirian akulah, aku tak paksa orang lain ikut sebab setiap orang ada kebebasan berbahasa.

Baik, bagi menjawab soalan caranya dengan sentiasa buat semakan sebelum nak cakap.
Read 10 tweets
22 Nov
Sebelum berniaga, belajarlah bahasa yang halus. Belajar juga cara-cara menjadi lebih persuasif dekat orang sekeliling.

Aku pernah ada pengalaman dengan seorang penjual yang buruk budi bahasanya.

Ya Allah geram juga bila teringat balik peristiwa tu😤.

Kisahnya macam ni... Image
sekitar beberapa tahun lepas ada orang DM aku di Facebook.

Dia jual satu benda alah ni bunyinya macam sistem MLM autopasif apa benda tah.

Katanya sistem dia tu boleh menjamin aliran tunai masuk secara berterusan.
Pergh, malaikat pun tak masuk rumah kau berterusan tapi sistem ni katanya mampu menjamin wang masuk berterusan.

Tapi biasalah, harga benda tu agak mahal tambah lagi sebab aku tak ada duit jadi aku cakaplah dekat dia yang aku tak beminat.

Tahu apa jadi lepas tu?
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(