Jadi dari situ aku berazam untuk cuba seboleh mungkin dalam video-video aku ataupun tulisan di alam maya ni aku akan menggunakan bahasa Melayu dengan baik.
Bermula dari video ni 👇🏼
Nak cakap BM, pastikan BM je kalau nak BI cakap BI je.
Jangan campur-campur. Ini pendirian akulah, aku tak paksa orang lain ikut sebab setiap orang ada kebebasan berbahasa.
Baik, bagi menjawab soalan caranya dengan sentiasa buat semakan sebelum nak cakap.
Tipulah kalau aku cakap bila aku nak cakap aku langsung tak ada rasa nak campur-campur BM BI.
Aku pun ada rasa macam tu tapi sebelum aku cakap aku akan kenal pasti dulu mana perkataan Bahasa Inggeris dalam ayat aku tu.
Lepas dah jumpa aku terus cari padanan yang sesuai...
dalam Bahasa Melayu dan gantikan, hanya selepas itu aku boleh cakap/tulis tanpa rojak.
Mula-mula buat tu memang rasa kekok tapi lama kelamaan dah biasa jadi bila nak tulis ke nak cakap tu senang je aliran perkataan tu keluar.
Macam tu jelah caranya, setiap kali nak cakap/tulis kenal pasti dulu mana perkataan BI. Lepas tu terjemahkan perkataan tu dalam BM.
Satu benda aku nak tegaskan, cakap/tulis campur-campur ni tak ada masalah dan itu memang hak masing-masing kalau nak buat.
Malah dalam bidang linguistik pun ada sebut pasal ni yang mana ini salah satu kesan normal kalau masyarakat tersebut fasih dalam lebih daripada satu bahasa.
Jadi tak ada masalah pun nak cakap/tulis campur-campur sebab benda tu normal.
Tapi aku lebih memilih untuk mempromosikan Bahasa Kebangsaan dengan cara aku praktikkan sebaik mungkin dalam medium-medium aku.
Dan aku memang teruja bila ada beberapa orang yang turut terinspirasi nak amalkan benda yang sama.